Assalamualaikum semua..
Harini Murni nak review satu lagi tempat menarik di Pulau Pinang ni. kalau kawan2 berkunjung ke Pulau Pinang boleh laa masukkan dalam itinerary untuk berkunjung ke 5D Interactive Word ni. Lokasinya pon sangat senang nak dicari. Ianya berada di tengah2 antara bagunan Gamma dan Penang Times Square..dan hanya berjalan kaki tak sampai 5 minit dah sampai dari situ
Dan jika kawan2 berada di bangunan Komtar, kawan2 boleh juga menaiki bas bas RAPID Penang iaitu dengan menaiki bas no 201, 202, 203, 204, 206, 502, 301 dan 11. Jika anda menggunakan bas Hop On Hop Off (HoHo) anda boleh berhenti di stesen HoHo bernombor 7. Tapi Kalau kawan2 berkereta sebaikknya kawan2 parking kereta di Penang Times Square atau Gamma kerana tempat ni sangat susah nak dapat parking. Kerana terletak betul2 tepi jalan raya.
Lepas beli tiket kami mula memasuki bangunan 5D interactive world ni. Mula2 masuk Murni dan suami agak blurr2 sebab tak tahu apa motif sebenar kewujudan 5D Interactive World ni. Yang Murni tahu mungkin tempat ni sesuai untuk ambik gambar cantik2 gitu..Setelah diberi penerangan barula Murni faham..Rupanya ada mesej yang nak disampaikan berdasarkan 5D art ni.
ZON ALAM SEKITAR
Macam gambar sampah sarap kat atas tu menunjukkan kita kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar. Cuba bayangkan kalau hidup kita dikelilingi dengan sampah sarap..alahai tak sanggup. Dan gambar kat bawah ni pun sama ada replika seekor penyu terlekat pada pukat..memang kesian (Alysa & Danish asyik cakap kesian dia) huhuhu..Beginilah nasib penyu ni dan hidupan laut yang lain kalau dunia kita tercemar termasuklah dgn habitat mereka di laut . Haritu anak2 Murni mendpt pengajaran dari cerita tentang kepentingan menjaga alam sekitar.. Dan jangan buang sampah merata2..hehehe
Kat bawah ni pula menceritakan tentang hidupan dekat hutan seperti tapir dan tenggiling yang hampir pupus kerana pencemaran alam.. Jadi untuk pastikan anak cucu kita masih sempat melihat mereka jagalah kebersihan alam sekitar.
ENDANGERED ANIMAL
Gambar kat bawah ni seolah2 menceritakan keadaan dimana kehidupan kita jika ketiadaan air. Maka sambil bergambar tu boleh laa bercerita kat anak2 begini la kalau kita ketiadaan air..jadi perlu berjimat cermat semasa menggunakan air.. Gambar seolah2 menceritakan menunggu air keluar dari pagi sampai maghrib hanya ada setitik..huhuhuhu
SAVE WATER
SAVE WATER
Gambar seterusnya seolah2 memberitahu kita supaya amalkan sikap mengitar semula. Contohnya kertas tu dijadikan rama2 yang cantik dan penutup botol dijadikan gambar penyu. Kreatif betul mereka ni dalam memperomosikan amalan mengitar semula.
Ok la dah habis belajar pasal kebersihan alam sekitar , kita sampai ke tempat untuk ambik gambar aksi pulak. Tang ni part paling seronok dan patut ler gambar banyak sangat. Harap kawan2 bertabah laa untuk melihatnya. hehehe
ANIMATION SECTION
MAGIC MOMENT
Melangkah ke dunia sihir. Menjelajahi tamadun Maya dan tamadun Mesir dengan menjadi seorang ahli sihir yang dikagumi ramai..Hahahah
Labah2 culik Alysa, Danish datang selamatkan |
ZON ARCA
Karya seni wayar 3D ini dalam pelbagai saiz, minimum 16 inci X 16 inci dan maksimum 8 kaki X 8 kaki. Mencipta karya ukiran yang tunggal dan unik, dengan pergerakan badan, postur dan mimik muka anda.
Dah habis meronda dan berposing sakan kami dijemput naik ke tingkat atas. Murni nampak dari bawah ada banyak meja dan kerusi. ingatkan ada cafe ke ape..hahaha. Rupanya kat atas tu ada satu lagi tempat menarik.
ZON TANAH LIAT
Disini kita kembali ke alam semula jadi, menggunakan tanah liat untuk mencipta karya seni yang tersendiri. Walaupun tanah liat merupakan bahan yang asas dan kasar, tetapi ia merupakan elemen penting dalam kehidupan. Jom tengok..betapa enjoy anak2 Murni haritu..
Disini kami diberi seketul tanah liat dan peralatan untuk membuat karya seni seperti ceramic atau binatang2 (ni betul2 tanah liat yang orang buat tembikar tu tau). Ape lagi kemain seronok laa anak2 sebab ini pengalaman pertama dapat bermain dengan tanah liat. Selalunya mereka bermain dgn plasticine jer.
Dan haritu kami sangat beruntung kerana seorang staff 5D Interactive World ni sudi mengajar kami cara2 untuk membuat karya seni dengan tanah liat ni. Terima kasih kepada Miss Cristine kerana sangat peramah dan bersabar melayan karenah Alysa dan Danish. Termasuk suami Murni pon dia ajar. memang terbaik la Miss Cristine ni. Dan kat bawah ni adalah hasilnya. semua berjaya menghasilkan macam2 karya seni.
Pasu (katanya) dah siap |
Alysa buat dinosor gemok |
Sambil tunggu anak2 dan suami siapkan projek tanah liat mereka sempat lagi kami berposing bersama geng Team Projek Blogger Utara dan juga blogger jemputan Zafirah Nazri.
Muka Muka Ceria..hehehe |
Inilah hasil yang pernah dibuat oleh pengunjung2 5D Interactive World ni. Cantik2 kan???. Yang kami buat haritu dibenarkan bawa balik sebagai kenang-kenangan. Kat bawah tu juga ada dijual cendera mata untuk dibeli dan dibawa balik..
Bahagian Cenderamata |
5D Interactive World, Penang |
Sekali lagi Ribuan ucapan terima kasih kepada semua pihak 5D Interactive Word kerana menjemput kami dari #teamProjekBloggerUtara untuk merasi sendiri keunikan yang ada di 5D Interactive World ni. Inshaallah kalau ada kelapangan kami akan datang lagi. kalau kawan2 pon sudi nak datang boleh jer ke alamat dibawah.
5D Interactive World
9F, Jalan Dato Keramat,Georgetown,
10150 George Town, Malaysia
9F, Jalan Dato Keramat,Georgetown,
10150 George Town, Malaysia
Assalamulaikum...
Alhamdulillah dah sebulan setengah dua beradik bulus ni tinggal bersama kami. Dan isnin lepas encik suami bawa mereka berdua untuk suntik vaksin & makan ubat cacing..
Encik suami bawa mereka cucuk vaksin di Jabatan Perkhidmatan Veterinar Daerah Barat Daya, Pulau Pinang. Harga pon murah untuk Vaksin dan ubat cacing total bayaran untuk 2 beradik tu hanya rm55. Sebulan lagi diorang kena datang untuk cucuk satu dose lagi..hehehe
Maaf takde gambar masa operasi mencucuk sebab Murni takda. encik suami terpaksa memegang dua beradik tu untuk cucuk..hehehe
Next appointment 24/11/2016. Haritu timbang Tiqi (putih) berat 1.4kg & Tiqa (marble) berat 1.5kg. Tapi nampak macam Tiqi lagi besar dari Tiqa. Mungkin sebab Tiqi ekor panjang dan Tiqa ekor kontot. hehehe
Tiqa |
Tiqi |
Ok laa setakat ni dlu..nanti mummy update lg pasal bulus 2 beradik ni ok..hehehe