DIY Pancake di One Garage Slappy Cakes @ M Mall, Penang Times Square.

September 05, 2016


Assalamualaikum...


Sesiapa yang inginkan kelainan dalam cara menyediakan makanan harian boleh cuba cara Murni sekeluarga kali ni. Kali ini kami sekeluarga mencuba untuk memasak Pancake di restoran pulak. Sebelum ini kita hanya tengok di TV & rancangan masakan di restoran luar negara sahaja yang menyediakan konsep macam ni. Tetapi kali ni di One Garage kita pon boleh DIY sendiri pancake yang kita nak makan. Menarik kan...





Sebenarnya One Garage ni concept dia 3 jenis restoran dalam satu bumbung iaitu One Steamboat (steamboat type foods), Terminal One (western foods) & Slappy Cakes (DIY pancakes). Dan kami sekeluarga paling enjoy adalah DIY pancakes la..Lepas masak terus makan panas2..memeng superb..hehehe












Haaaaa....kalau korang tak tahu nak buat boleh rujuk wall deco yang terang2 ada jar cara2 nak buat pancakes 'the slappy way' ni. Takpe mula2 memang kekok..lama2 ok la..praktis make perfect kann...




Sebelum korang nak masak pancake tu, pastikan korang order bahan-bahannya terlebih dahulu. Terdapat 4 jenis adunan atau batter. Buttermilk, Pandan, Coklat dan Peanut Butter. Harga bagi satu botol batter RM9 dan RM13. Lepas tu korang pilih pula fixin dan juga topping. Harga untuk setiap satu RM3.50. Kemudian korang boleh la masak pancake korang sendiri.




Ok untuk permulaan kita bagi boss besar buat dulu..buat jer corak ape asalkan jadi..hehehe








Sekarang bagi Alysa pulak buat. Oleh kerana tangan Alysa pendek dan kecik ibu terpaksa tolong.




Atas permintaan Alysa request abahnya buat nama 'Nur Alysa Sophia'..alahai terlebih manje pulak minah sorang ni...










Adik Danish pon tak lepas peluang..Tapi pancake dia dah rupa cekodok dah..tapi takpe asalkan diorang enjoy dan makan sampai habis...








MAKANAN LAIN DI SLAPPY CAKES

Selain dari DIY Pancakes, pelbagai menu juga disediakan disini. Pastinya sedap dan berpatutan harganya..Mesti cuba Cajun Chicken Chop dan Slappt Benedict.








LEMONADE ni sangat sedap..sesuai digandingkan dengan hidangan di bawah..




















Apa tunggu lagi..Kalau korang berminat nak merasai sendiri DIY makanan bersama keluarga bolehlah ke :-


One Garage

Ground Floor MM O2O Penang Times Square
Jalan Dato Keramat
Tel: 04-296 9580

Open: 10am-10pm



Artikel Menarik Yang Lain

7 ulasan

  1. seronoknya bole design sendiri. =) nak try jugak rasanya =D

    ReplyDelete
  2. gambar memula macam ibu tengah doa supaya abah buat pancake menajadii

    ReplyDelete
  3. wah bestnya..blh buat pancake sndiri..:)

    ReplyDelete
  4. sonoknyaaa. time ni la boleh tengok kreativiti anak2 hihihi

    ReplyDelete
  5. sonoknya. boleh jadikan aktiviti family bawak anak anak kan

    ReplyDelete
  6. seronok nampak anak2 kak murni hihihihi

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang