Beli Baju Raya 2023 di BUTIK AISY ASYRAF BY IMAM MUDA ASYRAF | Cawangan Bukit Jambul, Pulau Pinang.

9:25 PM

Assalamualaikum apa khabar semua..Tinggal beberapa hari jer lagi kita nak berpuasa kan. Pastu kita akan menyambut hari raya. Seperti biasa Murni selalunya buat preparation raya sebelum puasa seperti beli baju raya lebih awal. Macam orang kata laa beli awai tak kalut. So lepas ni masa bulan puasa dah tak payah kehulu kehilir nak cari baju raya ke apa. Boleh lebih fokus pada ibadat dan preparation yang lain.


Seperti tahun lepas, tahun ni Murni siapkan dulu baju raya encik suami. Sebabnya encik suami ni agak cerewet ketika memilih baju raya. Macam tahun lepas, tahun ni encik suami sekali lagi memilih koleksi baju raya di Butik Aisy Asyraf By Imam Muda Asyraf untuk dipakai pada hari raya nanti. Tahun ni kami agak bertuah kerana Butik Aisy Asyraf by Imam Muda Asyraf baru sahaja dibuka dekat dengan rumah kami iaitu di Bukit Jambul Kompleks, Pulau Pinang. dan kebetulan juga masa kami datang tu beberapa design baru Koleksi Raya 2023 baru sahaja release. Jadi kami tak lepaskan peluang untuk mencuba beberapa design terbaru tu..Ya Allah, semua elok2 sampai encik suami tak tahu nak pilih yang mana satu. Rasa nak beli semua katanya.


Untuk pengetahuan semua, Butik Aisy Asyraf By imam Muda Asyraf ni adalah sebuah Butik Fesyen Lelaki kontemporari dengan rekaan moden dan terkini mengikut peredaran masa. Paling best dekat Butik Aisy Asyraf terdapat pakaian lelaki pelbagai jenis, warna dan saiz (sehingga saiz 7XL). Mula beroperasi pada tahun 2015 dan sekarang nie Butik Aisy Asyraf mengorak langkah dengan pembukaan 5 cawangan butik di Malaysia iaitu di Bangi, Shah Alam, Angsana JB Mall, Bertam dan Bukit Jambul, Penang. Dan terbaru Butik Aisy Asyraf By Imam Muda Asyraf telah membuka sebuah cawangan di Pattani, Selatan Thailand. Tahniah diucapkan kepada Imam Muda Asyraf atas kejayaan ini.





Raya Collections 2023

Okay dah alang design terbaru koleksi raya ni baru release, Murni nak review sedikit. Bagi edisi Raya 2023, Aisy Asyraf bertemakan ‘back to basic’ dengan rekaan busana yang lebih simple dan bergaya, Aisy Asyraf telah mengeluarkan design terbaru iaitu Kurta Izzi, Kurta Zayne, Kurta Nasz, Kurta Lawla dan banyak lagi. Material sangat berkualiti tinggi dan encik suami cukup suka material jenis cotton yang sejuk, selesa dan lembut. Satu lagi, cutting semua sedang elok, dan jahitan juga kemas. Pilihan warna memang sangat banyak!

Kurta Afgan

  • Kurta Afgan ni mempunyai Leher Bulat (Teluk Belanga) dengan butang kayu eksklusif Aisy Asyraf.
  • Baju berlengan panjang
  • Ada sulaman logo Aisy Asyraf di sebelah kiri
  • Dua poket depan
  • Cutting: Semi Slim Fit @ Biasa
  • Kain sejuk dan selesa
  • Normal Size: S - 3XL
  • Harga Normal: RM109.00




Kurta Izzi

  • Kolar Cekak Musang dengan pengancing butang sentap (butang AA Eksklusif)
  • Baju  lengan panjang
  • Garis leher dengan pengancing butang tersembunyi
  • Tiada jalur sisi (pesak) untuk kedua-dua belah
  • Dua poket tepi
  • Cutting: Semi Slim Fit @ Biasa
  • Normal Size: S - 3XL
  • Kain sejuk dan selesa
  • Harga Normal: RM99.00



Kurta Nasz (juga ada plus size)

  • Bahagian atas lengan 3/4
  • Leher bulat dengan butang kayu Aisy Asyraf Eksklusif
  • Sulaman logo Aisy Asyraf di sebelah kiri
  • Potongan separa langsing
  • Dua poket tepi
  • Kain sejuk dan selesa
  • Normal Size: S - 3XL, Plus Size: 4XL - 7XL
  • Harga Normal: RM109.00
  • Harga Plus Size: RM149.00




Kurta Zayne

  • Garis Leher Bulat (Teluk Belanga) dengan pengancing butang kayu eksklusif Aisy Asyraf
  • Bahagian atas berlengan 3 1/4
  • Sulaman logo Aisy Asyraf di sebelah kiri
  • Dua poket tepi
  • Cutting: Semi Slim Fit @ Biasa
  • Normal Size: S - 3XL
  • Kain sejuk dan selesa
  • Harga Normal: RM99



Baju Melayu 

Selalunya pada hari raya pertama, encik suami akan memilih untuk memakai Baju Melayu lengkap dengan bersamping. Jadi kami still mencari2 baju melayu di Butik Aisy Asyraf ni. Dekat sini ada 2 pilihan baju melayu iaitu Baju Melayu Tilka dan Baju Melayu Adika. Beza antara dua design ni adalah leher cekak musang dan leher teluk belanga. Banyak pilihan warna yang exclusive. Material baju melayu ni dari cotton yang ironless. Encik suami sangat sukakan Baju Melayu Aisy Asyraf kerana cutting dia slim fit. Walaupon perut boroi sikit boleh cover. Ehehehe.



Baju Melayu Tilka




Baju Melayu Adika




Jubah

Kalau anda pengemar jubah, dekat butik Aisy Asyraf ni pon ada jual jubah. Ada 2 jenis jubah yang design dia sangat2 cantik dan exclusive. Encik suami pon ada cuba pakai jubah Adni. Terus nampak mcm imam muda ehehe.




Sales!!!

Sempena nak raya ni Butik Aisy Asyraf ada buat jualan murah kepada beberapa jenis kurta. Kurta ni adalah design raya tahun lepas. Memang canti dan selesa sebab encik suami pernah beli kurta2 ni pada raya tahun lepas.

Kurta Syirazi Price: RM79.00 Asal: RM129.00 



Kurta Jauhari Price: RM69.00 Asal: RM109.00




Untuk yang berbadan Plus Size jangan risau kerana dekat Aisy Asyraf ada juga Kurta Plussize seperti Kurta Manna dan Kurta Fadani. Saiz yang ada adalah 4XL,5XL,6XL & 7XL. Material juga dari High Quality Cotton yang sejuk dan selesa. Terdapat lebih daripada 10 warna yang menarik. So kepada sape2 yang berbadan plussize tak perlu risau nak raya nanti sila laa ke butik Aisy Ayraf dan dapatkan baju raya anda nanti disana.


Baju raya untuk anak2 pon ada boleh matching dengan abah depa. So tak payah nak cari2 kedai lain dah. Baju kanak2 bermula dengan saiz 2 tahun - umur 12 tahun. Sama seperti baju oarang dewasa, baju kanak2 pon mempunyai banyak warna yang menarik. Semua comel2 tau. Jadi sapa2 yang ada anak lelaki tu senang boleh terus belikan untuk anak2 disitu. Jimat masa dan tenaga.


Samping

Pelikat dan Songkok

Okay dah selesai shopping Baju Raya 2023 untuk encik suami. So sebelum balik encik suami nak bergambar dengan Duta Aisy Ayraf tahun ni. Kalau korang tak kenal lagi sapa dlm gambar tu taktau laa nak habag. Segak bergaya Datok Awie mengenakan busana lengkap Baju Melayu Aisy Asyraf By Imam Muda Asyraf. 



" Beli Awai Tak Kalut"

So apa tunggu lagi, orang perak, pulau, kedah dan perlis boleh la mai ke butik ni sekarang. Parking kat sini pun senang je bang, banyak parking tak berebut sangat lah. Kalau takleh mai beli di butik, boleh juga beli secara online di website : https://aisyasyraf.com/

Butik Aisy Asyraf by Imam Muda Asyraf Bukit Jambul
3А-2-73 & 3A-2-74 Kompleks Bukit
Jambul, Jalan Rumbia, 11900 Bayan Lepas, Penang
Tel: 019-477 8210

Waktu operasi sepanjang bulan Ramadan ialah dari jam 10 pagi hingga 9 malam. Boleh juga lihat koleksi Aisy Asyraf by Imam Muda Asyraf di:


Instagramhttps://www.instagram.com/aisyasyrafbukitjambul/
Facebookhttps://www.facebook.com/aisyasyrafbukitjambul

Landmark: Dalam Kompleks Bukit Jambul, Tingkat 2 (berhadapan dengan Taste Asian) Kalau tak jumpa juga boleh jer call no 019-477 8210











 

Artikel Menarik Yang Lain

1 ulasan

  1. Kurta zayne pun cantik juga . Beli awal tak perlu brsesak dgn org ramai kn

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang