3D2N Bercuti di Colmar Tropicale - Berjaya Hills, Bukit Tinggi Pahang

February 11, 2017


Assalamualaikum...

Bercinta sungguh nak menulis loni. Ini entry pertama untuk bulan Febuari 2017. Diharap lepas ni akan ada lagi entry yang akan menyusul. Sebenarnya banyak yang Murni nak coretkan disini tapi entah laa sejak menjadi Mak Buyong ni jadi kemalasan pulak huhuhu. Ok la nak naikkan semangat menulis ni Murni mulakan entry pertama untuk bulan Febuari ini dengan entry bercuti2 Malaysia laa...hehehe






28 January 2017, sempena cuti perayaan Chinese New Year baruni Murni sekeluarga telah mengambil kesempatan untuk bertukar angin ke Bukit Tinggi, Pahang dan bercuti di Colmar Tropicale - Berjaya Hills selama 3H2M. Sebenarnya dah lama duk tengok kawan2 duk post dlm FB, Instagram dan blog pasal tempat ni. Dan pada tahun ni baru berkesempatan kesini bersama keluarga. Alhamdulillah. Kami bertolak dalam pukul 10.30pg dari Pulau Pinang melalui jambatan Sultan Abdul Halim Muazzam Shah kemudian melalui lebuhraya PLUS. Cuaca sangat baik sepanjang perjalanan..dan jalan highway PLUS dari utara ke selatan sangat clear.. tapi sebaliknya pula jalan dari selatan ke utara jem teruk..almaklum musim perayaan memang macam tu. 





Jambatan Sultan Abdul Halim Muazzam Shah


Lebih kurang dalam pukul 4.30ptg kami selamat sampai di Bukit Tinggi. Perasaan Murni memang teruja sebaik sahaja sampai dan ternampak bangunan yang ala2 kat oversea gitu. 








Untuk check in pon terpaksa beratur panjang.. almaklum hari cuti umum dan cuti bersambung pulak tu.






Sebenarnya Murni dah booking awal2 lagi  bilik melalui Traveloka.com. masa booking haritu Murni hanya ambik bilik superior with 2 breakfast sahaja. Tapi masa check in pihak hotel berbaik hati pulak upgradekan ke Deluxe Room. Owh hampir terlupa nak bagitahu, semasa naik ke Bukit Tinggi ni kita akan melalui tol dan dikenakan bayaran seorang dewasa RM15 dan kanak2 RM8 setiap seorang. Tapi oleh kerana kami bermalam disitu kami dapat refund balik duit tu masa check out nanti,. Legaa....













Bilik kami terletak di Block Euphorbia..bersebelahan dengan Wieving Tower. Bilik Hotel kat sini ada banyak block. Nama pon pelik2. kalau tak tahu boleh jer tengok nama block tu dekat setiap pintu masuk block. Dan masa Check in pon reception dah bagi peta siap2 pada check in card. Ok kami dah sampai jom tengok bilik kami yang telah di upgrade ke Deluxe Room.




Sebuah Katil King


Ada pintu untuk ke balkoni






pemandangan taman dan hutan


boleh nampak monyet2 bergayut


Alysa test katil




peti ais & kettle

Bilik Air







Selepas meregang2kan otot kami pon keluar bersiar2. Sebenarnya ada dua tujuan. Memula nak cari kat mana Swimming Pool..dan kedua encik suami nak main drone dia laa..nanti boleh tgk video pemandangan petang dan malam di Colmar Tropicale di chanel youtube encik suami Murni kat bawah ya..





Alysa selalu posing suka pegang perut ibu..hehehe


Alysa & Danish








Mr Drone Man

Yeyy dah jumpa Swimming pool ni. tapi takde orang mandi dah sebab dah petang dan hampir tutup dah.








Danish duk ushar pool besar katanya













Dah habis bermain drone kami balik ke bilik sekejap untuk solat maghrib. Lepas tu turun semula untuk cari makanan dan juga bersiar2 ambik angin malam..








Garfield si kucing malas











Danish bawah perut kuda










pintu masuk ke Colmar Tropicale





Dah penat meronda sampai depan,kami patah balik untuk makan malam. Malam tu kami dinner di La Flamme yang menghidangkan makanan Italy seperti Pizza, pasta dan macam2 lagi.. kami order Pizza dan chicken wings ja. Minuman kami order orange ja. Bila tengok harga tanjat mak nakk..tapi dah takde pilihan makan jer laa...
























Hawaiian Pizza


Chicken Wing





Sambil dok makan tu ada buskers performance datang ke setiap meja bagi menghiburkan pengunjung restoran. Kalau sesiapa rasa ada lagu permintaan boleh jer minta diorang nyanyikan. Malah diorang siap offer lagi lagu request daripada customer. Alysa request lagu Frozen - let it go..sedap juga suara mereka ni. Lepas dah hiburkan kami diorang akan gerak daripada satu meja ke satu meja untuk hiburkan pengunjung restoran. 







Alysa malu-malu

Lepas makan kami pon berjalan balik ke bilik..Dekat tengah2 ada stage performance untuk open show tapi kami tak larat dah nak layan..nak balik bilik layan mata jer..esok banyak lagi aktiviti nak buat..hehehe






Maaf terlampau banyak gambar..nanti Murni update hari kedua kami di Colmar Tropicale, Berjaya Hills ni..






































Artikel Menarik Yang Lain

7 ulasan

  1. tudia pya panjang entry hahaha
    kami dulu pun nak pi naik ke sini..tp x tido lah..

    ReplyDelete
  2. Dah lama ingin pergi tapi tak pergi2 jugak

    ReplyDelete
  3. 20 minit je tengok gambar.
    Gambar cantik2.
    Terang.

    ReplyDelete
  4. cantiknya view diaaa! belum smpai kesana lg. hehe

    ReplyDelete
  5. alahaiii...syoknya tengok gambar... memang dah lama teringin nak ke sini... In Shaa Allah...nanti satu hari nak bawa Firash ke sini juga... lagipun kami belum pernah lagi pergi bercuti...

    ReplyDelete
  6. berapa bajet g sini kak murni.. nak g la rasa hahhahahha.. tapi belum berpeluang lagi...

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang