Rutin Penjagaan Kucing | Tiqa & Tiqi si Bulus

1:53 PM

Assalamulaikum...

Setelah 4 bulan membela 2 ekor bulus ni Murni nak ceritalah sedikit pengalaman susah payah suka duka dalam membela si bulus ni. Sebelum ni memang tak terlintas di fikiran pon tentang semua ni. Loni baru Murni tahu..setahu Murni bila kita bela bulus ni kita hanya perlu beri makan minum setiap hari dan juga mandikan selang seminggu atau dua minggu sekali. Rupa2nya...




Part ni paling sadis..Kena bersihkan kandang dan poo poo mereka dua kali sehari. Oleh kerana Murni dan encik suami dua2 bekerja kami akan kurung dua beradik tu dalam sangkar. Pukul satu husband akan balik rumah untuk solat. Lepas tu pergi kerja lagi. Pukul 5 baru balik kerja dan lepaskan mereka berdua. dan malam kurung balik. Jadi poo poo mereka sangat bayak. Tugas bersihkan poo poo mereka ni 100% encik suami lakukan. Jadi pagi selpas sembahyang subuh kena bersihkan sekali dan malam sebelum mereka tidur kena bersihkan lagi sekali. Perkara ini laa yang amat membebankan encik suami kerana terpaksa hadap kebusukan poo poo mereka ni 2 kali sehari..huhuhu



Part makan dan minum pulak dulu Murni dan encik suami beri 3 kali sehari. Tapi bila dah beli automatic cat feeder and drink ni memudahkan kerja kami. Untuk 2L food & drinks ni tak perlu laa kami beri setiap hari. Dalam 3-4 hari baru top up sekali. hehehe





 Ni pulak part kebersihan bulus2 ni pulak. Walaupon dah mandikan mereka seminggu sekali, tapi part tahi mata sememeh ni memang tak boleh dipisahkan dengan kucing jenis Parsi macam ni. Mata mereka akan mengeluarkan air setiap hari. Jadi setiap hari ada 2 hari sekali mesti kena bersihkan tahi mata mereka. Begitu juga hidung dan telinga. Encik suami menggunakan baby wet tisu. Wet tisu bayi memberikan efek wangi pada bulu kucing. Selain itu, tisu bayi juga tidak mengakibatkan kucing menjadi alergi. 














 Oleh kerana Murni mempunyai anak2 yang masih kecil dan mereka suka sangat bermain dengan 2 beradik ni ..kerap kali anak2 Murni terkena cakar dengan mereka. Jadi encik suami terpaksa memtong sedikit hujung kuku mereka untuk mengurangkan ketajaman kuku mereka. Tapi perlu dilakukan secara berhati2 takut terkena salur darah mereka. Alhamdulillah Tiqa & Tiqi sangat baik dan beri jer kuku mereka untuk dipotong..












Artikel Menarik Yang Lain

7 ulasan

  1. SubhanAllah..Tiqa Tiqi..gebus awak berdua...hihi...pelihara kucing mmg perlu banyak kesabaran...tapi walau kadang terasa lelah..bila tengok kecomelannya tu..reda rasa..

    ReplyDelete
  2. siap potong kuku lagi..

    ReplyDelete
  3. Ehehehe..mmg akn jadi rutin jika dah mempunyai pet at home..ekeke spt sy hahah 15 ekor nak kena handle..

    ReplyDelete
  4. Akak beli bekas makan dia tu.. Hahahaha senang la nak cari gak nanti.. Wahh potong kuku baik jer.. Hok dumoh ni bekeng la

    ReplyDelete
  5. rajin tok pokcik..kagum2

    ReplyDelete
  6. heheheh.. bukan senang nk bela kucing dalam rumah, kalau kt kg berak korek pasir je. mokcik beli la pengepit kuku kucing murah saja

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang