Assalamualaikum..
Dugaan di tahun baru 2019. Semalam masa Murni balik kerja, Murni singgah stesen minyak sekejap. Tiba-tiba Murni teringin nak minum Nescafe sejuk dan nak beli barang peribadi tapi malas nak singgah kedai. Alang-alang lalu kat stesen minyak dekat dengan tempat kerja ni singgah beli saja lah kat sini. Murni dah matikan enjin kereta baru teringat nak call pengasuh bagitahu harini lambat sikit ambil anak. Panas pula cuaca hari ni. Murni start semula enjin kereta nak on aircond sebab panas, tiba2 argh sudah. Enjin tak hidup pula! Murni dah cuba banyak kali tapi tak boleh hu hu hu.
Murni panik laa duk pikir macam mana nak balik ni. Nak call encik suami supaya datang pon dia kerja jauh. Murni kerja di Georgetown manakala encik suami pula kerja di Bayan Lepas. Haritu Murni balik kerja awal pukul 4 petang.
Macam mana ni? Murni tak ada choice terpaksa juga call encik suami kalau-kalau dia boleh tolong. Tapi betul sangkaan Murni encik suami tak boleh datang. Kalau dia datang pon lambat dalam pukul 6 petang. Alamak, takkan nak tunggu sini sampai 2 jam. Dah laa anak-anak nak balik sekolah pukul 6.30 petang.
Dalam kepala otak ni asyik duk hitung waktu saja. Mujur laa Zulaikha duk dengan pengasuh. Terus call pengasuh cakap Murni ambik Zulaikha lambat sikit sebab kereta rosak.
Encik suami pula minta Murni duduk dalam stesen minyak tu. Sejuk sikit katanya. Selamat pon selamat. Dia akan tolong hubungi bateriku.com, bateri kong rasanya.
Bertambah seram pula bila encik suami kata macam tu. Dah la pertama kali jadi macam ni masa Murni seorang diri. Teringat kes penipuan famous pasal kereta ni. Sabar dan tawakal jer la masa ni sementara tunggu bantuan tiba.
Murni pun rasa bateri kereta ni dah kong sebab dah dekat 2 tahun tak tukar bateri. Patut laa pagi tadi masa nak start enjin agak susah dan masa Murni start tiba-tiba radio off sendiri dan alarm berbunyi sekejap. Tapi lepas tu dia hidup balik. Mujur laa Murni tak berhenti isi minyak pagi tadi. Kalau tak naya juga la. Mesti terpaksa datang kerja lambat atau ambil "emergency leave" haritu.
Encik suami call katanya bateriku.com akan datang lagi sejam. Ada banyak masa ni. Baru teringat nak cari barang tadi. Sambil memilih barang, otak sibuk juga fikir itu ini, tangan sempat lagi google pasal kereta tak boleh hidup.
Kereta tak boleh hidup ni mungkin disebabkan:-
1. Bateri kereta kong
2. Alternator
3. Starter
Mekanik Bateriku.com datang tepat pada masanya. Perkara pertama mereka buat adalah periksa keadaan bateri kereta. Memang betul bateri kereta Murni dah kong. Rupanya encik suami dah deal semua bateri kereta Murni. Jadi mereka hanya tukar bateri sahaja. Kebetulan pulak Murni tak ada duit cash masa tu. Mujur Encik suami dah bayar menggunakan payment gateway Bateriku.com.
Alhamdulillah, dalam masa lebih kurang 20 minit semuanya selesai. Bateri yang lama mereka ambil dan kereta dah boleh hidup semula. Sangat menjimatkan masa dan memudahkan urusan. Cepatlah sampai rumah pengasuh. Rindu dah Murni pada Zukaikha. Balik nak gomol Zulaikha, nak masak dan banyaknya kerja!
Murni puas hati dengan perkhidmatan Bateriku.com. Staff dia meyakinkan dan tak ada nak ketuk-ketuk minta tukar benda lain.
Haa ni Murni share nombor telefon Bateriku.com
1300-22-2324 (Toll Free)
Whatsapp/ SMS: 018-202 6019
Atau muat naik applikasi di Google Play untuk android dan App Store untuk IOS ya...FREE ajer..