Kenangan Terakhir Bersama Tiqi (Putih) | Tiqa & Tiqi si Bulus

10:01 AM

Assalamualaikum..

Setelah 10hari baru Murni diberi kekuatan untuk menulis coretan ini. Sebelum ini setiap kali menatap gambar Tiqi hati Murni akan dirundung sedih. Tambah2 lagi masa minggu pertama Murni kehilangan Tiqi ni. Setiap kali Murni pandang Tiqa (marble) teringat Tiqi (putih). Tapi Alhamdulillah sekarang Murni dah boleh terima hakikat Tiqi bukan milik kami lagi. Tiqi sekarang sedang berbahagia bersama tuan baru dan teman jantan baru disana..huhuhuhu



Mesti kawan2 tertanya2 kenapa dgn Tiqi? Kemana Tiqi? Sebenarnya Tiqi si putih ni encik suami Murni dah serahkan kepada tuan baru yang tinggal di Alor Setar, Kedah. Tuan baru Tiqi ni ada seekor jantan dah..jadi dia berminat nak carikan pasangan untuk bulus jantan dia. Setelah melihat gambar Tiqi dia berkenan. maka pada tanggal 9 Jan 2017 orang tersebut telah datang ambik Tiqi. Murni tak sempat jumpe Tiqi buat kali terakhir kerana masa tu Murni bekerja petang. Bila Murni balik rumah tengok Tiqi dah takde..Sepanjang jln balik dari kerja Murni duk berharap dapat jumpe Tiqi tapi sayang..tak sempat kerana orang tu nak cepat balik ke Alor Setar..tapi Murni sempat laa berface time dgn Tiqi tapi masa tu tak dapat nak cakap ape2 dah..hanya Air mata yang berjujuran💔


Malam tu Murni menangis sampai takleh tidur. Macam2 bermain di fikiran Murni. Kalau dekat Murni dah suruh encik suami pergi ambik. Dan malam tu juga Murni asyik nak marah2 jer dekat encik suami..sebab dia serahkan Tiqi pada orang lain. Mujur laa dia faham perasaan Murni. Walaupon Murni tak pernah sekali urskan Tiqa Tiqi tapi encik suami tak marahkan Murni asyik duk bersedih jer. Mungkin dia faham Murni sayangkan Tiqi. Malam tu encik suami pujuk Murni..dia bagitau dia tak larat nak uruskan dua beradik ni. lagipon kami akan berpindah ke rumah baru iaitu rumah apartment kalau bela mereka berdua ni takut rumah berbau. lagi satu Tiqi ni sangat lasak suka panjat2. Rumah kami tingkat 12 sangat merbahaya. Murni pon tengah mengandung loni dan bakal melahirkan anak lepas Raya Puasa nanti. Jadi kalau bela Tiqa seekor tak laa penat sangat encik suami dan ada laa juga masa untuk tolong Murni jaga baby baru kami.


Tengah hari keesokan encik suami foward whatsapp yang dihantar oleh tuan baru Tiqi..Ternyata tuan Tiqi ni sangat sayangkan Tiqi. Rumah baru Tiqi pon jauh lagi besar dari rumah yang kami sediakan. Dan siap nak hantar pergi grooming lagi. Dah pakaikan loceng..Alhamdulillah..Murni pon rasa lega sebab sebelum ni Murni tak tahu keaadaan Tiqi takut Tiqi tersiksa jer.. Biasa laa bila kita dah sayang dan dah anggap macam ahli keluarga perasaan risau tu sangat tinggi. 





Rumah baru Tiqi

Pasu yang pecah ni pon adalah peninggalan terakhir Tiqi hadiahkan pada kami sekeluarga. Pasu ni Danish dapat goodies masa hari jadi kawan dia dekat taska. Danish punya sayang bawa tatang dua2 tangan dan balik dari taska terus letak dekat rak tv. Dah dekat sebulan duk kat rak tv tu..dan akhirnya sebelum Tiqi pergi dia pecahkan pasu ini..Murni masa tengok pasu ni terus berambuuu air mata...sebab Tiqi ni memang aktif lari sana lari sini..dia x macam Tiqa yang lebih pendiam..huhuhu


Kat bawah ni adalah picture terakhir Tiqa bermain dengan Tiqi..lepas ni tak tau laa boleh jumpa lagi atau tidak..huhuhu





































































Artikel Menarik Yang Lain

9 ulasan

  1. alahai sedihnya nk berpisah dgn si comel nih.... lebih2 lagi si kecik tu.. huhuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup memang sedih..murni satu mlm tak lena tidur duk menangis sampai bengkak mata..keesokan nya bila tahu Tiqi baik2 saje baru boleh terima hakikat..terpaksa..huhuhu

      Delete
  2. bgslah dapat owner yang baik semoga tiqi elok2 kat sana..nti dah dpt anok jgn lupa balik penang jumpa mak awak tu haha

    ReplyDelete
  3. sedihnyaaa.. dh comel. harap tuan baru jaga elok mcm mna kak murni jaga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedih tapi nak buat macam mana..dah takdir

      Delete
  4. memang bila kita jaga dia kita akan sayang bila kita tinggal hihihihi.. pernah gak merasa kehilangan kucing

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup sedih..satu malam duk menangis

      Delete
  5. Oh! ada orang nak adopt ingatkan tadi apa huhuhuu...

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang