Assalamualaikum...
Apa khabar semua..Alhamdulillah pada 26 Disember 2015 secara rasminya MBO Cinemas telah membuka satu lagi cawangannya di Kompleks Central Square Sungai Petani Kedah. Ini merupakan Cawangan yang ke-26 MBO Cinemas. Sehingga kini MBO Cinemas menawarkan sebanyak 191 skrin di seluruh negara. Dan sekali lagi kami Team Projek Blogger Utara bertuah kerana telah dijemput sebaga wakil media pada hari Perasmian MBO Cinemas Central Square Sg. Petani ini. Selain itu artis jemputan yang sangat best iaitu Juara Maharaja Lawak 2014 iaitu Kumpulan ZERO. Jom ikut Murni kita tengok ape yang menarik kat MBO Cinemas ini...
MBO Cinemas Sg. Petani, Kedah |
En. Cheah Chun Wai (Pengarah Pemasaran dan Jualan) bersama Kumpulan Zero
Team Projek Blogger Utara bersama Kumpulan Zero |
MBO Cinemas Central Square, Sungai Petani
MBO Cinemas, Central Square menyediakan lapan dewan yang terdiri daripada 1,157 tempat duduk dengan dewan terbesar yang mampu menampung sehingga hampir 300 orang.
Pawagam MBO di seluruh Malaysia manawarkan pelbagai kelainan menonton wayang serta keistimewaan kepada pengunjungnya. Antaranya adalah :
- merupakan pawagam pertama beralih dari projeksi filem 35mm kepada projeksi digital sepenuhnya pada kesemua skrin
- menawarkan pengalaman sinematik yang selesa, menarik dan tidak dapat dilupakan
- menerapkan ciri teknologi terkini iaitu kerusi penggerak bergetar dengan bunyi filem & sistem audio Auro 11.1 3D, yang menyediakan 3 lapisan pembesar suara beserta simulasi akoustik 3D paling semulajadi
- selain ganjaran teknikal, pengunjung juga boleh menyertai secara percuma & mendapat kelebihan dengan MBO Starclub yang mana ahli AllStar layak untuk menikmati pelbagai ganjaran dengan menggunakan StarPoints untuk menebus tiket pawagam percuma, popcorn, minuman dan item eklslisif premium
- merupakan satu-satunya pawagam dengan program kesetiaan yang menawarkan pelbagai faedah dan keistimewaan (lorong istimewa keahlian, tiket filem percuma pada bulan hari jadi & tayangan percuma khas untuk ahli)
- tempahan tiket atas talian yang mudah & boleh menggunakan telefon bimbit secara percuma
- harga tiket adalah sama untuk tayangan wayang 2D & 3D
- menerapkan konsep 'Blockbuster Setiap 20minit', dengan tayangan filem-filem blockbuster sertiap 20minit pada waktu puncak supaya pengunjung tidak perlu menunggu lama
ruang menunggu di bahagian dalam MBO Cinemas Central Square |
Sidang Media
Sebelum majlis perasmian Team Projek Blogger Utara dan tetamu jemputan telah disambut oleh En. Cheah Chun Wai (Pengarah Pemasaran dan Jualan MBO Cinemas) memberikan ucapan alu-aluan semasa sesi movie screening di dalam dewan pawagam. Sesi ini adalah sesi khas untuk wakil media & tetamu jemputan sajer.. Tapi malang sekali Murni sampai lambat jadi terlepas sesi tersebut..huhuhu
En. Cheah Chun Wai (Pengarah Pemasaran dan Jualan MBO Cinemas) |
Majlis Perasmian MBO Cinemas Central Square Sungai Petani
Walaupon terlepas sesi media tu tapi Murni sempat sampai sebelum acara perasmian bermula. Perkenalkan ini adalah En. Cheah Chun Wai (Pengarah Pemasaran dah Jualan MBO Cinemas). Dan Menurut En. Cheah Chun Wai:
"Ini adalah hari istimewa kerana Sungai Petani adalah lokasi ketiga di Kedah Darul Aman selepas Alor Star Mall di ibu negeri ini dan juga Landmark Central di Kulim. Kami ingin memberikan pengalaman terbaik dalam hiburan filem kepada penduduk sekitar Sungai Petani dan rakyat Kedah serta pengunjung dan pelancong ke kawasan utara."
Selepas acara perasmian kami semua dihidangkan dengan satu persembahan yang menarik dari kumpulan Zero (bekas pemenang Maharajalawak 2014) memang tak kering gusi laa kami pada petang itu. Pengungjung dan staff MBO turut serta memeriahkan pentas. Memang best sangat..hehehe
Para pengunjung juga bertuah kerana ada yang telah memenangi telefon bimbit Vivo, jam tangan Ice, item premium MBO Cinemas dan kupon percuma MBO Cinemas dengan menunjukkan kad AllStar atau menyertai keahlian secara serta merta. Dan kami Team Projek Blogger Utara juga telah mendapat voucher sumbangan MBO Cinemas..Alhamdulillah..
ramai yang mendaftar ahli mendaftar sebagai ahli MBO Starclub secara percuma. |
15pcs Gift Voucher |
Sebelum bersurai seperti biasa kami mesti wefie dulu..hihihi. Murni juga nak ucapkan terima kasih banyak2 kepada pihak MBO Cinemas, Mr. Cheah Chun Wai (Director of Marketing & Sales MBO Cinemas), Mr Thong & Ms Angeline dari Integrated Public Relations (IPR)) kerana menjemput Team Projek Blogger Utara ke majlis perasmian MBO Cinemas Central Square Sungai Petani.
MBO Cinemas Central Square
5th Floor, Central Square,
Jalan Kampung Baru,
Taman Patani Jaya,
08000, Sungai Petani, Kedah
Untuk tawaran yang lebih menarik & maklumat lanjut,
sila layari www.mbocinemas.com
- Bercuti di Langkawi Part-1 (Century Helang Hotel)
- Bercuti di Langkawi Part-2 (Underwater World)
- Bercuti di Langkawi Part-4 (Pulau Dayang Bunting)
- Bercuti di Langkawi Part-5 (Pulau Beras Basah)
Assalamualaikum...
Apa khabar semua.. Kalau datang ke Pulau Langkawi rasa tak lengkap kalau tak menaiki Kereta Kabel Langkawi. Kereta Kabel Langkawi terletak di Gunung Mat Chinchang, barat laut Pulau Langkawi, Kedah, Malaysia. Kereta kabel ini mula dibuka kepada umum pada 27 Februari 2005 untuk memudahkan pelancong tiba ke puncak gunung yang tingginya 713meter. Panorama gunung batu kapur zaman geologi Cambrian 500 juta tahun ini memang menarik. Panjangnya 2.2km dan terpanjang di dunia, mengalahkan kareta kabel di Switzerland.(sumber Wikipedia)
Sebenarnya 6 tahun lepas Murni pernah berkunjung kesini. Tapi masa tu tengah mengandungkan Alysa 6 bulan dan Danish blom ada lagi. Jadi kedatangan kali ini lagi bermakna kerana dapat bawa mereka berdua. Sebenarnya Kereta Kabel Langkawi ini terletak dalam kawasan Oriental Village Langkawi Geopark. 6 tahun lepas Murni rasa biasa2 sahaja tapi kali ini dah berubah. Dah ada Sky Dome, 3D Art Museum dan juga 6D Cinemotion. Sangat2 menarik.
Memang seronok TETAPI apabila sampai saje dekat kaunter tiket kami terkejut sebab begitu ramai orang dekat kaunter tiket Skycab ini. Mungkin sebab loni musim cuti sekolah. Kami beli tiket dalam pukul 11.15pagi tapi masa untuk masuk beratur untuk menaiki kereta kabel tu pukul 1.30ptg. Dah alang2 datang kami tunggu jer laa. Boleh laa kami ronda2 dalam Oriental village ini. Harga tiket seperti dalam gambar. Murni ambil SkyCab + SkyDome jer. Untuk warganegara Malaysia sila tunjukkan MyKad nanti boleh dapat DISCOUNT untuk tiket.
masa untuk beratur |
Sementara menunggu sampai pukul 1.30ptg kami ronda2 laa dulu dalam Oriental Village ini. Banyak tempat2 menarik dan cantik. Bagi yang suka selfie macam kami ini sangat sesuai. Dalam Tapak Oriental Village ini juga terdapat 30 rumah mengikut kebudayaan dunia. Antaranya rumah gaya Jepun di mana pengunjung akan dilayan oleh pelayan berpakaian kimono, makan atas meja Jepun, sushi, sake dan lain-lain makanan. Panorama dibina bagi melahirkan rasa santai seakan-akan bersama geisya di kaki Gunung Fuji. Di hadapannya ada tasik yang penuh dengan bunga teratai dan jambatan lengkung di Jepun.
Danish & Alysa beri makan ikan |
main bumper car pulak |
Setelah puas menunggu tepat pukul 1.30 kami pon pergi la beratur sekali lagi. makan masa dekat 45 minit pulak kat situ. Tapi sebelum tu kami masuk ke dalam SkyDome dulu. Dalam 10 minit jer. Selepas itu baru pengunjung akan diminta masuk ke dalam gondola yang mempunyai 6 tempat duduk. Gondola ini tidak berhenti, jadi pengunjung mesti segera menaikinya dalam tempoh masa yang sesuai. Gondola ini selamat digunakan dan tidak olang-aling atau berayun. Mungkin rasa gementar sedikit ketika tiba di menara pemindahan. Tapi kami anak beranak steady jer. Duk kalut selfie tak habis2.
Gondola akan tiba di puncak pertama yang jauhnya 1700 meter dan tingginya 650 meter dari aras laut. Pengunjung boleh menikmati keindahan puncak bagaikan dari dalam sangkar burung garuda.
makan aiskrim dulu |
beratur lagi |
Selepas menikmati aiskrim kami terpaksa beratur dalam 30 minit lagi untuk menyambung perjalanan lagi 450 meter panjang ke atas dengan kereta kabel lagi untuk ke puncak sebenar Gunung Mat Chinchang. Disini pengunjung akan dapat merasai perbezaan suhu, kelajuan angin, titis hujan, kabus dan kelaianan jenis pokok dari setiap ketinggian.
"Di tengah-tengah perjalanan, janganlah pandang ke bawah jika rasa gayat. Walau bagaimanapun kareta kabel ini amat selamat kerana menggunakan teknologi Austria dan Switzerland."
Ok kami dah berada di puncak, terdapat pelantar tinjau dan lihatlah keindahan pemandangan Lautan Hindi dan Laut Andaman yang luas terbentang. Pulau-pulau di selatan Thailand juga jelas kelihatan dari sini. Pengunjung juga dapat menyaksikan pendekatan teknologi pembinaan titian gantung sepanjang 125 meter yang unik kerana alam sekitar tidak terjejas langsung atas pembinaan jambatan ini. Gunung batu kapur jelas menonjol. Suasana kemerahan semasa matahari terbenam beberapa minit di ufuk Lautan Hindi. Suhunya lebih sejuk 5' darjah berbanding suhu biasa.
Mesti korang tertanya2 mana gambor SkyBridge. Masa kami pergi tu SkyGlide yg macam lift kaca dah beroperasi. Jadi kalau kita nak ke SkyBridge dah tak payah nak mendaki anak tangga yg turun naik tu. TETAPI SkyGlide ni kena bayar RM15/Person. Dah ler kena bayar pastu nak beratur pon panjang. Danish & Alysa pon dah penat. Lagipon Murni dan Husband pernah pergi SkyBridge tu dulu. Dulu kena mendaki turun naik bukit. Memang azab dengan mengandung Alysa 6 bulan. Jadi kami ambik keputusan untuk balik jer..penat dah..bukan penat aper penat menunggu. Ok laa setakat ini dulu cerita bercuti di Langkawi.