Assalamualaikum..
Rambut adalah mahkota setiap wanita. Metafora ini seringkali dikiaskan
kerana setiap helaian rambut yang menawan mampu memberikan keyakinan pada diri.
Rambut yang menawan pastinya lahir dari penjagaan yang rapi tidak kira dalam
apa jua keadaan. Bagi individu bertudung, penjagaan mahkota ini sememangnya
dititikberatkan agar keadaan rambut sentiasa sihat, dan bermaya.
Memahami keperluan wanita bertudung
moden, SAFI Shayla rangkaian jenama
syampu khas wanita bertudung telah dilancarkan pada Oktober 2013. Dengan 8
varian diformulasikan dengan Habbatus Sauda yang mempunyai 1001
kebaikan, SAFI Shayla dapat
menyelesaikan apa jua masalah rambut yang dialami oleh wanita bertudung.
“SAFI bukan sekadar sebuah
jenama untuk pengguna. Ia punya jiwa dan hubungan akrab serta kepercayaan
seperti keluarga dan teman bersama para pengguna. SAFI SHAYLA adalah kesinambungan kembara cantik jenama ini dalam
inovasi produk menzahirkan manfaat terkitab khasiat Habbatus Sauda yang menjadi
santapan Jujungan Mulia Rasullullah S.A.W
meriwayatkan 1001 manfaatnya untuk umat manusia kecuali apabila Izrail
datang memanggil. kami berbangga dan
bersyukur kerana diberi ruang untuk memperkenalkan bukan sekadar syampu tetapi
rangkaian lengkap produk penjagaaan rambut khusus untuk wanita bertudung”, Jelas Pengurus Kumpulan Produk SAFI,
Mahsuri Sulaiman.
SAFI Shayla - Kawalan Rambut Rosak
Merawat dan mengawal rambut rosak dan kasar
|
SAFI Shayla - Perapi Rambut
Rambut lembut dan terurus
|
Walaupun terdapat banyak jenama
syampu antarabangsa yang masuk ke dalam pasaran syampu untuk wanita bertudung
pada masa ini, SAFI Shayla masih
mampu untuk berdiri dan ianya terbukti apabila SAFI Shayla telah memenangi beberapa anugerah seperti Marketing
Excellence Awards 2015 dan Effie Awards 2016 di mana SAFI Shayla telah merangkul 3 emas dan
1 perak bagi ke dua-dua anugerah tersebut. Ini membuktikan bahawa
pengguna-pengguna SAFI Shayla mempercayai
bahawa rangkaian syampu ini mampu memberi solusi kepada masalah rambut seperti
rambut gugur dan gatal kulit kepala yang dihadapi oleh wanita bertudung.
Pengguna-pengguna setia SAFI Shayla juga
mengatakan bahawa #HanyaSAFIShaylaUntukSaya
Pengguna
juga boleh mendapatkan SAFI Shayla di
dalam bentuk fleksi. Melihat kepada keadaan ekonomi yang mencabar, penggguna
mula mencari produk yang lebih murah dan menjimatkan, pada masa yang sama
memberikan nilai dan kualiti yang tinggi. Kebanyakan pengguna mengurangkan
kadar perbelanjaan tetapi masih berusaha untuk mendapatkan barangan berkualiti
untuk melengkapi keperluan isi rumah.
“Dengan SAFI Shayla Pek Fleksi, pengguna boleh
mengguna terus, atau digunakan sebagai pek isian semula, ataupun sebagai pek
kembara. Kami mengekalkan kualiti syampu agar keberkesanannya boleh dinikmati
pada harga yang lebih jimat.” Jelas Puan Mahsuri Sulaiman, Pengurus Pemasaran
SAFI.
Ingin ketahui
apakah pandangan pengguna terhadap syampu untuk wanita berhijab? Layari saluran
YouTube SAFI
Untuk maklumat
lanjut mengenai jenama SAFI sila
layari laman
Facebook SAFI: www.facebook.com/SAFI.MY
Instagram SAFI: @safimalaysia