Cameron Highlands | Short Vacation August 2016 | Day-1

12:02 PM


Assalamualaikum..


Dah lama sebenarnya teringin nak ke Cameron Highland ni. Last sekali pergi masa ngandungkan Danish 6 bulan dan Alysa pon baru umur setahun lebih..kira2 dah hampir 5 tahun kami tak ke sana. Alahai padahal dekat jer pon..tapi mungkin masa dan keadaan yang tak mengizinkan..Maka 19 Ogos lepas hari Jumaat selepas Alysa balik dari sekolah kami bertolak.. Tapi dalam pukul 3ptg juga laa baru gerak..biasa laa mak2 dgn 2orang anak kecik ni byk perkara kena prepare..hehehe






Mujur hotel husband dah booking melalui Agoda.com 3hari sebelum pergi..Maka kami tak risau dah la kalau lambat sampai pon. Kami pon singgah makan dekat Ipoh..tak lain tak bukan nasi Vanggey Greentown Ipoh tu lerr...jadi kami sampai kat Cameron Highland pon dah petang..nak jadikan cerita masa duk turun naik bukit tu ada bunyi tak sedap setiap kali husband tekan break..Oleh kerana rasa tak sedap hati husband singgah kat bengkel kereta dekat Ringlet (tak silap) dan mekanik tu kata break pad dah nipis. Jadi kami kena tukar laa..terbang RM140 kat break pad mis viva ku petang tu..hehehe












10 minit nak pukul 8 baru kami sampai kat lobi Copthone Hotel. Untuk 2 malam ni kami bermalam disini. Masa booking haritu mintak katil king..tapi oleh kerana kami sampai lambat bilik yang ada hanya dua katil single. Reception tu awal2 bagitau nak diaorg punya housekeeper pergi sambungkan katil tu tak? tapi kami menolak, takpe kami boleh buat sendiri..hehehe















Ok sampai bilik..macam biasa laa perkara pertama mesti ushar utilities bilik ler..Semua ok cuma satu kurang. Jamban takde paip..Hahaha. Ada ayor pancut jerrr..tu pon slow ya amat..hahahaa so pandai2 laa..Pastu yg paling tak syok Iron tak disediakan pulak. Adoi dah ler firs time tak bawa iron. Masa aku bawak iron siap2 ada pulak iron disediakan kat hotel. Kali ni tak bawa sebab duk ingat ada laa depa sediakan iron kat bilik...huhuhu











Malam ni Final Badminton Olympic 2016. Datok LCW vs Chen Long (LCW kalah huhuhu)














Oleh kerana kami tak makan malam lagi lepas letak barang kami keluar pergi pasar malam Brinchang. Memang dari awal2 sampai dah tak sabar nak makan jagung Cameron ni. Maka kami beli 4ketul jagung RM10, cendawan goreng, ubi goreng dan bayam goreng 3bekas tu RM10. Husband nak udang goreng sepingan tu RM10 dan satay RM25. Memadai laa malam2 takleh makan byk2..hahaha








Dinner



Jagong Cameron Highland



Bayam Goreng




Cendawan Goreng



Ubi Goreng



Satay Ayam



Udang Goreng Tepumg



Ok sekarang masa untuk sambung katil. Padahal boleh ja kalau bagi budak tu tido satu katil dan kami satu katil sebab katil single ni pon besar..lagipon kami ni kecik2 comey jaa..tapi kami perlukan ruang yang besar sket supaya sedap Alysa & Danish untuk berkubang..hahaha













"ahh selesanya", kata Alysa







Sebelum tidor sempat lagi buat homework..hahaha



Ahaa..baru nak berlunjur nak regang2kan otot baru teringat baju & tudung blom iron lagi.. Uwaaa, dalam hati mengomel (kedekut btul hotel ni). hahaha. Bilik iron tu terletak sebelah lift. Maka kena ada peneman sebab Mokcik takut..Jom Alysa temankan ibu iron baju..esok nak melaram ke taman bunga..hahaha



Bilik iron, iron siap melekat kat ctu..takleh curik.kikiki


Ok la selamat malam...esok kita cerita lain..By da way Cameron dah tak sejuk sangat. Sejuk2 kuku jer...hahahaha






Artikel Menarik Yang Lain

6 ulasan

  1. besonye bilik ari tu ada gak lak duk usha2 capthorne ni
    ok gak lah bilik dia..tp x tahan tgk makanan kat brinchang rasa nak pi la ni gak haha

    ReplyDelete
  2. Copthorne memang terbaikla.. suka gak duduk sini =)

    ReplyDelete
  3. aaargh makanan kat pasar malam CH.. sedap sedap =D

    ReplyDelete
  4. bestnya pergi bercuti... model iron tu comel sangat hahahahaha

    ReplyDelete
  5. lama dah tak p cameron sbb dh xsejuk.. hehe tp makanan sana sedap2

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang