Diari Mengandung Anak ke-3 | Trimester ke-3 Baby Songsang dan Tranverse Lie (melintang)

8:39 AM

Assalamualaikum..



Bersambung dari cerita trimester Pertama dan kedua. Bila masuk trimester ketiga ni memang dah terasa debaran dan keterujaan untuk menimang baby ni. Masa ni muka pon dah sembuh dari ruam. Dan jantina baby pon sudah tahu iaitu baby girl. Alhamdulillah setiap kali scan Dr Tee pon bagitau perkembangan baby sgt2 bgus. berat baby pon ok. Buah pinggang, injap jantung, bladder dan pertumbuhan otak bayi juga bagus. Jadi Murni tak risau sangat dah. Selain dari itu Murni hanya berserah pada Allah SWT untuk menentukan. Selain itu Murni lebih rajin makan supplement untuk kekalkan kesihatan yang optima sebagai persediaan untuk bersalin nanti.






 29 weeks - Breech & 33 weeks - Transverse lie








 
Pada appointment 29 minggu doc bagitahu baby masih songsang. Tapi jangan risau sebab masih ada lg lebih kurang 10 minggu untuk due. Jadi next appointment pada minggu ke 33. Pada minggu ke 33 kedudukan baby transverse lie pulak. Maksudnya kedudukan baby melintang dalam perut. Doctor masih lagi memberi harapan baby akan pusing pada minggu ke 35. Dan bermula dari 35weeks Murni kena datang check up setiap 2 minggu.



35 weeks - Breech lagi




 
Check up 35 Weeks sekali lagi bila scan kedudukan baby songsang lagi. Alahai memang susah hati. Doc cakap u jangan susah hati, baby semua ok. Untuk bersalin songsang ada 2 option. 1- Czer. U boleh pilih tarikh bila u nak. 2- bersalin normal baby songsang. Ada banyak juga kes walaupon baby songsang tetapi boleh bersalin normal. Jadi dalam 2 minggu ni harap2 baby pusing lagi. Selepas jumpa doc tu Murni google laa macam2 petua untuk bagi kepala baby turun duk bawah. (next entry Murni tulis apa usaha Murni buat untuk kandungan songsang)

 
37 weeks - Kepala Baby di Bawah



 
Alhamdulillah pada appointment minggu ke-37 kepala baby sudah dibawah dan berat baby dalam 2.7kg. Doctor Tee tanya u nak bersalin sekarang ke? sebab kalau u nak i boleh bagi u bersalin normal sekarang. Murni tak tau dia melawak atau serius. biar betul doc ni..rupanya dia ingat lagi masa appointment lepas masa kedudukan baby breech dan transverse lie Murni sgt susah hati. Murni berkeras duk cakap murni nak bersalin normal. Dr Tee pon ada cakap kalau breech pon boleh bersalin normal tetapi kaki keluar dulu dan dia pon pernah uruskan ibu yang bersalin bayi songsang. Bila dengar kaki keluar dulu lagi laa Murni kecut perut. Jadi pada 37week ni kedudukan kepala bayi dah dibawah jadi kalau Murni nak bersalin normal doc boleh bagi induce dan bersalin. Tapi rasanya masih awal sebab due Murni masih ada 3 minggu. Jadi next appointment adalah pada 38weeks


38 weeks - Transverse Lie (melintang)



 
Setiap kali nak check up mesti berdebar2. Kalini masa scan mula2 kepala dibawah...masa doc duk godek2 transducer tu tetiba kepala baby beralih ke sebelah kanan pulak. Jadi kedudukan melintang pulak. Ya Allah kenapa laa baby ni aktif sangat..perut ibu luas sangat kot tu yang syok duk main pusing2 kat dalam tu. Dr Tee pon tergelak, dia kata anak u ni aktif laa..tadi kepala di bawah ni dah beralih kekanan pulak. So macam mana u mau bersalin sekarang ke? Kalau u nak bersalin sekarang, i tolak u masuk bilik OT sekarang. Dalam kepalotak ni biar betul nak Czer sekarang?? oh NO No No..kita tgk mggu depan pulak. Murni pulak yg cakap kat doctor Tee macam tu. Dr Tee just senyum dan angguk2 kepala. Ok see u next week. Memang best dapat doc yang sekepala sporting morting boleh gurau2 dan bertolak ansur.

 
39 weeks...Jeng! Jeng! jeng!

Mggu ni paling mendebarkan dan paling tak best. Dalam minggu ke-39 ni juga laa tarikh hari raya puasa iaitu pada 25&26 June 2016. Oleh kerana Murni pernah bersalinkan Danish pada usia kandungan 39weeks jadi Murni dan suami buat keputusan untuk tidak balik beraya di Kelantan pada tahun ini. Murni pon minta pendapat keluarga di Kelantan dan mereka semua menasihati supaya Murni jangan balik takut tersakit nak bersalin semasa perjalanan Penang - Kelantan tambah2 musim perayaan dengan jalan jem dan hospita pon padat. Kalau kena sakit di tengah2 bukit jalan Grik tu tak ke naya. Lagipon Murni pon fully buat check up dekat LWEH jadi buku pink Murni takde tulis apa2. Juma sekali sahaja Murni pergi Check up dekat klinik kesihatan. Jadi kalau Murni bersalin dekat GH atau HUSM tak pasal2 kena marah dekat doc kalau ada ape2 kes. jadi Pada hari raya tu kami beraya di Penang sahaja dan Murni dah ready untuk bersalin.


29 June 2017

Appointment lagi dengan Dr Tee, Kandungan dah 39 minggu lebih dan setelah scan kepala baby sudah dibawah. Kalau ikut EDD(LMP) 40 weeks adalah 3 Julai 2017. Tinggal 5 hari lagi nak cukup 40 minggu. Alysa dulu lahir cukup2 40 minggu. Lagi laa berdebar2. Perut pon kerap rasa menegang dan sakit2. Tapi sakit main2. Dan macam biasa Dr Tee sekali lagi bertanya ayat yang sama. U nak bersalin sekarang ke??? Ya Allah takut ada teruja pon ada. Dan sekali lagi Murni menolak. Kalau boleh nak bersalin secara natural sebab tak mau induce. lagipon dah tak lama lagi dah nak sampai due date. Bertahan laa sedikit jer lagi. So Doc Tee bagi appointment lagi seminggu. next appointment pada 6 Julai 2017. (kalau belom bersalin). Murni berharap sebelum tarikh tu dah bersalin.

 
40 weeks!

Masa ni memang dah tak larat sangat. 2-3 malam sebelum ni bila tidur malam selalu rasa macam mild contraction. Sampai Murni tak boleh tidur sebab rasa tak selesa dan risau. Tapi yang peliknya rasa sakit2 perut tu datang pada waktu nak tidur malam sahaja. Bila siang hari tak sakit pulak. Murni pon tak larat nak pergi kerja. Procedure kerja kat LWEH pulak kita tak boleh ambik cuti seminggu atau 2 minggu sebelum bersalin macam tempat lain kecuali atas nasihat doc. Dr Tee pon cakap u tak payah ambik cuti laa..kalau u rasa sakit atau ada tanda2 nak bersalin u terus pergi Labour Room. nanti i akan datang tempat u. Lagi senang. Cuti u pon jimat. Hmmm betul juga kata dia..


3 Julai 2017 (Due Date)

Pagi Isnin waktu bangun pagi nak bersiap2 pergi kerja rasa tak larat sangat.. Perut macam biasa laa sekejap sakit sekejap hilang. Tapi bukan contraction. Murni tahu sebab masa nak bersalin Danish dulu Murni ada rasa contraction. Mula2 slow2 dan jarang2 dan bila dah lama baru rasa contraction tu makin kuat dan makin kerap. Tapi kalini yang Murni rasa hanya sakit bahagian bawah perut. Memandangkan harini sudah hari Due Murni jadi setelah berbincang dengan suami maka dia cadangkan untuk Murni jumpa Dr Tee harini dan minta pendapat Dr Tee macam mana. Jadi pagi tu selepas hantar Danish dan Alysa ke sekolah suami temankan Murni jumpa Dr Tee. Setelah jumpa Dr Tee dan berbincang kami suami isteri bersetuju untuk esok Murni admit dan induce untuk bersalin pada keesokan pagi iaitu 4 Julai 2017. Untuk harini doc bagi MC sehari. Jadi kami pon balik laa kerumah untuk prepare apa yang patut.















Oleh kerana dah tahu esok akan bersalin jadi Murni minta encik suami ambik ler pic masa bergelar mak buyong ni. Mana laa tau maybe ini last pic bergelar mak buyong. Sebab rasanya Murni dah nak tutup kilang dah sebab umur pon dah 35tahun.tak larat dah. Ok sampai sini dulu.. dah panjang lebar ceritanya.. InshaAllah next entry murni cerita macam mana pengalaman murni bersalin secara induce dan Murni juga terjadi komplikasi semasa melahirkan baby Zulaikha.

Bersambungggg...

Artikel Menarik Yang Lain

5 ulasan

  1. Tak sabar tunggu next entry....suka nak baca.. :)

    ReplyDelete
  2. amboi..awal tutup kilang..hihi

    ReplyDelete
  3. Bersambung lagi.. Tak sabar nak ikuti..

    ReplyDelete
  4. fuh berdebar pula baca. itulah pengorbanan seorg ibu kan. salam kenal

    ReplyDelete
  5. seronok baca pengalaman mengandung murni.thanks for sharing

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang