Assalamualaikum..
Ini pon cerita sebelum bulan Puasa haritu. Sepanjang menjadi blogger ni, inilah 'job paling gila' yang Murni lakukan. Gila bukan sebab apa, sebab Murni berani sahut cabaran untuk menyertai rakan2 blogger yang lain untuk sama2 berada di ketinggian 239meter dari aras laut di Tingkat 65 bangunan KOMTAR Penang. Yang paling menggila lagi, kami bukan setakat berada di dalam bangunan KOMTAR sahaja, tetapi berada di LUAR bangunan KOMTAR serta WAJIB menghabiskan 6 cabaran/halangan tau. Dah macam rancangan FEAR FAKTOR Penang pulak..ha ha ha. Mana taknya,The Gravityz, Komtar Penang merupakan The World's Highest Ropes Course tau..
Sebenarnya aktiviti di The Gravityz Penang ini menggalakkan semua orang untuk membina keyakinan mereka dan keluar daripada zon selesa mereka sesuai dengan tagline BEYOND CONFIDENCE. Tapi terus terang Murni memang kecut perut sebab Murni seorang yang gayat tau..tgk laa muka pon dah kecut tapi cuba nak sembunyi ketakutan tu.
The Gravityz Penang
- Terletak di Level 65 @ The Top, Menara Komtar di Georgetown, Pulau Pinang, ia dibuka setiap hari bermula jam 11 pagi hingga 6 petang.
- Harga tiket bermula dari RM 90 dan berubah mengikut musim atau permintaan tinggi.
- Terdapat 3 kategori tiket iaitu Standard Rate, MyKad Discount dan Penangnite Special.
- Tiket boleh didapati di https://www.thegravityz.com
- Bagi penduduk Pulau Pinang harga tiket istimewa ditawarkan untuk merasai cabaran di sini.
- Aktiviti di sini dijalankan selama 1 jam (60 minit). 20 minit untuk persediaan, 10 minit taklimat keselamatan dan 40 minit untuk 6 halangan.
Sebelum memulakan aktiviti, kami diberi peluang untuk suaikenal dengan kedudukan ketinggian tempat ni. Dari dalam bangunan kita dapat melihat pemandangan hampir keseluruhan bandar Georgetown dan juga Pulau Pinang sendiri. Istimewa juga ada disediakan ruangan lantai kaca yang mana kita boleh terus melihat dibawah kaki kita. Masa mula2 nak berpijak di lantai kaca tu memang ketaq lutut. Tapi lama2 bila dah rasa yakin Alhamdulillah tak takut dah. Siap boleh berposing macam2 aksi berlatar belakangkan bangunan dan kereta yang sayup2 dibawah macam semut dah..hehehe.
Okay sebelum memulakan aktiviti kami diwajibkan memakai safety equipment dibantu oleh staff2 mereka yang berpengalaman. Di The Gravityz, aspek keselamatan adalah nombor #1! Dan The Gravityz employs only the best equipment, qualified specialists and highest safety standards imported from Switzerland and Italy. Nampak tak muka cuak mereka. Dalam perut semua dah ada rama-rama terbang. Ada yang dah dua kali pergi toilet dan ada juga dah pakai minyak angin siap2..Ha ha ha (maaf muka sendiri tak letak sebab kerut 16 hahaha)
Bersama Blogger Eyda. Muka senyum tapi dalam hati siapa tahu..waduh waduh..
Okay semua dah ready, kami diiringi oleh 2 petugas bertauliah sepanjang cabaran ini dijalankan. Iaitu Encik Dinie & Encik Ashri. Setiap peserta yang akan mengharungi halangan di The Gravityz akan dibekalkan full body Safety Harness yang akan disangkut pada safety lanyard dan disertakan pada safety line. Walaupon Safety Harness tu mampu menampung berat badan sehingga 1000kg, tapi atas faktor2 tertentu mereka tetapkan hanya yang mempunyai berat 100kg sahaja yang boleh join program ni. Tapi sebelum korang sertai aktiviti ini, korang perlu sahkan yang korang tak ada masalah jantung, tekanan darah tinggi, hamil, hypertension dan Acrophobia.
Semua peralatan keselamatan adalah keluaran Swiss dan Itali. Paling penting diiktiraf oleh European Union dan TUV. Jadi korang tak perlu risau kerana keselamatan adalah terjamin seperti moto mereka “SAFETY IS OUR PRIORITY”
Gravityz's Ropes Courses terdiri daripada 6 halangan:
1. Confidence Path
2. High Bench
3. A Great Bridge
4. X-Point
5. Z-wire
6. G-Rocky
1. Confidence Path
Bermula dengan merangsang keyakinan diri dengan berjalan melalui jalur dengan badan anda menghadap ke luar, kita kena bertenang dan bernafas dengan normal. Masa mula2 melangkah keluar dari pintu dan mula2 terkena angin luar dan melihat pemandangan dari luar, memang terasa sangat2 kelainan. Tips Murni: Kita cuba lupakan tentang ketakutan walaupon tempat ni tinggi. Fikirkan kita berani dan inilah masanya untuk kita nikmati moment ini. Maybe once a life kot kan..Dan seriously lepas kita tengok pemandangan yang indah terbentang di hadapan mata kita akan jadi berani.
Bila dah rasa berani boleh try tengok bawah..sayuuuup jer kereta dah macam semut...
2. High Bench
Bila anda sudah mendapat keyakinan diri dari cabaran sebelum ini, anda akan berani untuk duduk di bangku ini, berehat dan menikmati pemandangan kota yang menakjubkan.
3. A Great Bridge
Setelah tahap keyakinan korang tinggi, A Great Bridge menanti untuk halangan seterusnya. Di sini korang perlu merentasi titian untuk sampai ke seberang. Bagi yang gayat agak mencabar untuk merentasi A Great Bridge.
4. X-Point
X-Point perlu dilalui selepas A Great Bridge. Disini kita diberi peluang untuk bersantai2. Masa ni kita diminta berjalan mengundur sambil tengok bawah. Kalau jalan kedepan pon kita dah kecut perut, bila mengundur ni lagi laa rasa takut tapi kami berjaya juga habiskan cabaran di X-Point.
Tapi bila part yang mereka minta berdiri di tepi tebing dan melepaskan tali dan biarkan badan kita bebas..memang ketaq lutut wei, rasa macam nyawa dihujung tali tu sahaja. Maaf Murni hampir gagal untuk task ini sebab kepala takleh lurus..kaki pon ketaq..hahaha
Sama juga dengan platform ni..Murni tak berani nak naik..huhuhu
5. Z-Wire
Sebenarnya sebelum datang kesini Murni pernah tengok ramai kawan2 telah mencuba aktiviti di The Gravityz ni. Dan dalam banyak2 gambar yang Murni lihat Murni sangat ‘takut’ aktivity flying fox ni. Rupanya, bila dah alami dan lalui sendiri Murni tak sangka best sangat melalui Z-wire ni. Rasa macam tak puas pulak..hehehe. Memang pengalaman yang tak dapat dilupakan.
6. G-Rocky
Okay, kini kami tiba di cabaran yang terakhir, dekat sini mengenai pengimbangan. Kita perlu baringkan badan pada platform yang terlentang supaya kita dapat rasakan angin yang segar terbentang luas seolah2 diawan-awangan.
Alhamdulillah..Kami semua berjaya juga habiskan semua cabaran. Walaupon lebih kurang sejam juga kami berada di luar bangunan tingkat 65 KOMTAR ni tak terasa. Mula2 rasa takut, tapi bila dah habis rasa seronok pulak..tiba2 rasa dah tak gayat..InshaAllah ada peluang kami akan datang lagi atau cuba lagi aktiviti lain sekiranya ada (sebab rasanya akan ada aktiviti lain lagi lepas ni di The Gravityz) Jadi stay tune!!
Terima kasih kepada sahabat blogger Neyra yang sudi bagi peluang kepada kami untuk mencuba aktiviti yang tak pernah terlintas langsung untuk mencuba. Terima kasih juga Mr. Dinie dan Ms. Connie dari The Gravityz. Harap boleh bekerjasama lagi nanti.
INFO THE GRAVITYZ
OUTLET ADDRESS:
65th floor THETOP@KOMTAR, 1, Jalan Penang,
10000 George Town Penang, Malaysia
E: INFO@THEGRAVITYZ.COM
Facebook: https://www.facebook.com/TheGravityz/
Instagram: https://www.instagram.com/thegravityz/