Rawat Migrain Tanpa Paracetamol dan Pain Killer
6:45 PM
Salam untuk semua pembaca blog Murni ini..Hari ini Murni nak share tentang penyakit migrain. Murni rasa terpanggil untuk share tentang penyakit migrain ni kerana Murni memang penghidap penyakit migrain yang teruk. Murni telah ditakdirkan mewarisi penyakit ini dari emak Murni.huhuhu. Selain itu ramai juga kawan-kawan Murni yang menghidap migrain dan masih ramai juga yang tak tahu apa itu penyakit migrain ini.
Apa Itu Migrain?
Sakit kepala yang disebabkan oleh Migrain memang sangat sangat sangat menyakitkan dan boleh mengganggu aktiviti harian. Ianya akan menyebabkan anda rasa kepala anda sangat sakit dan berdenyut-denyut seperti nak pecah dan selalunya disertai dengan rasa loya, muntah-muntah atau terlalu sensitive kepada cahaya dan bunyi (senak mata).
Ciri-ciri Migrain:
- Rasa sakit berdenyut-denyut di bahagian sebelah kepala – Anda mungkin juga mengalami kesakitan di kedua-dua bahagian bila dah di tahap kronik.
- Sakit dibahagian belakang mata
- Rasa sakit mungkin agak sederhana tapi mungkin bertambah buruk hingga anda terpaksa berhenti daripada melakukan aktiviti harian anda
- Kesakitan mungkin bertambah buruk semasa anda melakukan aktiviti fizikal
- Loya atau muntah-muntah atau mungkin juga kedua-duanya
- Sakit kepala juga akan menjadi lebih teruk apabila anda terdedah kepada cahaya, bunyi bising atau bau
Punca Migrain:
Punca sebenar migraine tidak dapat dikenalpasti tetapi ramai penyelidik yang beranggapan ketidakseimbangan bahan kimia di dalam otak, perubahan hormon, pemakanan dan persekitaran juga mungkin turut menyumbang. Punca lain ialah:
- Perubahan hormon dikalangan wanita. Perubahan tahap estrogen dikalangan wanita – Perubahan hormone sering berlaku apabila sesorang wanita iaitu sedang haid, hamil ataupun menopos
- Pengambilan ubat-ubatan yang melibatkan hormone seperti pil perancang ataupun terapi hormone gantian
- Pemakanan – Pemanis dan pengawet di dalam makanan
- Alkohol dan kafein – Pengambilan minuman beralkohol dan berkafein boleh mencetuskan migraine
- Tekanan (Stress)– Individu yang tertekan cenderung menghidap migraine
- Cahaya dan bau – Pencahayaan yang terlalu terang dan bau-bauan yang sangat kuat
- Menurut Dr Zubaidi, Migrain ni ada kaitan dengan keturunan sebab kebanyakan yang ada migrain kata ibu dan ayah mereka pun ada migrain.
- Lain-lain – Perubahan corak tidur (jet lag), aktiviti fizikal dan perubahan alam sekitar mungkin menyumbang kepada migraine
Rawatan Migrain:
Migrain boleh dirawat dengan menggunakan ubat-ubatan iaitu ubat untuk melegakan (pain killer) yang perlu diambil bila sakit kepala menyerang dan ubat untuk mencegah (ubat ini perlu diambil secara berterusan).
Tetapi bukannya elok pun makan pain killer dan paracetamol untuk migrain. Lega sekejap aje pun. Dan kalau makan kerap, boleh effect buah pinggang.
Ada satu artikel dalam majalah i-Sihat, edisi ke berapa Murni dah tak ingat. Ada seorang sportman yang terkena sakit buah pinggang sebab terlalu kerap sangat makan pain killer kerana migrain. Kesian , walaupun aktif bersukan tapi masih kena sakit.
Ada satu artikel dalam majalah i-Sihat, edisi ke berapa Murni dah tak ingat. Ada seorang sportman yang terkena sakit buah pinggang sebab terlalu kerap sangat makan pain killer kerana migrain. Kesian , walaupun aktif bersukan tapi masih kena sakit.
Rawatan Alternatif Untuk Migrain:
- Akupuntur – rawatan menggunakan jarum nipis yang dicucuk kebahagian tertentu tubuh. Tetapi rawatan ini mesti hanya dilakukan oleh pakar2 dari pusat akupuntur yang berdaftar.
- Urutan – Urutan yang betul dikatakan dapat melegakan pesakit migraine
- Mengamalkan senaman otot, bersantai, tidur yang cukup dan berehat secukupnya
Petua2 dan Cara Mudah untuk Legakan Migrain/ Sakit Kepala:
1. Merendam Tangan dalam Air Dingin/ais
- Merendam kedua-dua tangan anda di dalam air sejuk selagi anda boleh. Ini mungkin membantu melegakan kesakitan akibat migrain dengan cepat. Anda juga digalakkan untuk membuka dan menutup tangan anda semasa direndam di dalam air. Tangan dah sejuk, so rasa sakit di kepala terlupa sekejaplupa :)
- Cuba untuk sentiasa bergelap di dalam bilik semasa serangan migrain. Cahaya tambahan dan berlebihan boleh mendatangkan sakit kepala. Baring, tutup mata, tutup lampu, tingkap tirai semua. Biar bergelap untuk dapat ketenangan dan mudah tidur.
3. Mengambil Sedikit Kafein
- Satu jumlah kafein yang besar boleh menjadi tidak sihat tetapi jumlah yang kurang sebenarnya boleh bertindak sebagai ubat penahan sakit. Bau kopi mampu menenangkan minda dan anti stress. Ambillah sedikit kafein semasa serangan migrain dan rasakan perbezaannya.
- Caranya dengan mencampurkan minuman isotonic dengan air putih pada kadar 1:1 atau 1:2. ( Secawan minuman isotonic dengan 2 gelas air putih biasa)
5. Gunakan Rempah.
- Carikan bahan-bahan berikut ::
~ kacang hijau
~ lada hitam
~ garam kasar
- Ketiga-tiga bahan tersebut diisi atas kertas surat khabar, kemudian pijak dengan kaki sambil berselawat, Insya Allah, migraine tersebut akan beransur hilang dan pulih seperti sediakala. Bayangkan cas-cas negatif sakit kepala tu mengalir masuk tertarik ke garam, lada dan kacang hijau tu. Ia boleh juga jadi cam terapi kat kaki tu.
6. Baring Kepala dibawah kaki diatas
- Ketika baring atas katil, turunkan kepala anda sehingga mencecah lantai. Biarkan kaki di atas katil. Secara rasionalnya, ia menurunkan perjalanan darah ke arah kepala. Kan salah satu punca migrain ialah kurangnya pengaliran oksigen dan darah ke bahagian kepala?
- Oleh itu, cuba buat, biar kepala ke bawah mencecah lantai sementara kaki masih di atas katil. selama beberapa minit je, jangan lama sangat. Buat secara berperingkat. Jangan lama sangat buat. Cukup sampai melegakan je.
7. Sujud
- Cara paling bagus untuk menghilangkan sakit kepala/migraine ialah sujud lama sikit pada sujud yg terakhir terutama sekali waktu solat subuh. Semasa sujud tu berdoa la. Insyaallah, Sakit kepala akan semakin berkurang. Jika tak dilakukan dalam solat pun boleh dilakukan setiap subuh.
- Otak manusia memerlukan darah yg cukup utk berfungsi secara normal. Tetapi ada beberapa urat saraf yg tidak dimasuki oleh darah dan hanya dengan bersujud barulah darah akan mengalir ke bahagian urat saraf tu.
8. Berbekam
- Bukan sahaja untuk migrain malah digunakan untuk merawat pelbagai penyakit lain. Dalam Islam juga disarankan untuk berbekam sabagai salah satu cara merawat penyakit. Sepertimana seorang khadam Rasullullah saw mengatakan:
9. Minum Perahan Limau Nipis
Supplemen/Vitamin Yang Sesuai Utk Merawat Migrain:- Yang ni pun ada jugak petua yang biasa aku dengar sama jugak macam minum air kelapa tanpa gula dengan ais. Masa kecik-kecik mak aku bagi minum kelapa kalau panas badan atau sakit kepala. Tapi tak sure berkesan atau tak untuk migrain. Dan ada jugak petua yang mengatakan minum nira nipah boleh hilangkan migrain.
10. Bernafas Lebih Efisien Sambil Tutup Mata
- Satu kajian menunjukkan kurang 50% penduduk dunia benar-benar bernafas secara 'betul'. Kemungkinan sakit kepala berlaku akibat kekurangan oksigen. Jadi tenangkan diri, bernafas dalam-dalam buat seketika sambil pejamkan mata (rilekskan otot mata punca sakit kepala).
- Pakar kesihatan percaya migrain berpunca dari salur darah didalam kepala yang mengembang kemudian mengucup secara mengejut.
- Ostematrix mengandungi magnesium yang mustahak membantu mengelak pembuluh darah dikepala menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. .
- Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah.
- Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang.
- Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah. Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium.
- Kajian juga membuktikan magnesium mengurangkan sakit kepala atau migrain, dan mengurangkan kekerapan ia berlaku.
- Ostematrix juga membantu tidur dengan lena dan tenang.
- Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium.
- Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.
B COMPLEX:
- Punca migrain termasuklah stress dan hormon tidak seimbang. Vitamin B- Complex berfungsi menstabilkan hormon dalam badan. Ia juga merangsang mood gembira dan baik.
- Oleh itu hormon akan stabil dan stress dapat dielakkan, maka migrain turut sama berkurangan. Vitamin B2 dan B6 terbukti mampu mengurangkan masalah sakit kepala, mengelak daripada berulang terlalu kerap.
- Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain.
- Vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang migrain, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, strok dan sebagainya.
- B complex ni juga dikenali sbg vitamin anti stress so that bila ambil kita lebih tenang nak hadapi tekanan hari2 dan bila kurang stress maka terpancar juga di muka, kulit muka jd lebih berseri2 je.
Selain itu, buat orang Islam, kita bolehlah mengamalkan ayat-ayat suci Al-Quran yang kita tahu banyak khasiatnya. Ia boleh menjadi ubat kepada banyak penyakit. Apa kata kalau membaca ayat Qursi apabila diserang migrain? Insya Allah sakit migrain kita akan hilang. Yang penting, kita percaya kepada kelebihan yang ada padanya. Mudah-mudahan hilang sakit migrain kita.
Telah ramai juga pesakit yang berjaya pulih daripada migrain dengan mencuba kaedah ini dan juga mengamalkan memakan supplemen. Dan Murni sendiri dah amalkan. Alhamdulillah serasi dengan Murni. Jadi mari kita amalkan yang terbaik dan bebaskan diri kita daripada bahaya drugs/ubat-ubatan hospital untuk kebaikan kita untuk jangka masa panjang. Insya-Allah, kita hanya berusaha dan bertawakal kepada Nya. Selamat Mencuba.
Atau...
Walk-in terus Ke Cawangan Shaklee yang Berdekatan:
Jika anda tinggal berdekatan dengan cawangan Shaklee, anda boleh terus ke cawangan Shaklee yang berdekatan dengan menggunakan ID saya: 1176598 [Murniwati Awang]
11 ulasan
Elakkan pergantungan pada ubatan yang tinggi steroid kan ^-^
ReplyDeleteRawatan alternatif yang baik. Terima kasih atas perkongsian
ReplyDeleteSha migrain kritikal dan bisanya sha perlu tidur dlm gelap ataupun duduk bawah pancuran air utk melegakan migrain..
ReplyDeletekawan husna ada migrain, kalau kena je mesti dya akan tutup abeh cahaya yg dtg.. pastu tidoq.. kesian gak laa tgk org yg migrain ni.. sesetgh org tak leh kacau kalau kacau jgk tak pepasal kena..
ReplyDeletedulu time sekolah.. tapi xdela kronik sngt..
ReplyDeletecuma notice.. kalo tngh2 hari panas2 tu mula nk ting tong kepala..
and yes.. tidolah dalam gelap..
Assalam murni,
ReplyDeletenice sharing :)
penting ni
Good sharing
ReplyDeleteterbaik
ReplyDeleteTerima kasih sangat membantu, amin
ReplyDeletesujud,,itu penting
ReplyDeleteOo..gud sharing !! Ada yang dah tahu dan faham juga yang memang tak tau hehe. Terima kasih ye
ReplyDelete