Teringin Berbuka di Hotel Tapi Anak2 Masih Kecik dan Buaihh!!!
Assalamualaikum..lebih kurang seminggu jer lagi Bulan Ramadhan akan menjelma dan umat Islam akan mula berpuasa. Selalunya dalam sebulan kita berpuasa ada hari2 tertentu kita akan terasa ingin berbuka di tempat yang special bersama ahli keluarga dan sahabat handai. Tapi bila memikirkan ada anak2 kecik dan susah nak jaga masa berbuka, maka ramai ibu bapa tak sanggup untuk berbuka di luar. Tapi jangan risau, Murni terjumpa satu hotel yang terkenal di Pulau Pinang iaitu IXORA HOTEL PENANG yang telah menyediakan sebuah playground yang besar dalam dewan makan ketika waktu berbuka puasa nanti dan pastinya dapat membantu ibu bapa berbuka dengan tenang.
Serius Murni sangat2 suka idea ini kerana kanak2 dengan permainan memang tak boleh dipisahkan. Macam Murni sendiri ada 3 orang anak yang berumur 2-9tahun. Kadang2 kalau makan kat luar mereka kurang minat nak makan. Mereka cepat jemu kalau duduk lama2 di meja makan. Dan mula laa mereka akan berlari2 keliling meja. Maka mak ayah mesti makan dengan tak tenang dan tak boleh menikmati juadah yang disediakan. Jadi macam tak berbaloi laa bayar mahal2 tak boleh nak enjoy makan. Lagi satu kalau berbuka puasa kita tak boleh makan cepat2 kita kena makan slow2 untuk mengelakkan perut terkejut masuk makanan banyak tiba2. Jadi dengan adanya playground macam ni ibu bapa boleh menikmati juadah berbuka yang pelbagai sambil memperhatikan anak2 bermain. Dan kalau ada si kakak boleh tlg tengok2kan adik jadi mak ayah boleh berbuka dengan tenang. Terbaek laa IXORA Hotel Penang dan disarankan untuk hotel2 lain meniru cara Ixora hotel ni kerana tetamu berkeluarga juga ada datang berbuka di hotel anda kan.
Okay dah selesai bab anak2, ni Murni nak ceritakan pula tentang Ramadhan Buffet Ixora Hotel Penang kalini. Dengan bertemakan Kampung Ku, dapat dilihat ianya bersesuaian dengan menu yang ada. Lebih kurang 70 menu yang ada untuk santapan para tetamu yang hadir untuk menikmati bersama juadah berbuka puasa nanti. untuk makluman anda, The Straits Cafe dan Baba Nyonya Hall akan bermula dari 7 May sehingga 3 June 2019 dari jam 7.00petang sehingga 10.00 malam. Kithen Team di bawah bimbingan Chef Meor Abdul Razak Bin Meor Amri yang telah menyertai hotel sejak 2014 dan disokong dengan lebih daripada 14 tahun pengalaman kuliner, akan menyampaikan hidangan bufet yang menawarkan pelbagai jenis salad tempatan, jeruk , pelbagai hidangan panas, pencuci mulut dan pelbagai jenis minuman.
Pembuka Selera
Untuk permulaan yang penting adalah menu pembuka selera. Pelbagai ulam-ulam yang sihat seperti ulam raja, daun selom, pucuk ubi kayu rebus, daun ulam pegaga dan lain-lain dimakan bersama sambal belacan kampung, budu Kelantan, sambal tempoyak dan sambal manga muda dan pelbagai jenis kerabu. Sup ditawarkan dalam menu bertukar tukar mengikut hari adalah termasuk sup kambing berempah dengan kentang, sup tomyam lautan dan sup ekor ala kampung.
Hidangan Utama
Terdapat di kaunter bufet utama adalah hidangan yang penuh dengan pelbagai rasa seperti ayam kuzi berempah dengan kismis, gulai ikan keli timun muda tumis darat, udang goreng nestum daun kari, sambal tumis kerang dengan ubi, kupang masam manis dan siput lala goreng bercili. Lain-lain menu mengikut giliran hari tertentu antaranya adalah daging shamah, patin masak cuka cili padi, gulai udang rebung, siput lala cincaluk, ayam panggang percik sos pandan dan banyak lagi.
Gerai Aksi
Tak lengkap sebuah Ramdhan buffet kalau tanpa Live Action Stall ( Dapur Panas) Antara yang menjadi kegemaran adalah seperti ikan bakar, kambing golek, kebab, pasembur, rojak dan asam laksa.
Aneka Minuman
Selain makanan, minuman yang paling sedap kat Ixora Hotel Penang adalah Tea Tarik dengan Nescafe tarik. Minuman sejuk juga ada pelbagai perisa dan jus segar.
Pencuci Mulut
Sebagai pencuci mulut terdapat pelbagai kek, bubur pulut hitam, pelbagai puding, ais krim, biskut raya dan pelbagai kuih muih tempatan yang sedap dan menyelerakan.
Ramadhan Buffet Dinner di Ixora Hotel Penang - Baba & Nyonya
Ramadhan Buffet Dinner di Ixora Hotel Penang - The Straits Cafe
Baba & Nyonya buffet adalah RM60/adult nett dan RM46/child nett
The Straits Cafe pula bermua dari RM88/adult nett dan RM58/ child nett
Buffet akan bermula dari jam 7.00ptg sehingga 10mlm bermula dari tarikh 7/5/2019 sehingga 3/6/2019
Tempahan awal boleh di lakukan dari sekarang sehingga 6/5/2019 untuk dapatkan harga promosi. Seperti Beli 10 dapat percuma 1 untuk dewasa sahaja.
Jadi kepada anda yang ingin membuat tempahan bagi merancang awal untuk majlis berbuka puasa, boleh dapat kan info lanjut di sini :-
No Tel : 04-3828888
Email : info@ixorahotel.com
Website : www.ixorahotel.com
FB : Ixorahotel
IG : Ixorahotel