Review Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum

5:47 PM

 Assalamualaikum dan salam semua.

Sedar tak sedar kita dah berada pada hujung tahun 2021. Tahun depan umur Murni dah masuk 4 series wei. Kadang2 bila belek2 wajah dekat cermin dah nampak dah kesan penuaan tu. Huhuhu. Yang paling ketara tu adalah dagu berlapis (double chin) so bila pakai tudung ketat2 dah macam muka makcik2 dah. Aihhhhh seram pulak baca ayat ni. So bila dah nak masuk 40-an ni kena kerja keras sikit jaga muka supaya kekal berseri, flawless, anjal dan awet muda. Haaaa gitu. Lain macam eh feeling dia bila dah nak masuk umur 40 tahun ni. 

Jadinya Murni perlu mencari skincare yang sesuai dengan kulit muka Murni dan menawarkan harga yang mampu milik. Dalam banyak-banyak jenama, semestinya jenama SAFI yang paling sesuai dan dekat dihati. Mana taknya, dari zaman sekolah lagi tau dah pakai produk skincare SAFI. Siapa je tak kenal SAFI kan? SAFI merupakan sebuah jenama skincare halal nombor 1 di Malaysia. Istimewanya, SAFI sentiasa memperkenalkan teknologi baharu yang disokong oleh tuntutan klinikal dan saintifik untuk meningkatkan imej jenama SAFI itu sendiri dan juga kelayakan mereka dalam kalangan pengguna. 

Rupanya baru-baru ni Safi ada keluarkan Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum. Kita pun dapatkan jugalah satu. Sedar diri makin berusia

Jom lah kita cuba pakai. Tapi sebelum itu jom tengok dulu apa Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum boleh buat.... 

- Merawat secara mikro dan mengurangkan tanda penuaan seperti dagu berlapis dan kulit kendur.

- Mengurangkan 50% dagu berlapis dalam hanya 15 minit.

- Tampil lebih muda dengan wajah lebih anjal, runcing dan tirus

- Diformulasi dengan Teknologi Golden C-Lift , kombinasi Vitamin C & Nano Emas 24K yang lebih berkesan dari Vitamin C biasa.

- Formulasi tidak melekit/berminyak yang mudah meresap dan selesa pada kulit.

- Diperkaya dengan Duo Age-Correcting Actives, gabungan Golden C & Ceramide untuk memberi °7 Dimensi Pembaharuan Keremajaan Kulit:

  • Menegangkan kulit
  • Meningkatkan keanjalan
  • Mengurangkan garis halus & kedutan
  • Meningkatkan kelembapan kulit
  • Melindungi kulit dari pengoksidaan
  • Meningkatkan kehalusan kulit
  • Memperbaiki kulit rosak
  • "Berdasarkan ujian saintifik & klinikal."


Murni dah cuba pakai, tekstur dia lembut dan lepas pakai dia tak melekit. Nak kesan lebih best pakai dengan Safi Youth Gold Lifting 24K Serum Cleanser.  


Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum merupakan rangkaian baharu antipenuaan dan menganjal Safi Youth Gold dengan formulasi dipertingkatkan dari Safi Rania Gold. Ia mampu menganjal dan mengurangkan dagu berlapis untuk wajah tampil lebih anjal, runcing & tirus. Berkesan dalam hanya 15 minit, tampil/nampak lebih muda dari usia. 

So kalau anda nak muka segar dan nampak muda macam saya, boleh beli Lifting 24K Serum Cleanser dan Lifting Golden C Duo Serum di semua cawangan farmasi Watsons, Guardian, Aeon Wellness dan Caring serta laman e-dagang rasmi Wipro Unza di Shopee & Lazada.  










Artikel Menarik Yang Lain

0 ulasan

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang