Day 2 | Japanese Village and Botanical Garden, Colmar Tropicale Bukit Tinggi Pahang

11:55 AM

Assalamualaikum..

Sambungan hari kedua di Colmar Tropicale, Bukit Tinggi Pahang..Entry hari pertama ada DISINI. Ok hari kedua ni banyak tempat & perkara kami nak buat. Jadi gambar terlampau banyak..maafkan Murni..Murni ni gila bergambar sket..Kalau bosan boleh jer scroll laju2..hehehe 

Le Blason





Pagi tu kami breakfast di Le Blason. Untuk Murni dan encik suami dapat Free breakfast sebab dah included dalam pakej bilik. Tapi Alysa & Danish kena bayor sorang RM22..huhuhu. Breakfast dia ok laa juga tapi haritu adalah hari kedua cuti perayaan CNY jadi orang sangat ramai..sampai dewan makan kena buka sampai dua. Satu di bahagian atas dan satu dibahagian bawah..itu pon penuh..






Alysa tapaw muffin.

Lepas makan anak2 duk berwitir ajak mandi kolam. Mujur laa cuaca kat sana tak sejuk dan matahari memancar elok atas kepala..jadi kami pon bawa laa dua beradik tu mandi manda..Dan encik suami ape lagi ambik peluang untuk ambik video pemandangan di waktu pagi dengan drone dia.











Dah puas mandi kami balik kebilik untuk berehat. Lepas Zohor kami bersiap2 untuk ke Japanese Village & Botanical Garden. Kami memilih untuk menaiki shuttle bus kesana kerana dengar khabar jalan nak ke tempat tu jem dan susah parking..jadi kami pon terpaksa la menunggu lebih kurang 30minit juga untuk menaiki shuttle bas. Mujur laa kami awal sedikit kalau tidak kami terpaksa beratur lagi panjang sebab lepas tu beberapa rombongan datang untuk menaiki shuttle bas juga..
















ok dah samapai..Terperanjat Murni bila tengok anak tangga yang begitu tinggi terpaksa kami panjat nanti untuk sampai ke japanese village tu. Murni tak kira pulak berapa anak tangga. Tapi bukan setakat panjat tangga tu..lepas tu kena daki lagi bukit yang curam sebelum sampai..Murni ni tengah pregnant 17week pasrah jer laa alang2 dah sampai..












Ok dah sampai dekat signboard..








Untuk ke japanese village kita kena belok kiri dan untuk ke botanical garden kita kena belok kanan..Ape2 pon kita bergambar dulu. nampak tak muka encik suami tu penat giler. murni yang pregnant ni lagi ler penat..sampai nak bergambar pon takde mood..hahahah











Untuk sampai ke Japanese village ni kena manjat bukit juga dan lalu kot jalan berbatu2..jadi kena berhati2 tau..Mujur tempat ni sangat cantik..udara yang segar dan lanskap yang sangat menarik..hilang rasa penat..
















dan kami sampai dekat rumah jepun untuk sewa kimono..Tapi ya Allah ramai giler orang..samoai tak nampak rumah..jadi kami tak jadi laa nak terai pakai kimono...tak larat nak tunggu queu..kami ambik gambar jer laa...




























Kami jalan sampai ke penghujung jalan jumpe tatami spa. Tapi tutup..dah sampai situ kami patah balik dah sebab dah takde dah tempat menarik...











Destinasi kedua pula adalah Botanical garden. Murni ingatkan tempat ni ada taman bunga yang cantik..tapi sebaliknya...jom kita tengok ape yang ado..hihihi






Untuk ke Botanical garden ni kita kena menuruni bukit pulak..adoii bertahan ya makyong...Dekat sini ada restoren Jepun tapi tengok orang pon ramai. Murni pon tak tahu status restoran ni halal ke tak..jadi lupakan laa nak makan kat sini...Macam biasa laa bergambar lagiii...hehehe






makyong 17weeks posing











Sebenarnya kat sini takde ape sangat..kebanyakan adalah mereka tanam pohon2 liar dan pokok2 herbal..Jadi kami pon turun sekerat jer tak sanggup nak turun sampai kebawah sangat takut nanti tak larat nak naik atas semula..dan takut terberanak kat situ naya..huhuhu










dapat gambar family seketul


Dah habis jejalan kat Botanical Garden tu kami terus balik. Cepat2 kami pergi tempat shuttle bas sebab masa tu pengunjung baru datang berpusu-pusu. jadi yang nak balik tak ramai sangat. Dalam kul 2ptg kami dah sampai semula dekat Colmar Tropicale. Lega..Jadi sementara nak tggu lunch kami bersiar2 dekat depan Colmar Tropicale sambil encik suami nak fly Drone dia..










amboi Danish kemain posing

















Phantom 3 








Dekat sini ada 2 pasang Swan yang cantik..sepasang warna hitam dan sepasang warna putih..swan ni pon sangat jinak..siap boleh gosok2 kepala dia lagi..



































Lepas lunch kami balik kebilik untuk solat Zohor & berehat. Tapi takde maknanya.. Alysa dan Danish duk request nak mandi kolam lagi..Abahnya dah penat terus tido pengsan. Murni kesian bawa laa mereka turun mandi jap. Sambil2 tunggu adik dari KL nak datang bersama putri2nya..









Bersama Puteri Arissa


Alysa dan Puteri Eryna





Malamnya kami takde keluar dah..penat panjat bukit tadi semua pakat tidor awal. Makan malam pon kami take away makan kat bilik..Esok dah nak balik..
Bye!!













































Artikel Menarik Yang Lain

6 ulasan

  1. wahh best nya!! ingt betu2 kat jepun td.. rupanya kat pahang... terbaik la

    ReplyDelete
  2. Bestnyaaaaa! Siqah suka Bukit Tinggi!! :D

    ReplyDelete
  3. nape x pakai baju kimono kat situ..ramai org kut malas nak que ek..

    ReplyDelete
  4. best jalan2 nampak kakak alysa dah besar hihihihihi.... muka kak murni berseri-seri la aura baby kut

    ReplyDelete
  5. bestnya..cadang nak kesana juga..kat sana sejuk dia ada macam cameron ke?

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang