Buffet Ramadhan 2017 | The Northam All Suites, Penang

12:26 PM

Assalamualaikum..

Ramadhan 2017 akan mejelma tak lama je lagi. Seperti biasa bila munculnya bulan Ramadhan umat Islam akan menunaikan ibadah puasa (bagi yang mampu). Seperti biasa bila hampir waktu berbuka puasa kita akan tercari2 menu dan hidang yang lazat2 kan. Ada yang berbuka di rumah bersama keluarga dan ada juga sekali sekala kita teringin berbuka di luar seperti di restoran dan hotel. Ape salahnya sekali sekala belanja untuk family..Dapat pahala juga kannn..


Disini bagi yang berada di sekitar Pulau Pinang, buat julung2 kalinya pada tahun 2017 ni The Northam All Suites Penang ada menyediakan Buffet Ramadhan bertemakan hidangan ‘Selera Kampung’ buat para pengunjungnya. Kenapa The Northam All Suites Penang memilih tema 'Selera Kampung'?? Sebabnya menu selera kampung adalah menu asas bagi kita tak kira laa dari mana kita berasal dan kat mana kita tinggal kita akan terkenangkan kampung halaman kita. Terutama ketika berbuka puasa..Betul tak??? Jom tengok Youtube Channel encik suami Murni..Untuk Video live..TQ







Makanan sunnah yang wajib ada ketika berbuka adalah Buah Kurma, di The Northam disediakan pelbagai jenis Kurma. Almaklum setiap orang selera tak sama..macam Murni sndiri suka Kurma Safia..hehehe. Dan selalunya selepas memakan Kurma Murni akan memakan penyejuk tekak dulu. Masa ni laa akan tercari2 cendol atau ABC (ais kacang) dan di The Northam pon ada disediakan ais kacang.Kalau nak sedap lagi boleh tambah ais krim kat atas..hmmm nyaman rasanya.






Dah namanya selera kampung..Mesti ada kerabu dan acar..Tak lupa juga ulam-ulaman, sambal, budu, cencaluk dan air asam. Ikan masin, telur masin dan aneka jenis keropok. Aneka jenis salad pon ada. Pendek kata semuanya ada laa..tunggu pilih dan makan jer nanti.



















Selain daripada itu, terdapat beberapa stall yang menyediakan makanan sampingan seperti rojak, pasemboq, laksa Penang, kebab dan roti pita, roti canai dan roti jala. Disini tukang masak akan menyediakan panas2 untuk kita. Jadi rasa makanan akan sedap dan mengikut citarasa kita sendiri. Jadi kalau berbuka disini jangan segan2 minta jer ape yang kita teringin. Mereka akan sediakan untuk kita nanti
























Rasa tak lengkap kalau Buffet Ramadhan tanpa Kambing Golek. Kawan2 jangan risau, pihak The Northam hotel tak lupa menyediakan kambing golek yang sedap untuk para pengunjung Buffet Ramadhan di sana. Memang sedap kambing golek di The Northam ni. Murni suka makan bersama dengan BBQ sos. Tapi ada juga disediakan mushroom sos dan air asam. Bagi yang tak boleh makan kambing ada disediakan satay ayam beserta nasi himpit dan kuah kacang. Memang wajib cuba kuah kacangnya sangat sedap.













Dan inilah hidangan utama bagi "Selera Kampung" di The Northam Hotel ni.Nasi Briyani dimakan bersama lauk Rendang Daging, Sotong Goreng Kunyit, Sambal Tauhu, Ikan Masak Lemak, Kacang Panjang Goreng dan banyak lagi hidangan yang enak diilhamkan dari resipi tradisional Kampung Melayu dengan bahan-bahan segar yang dipilih khas. 























Sesudah makan makanan berat pengunjung boleh laa melepak2 sambil mencuba aneka jenis desert dan buah2an sebagai pencuci mulut. Memang asyik kerana tempat buffet ramadhan ini adalah suasana terbuka di teres bumbung yang terletak di tingkat 9 (roof top). Sambil layan angin laut sepoi2 bahasa memang enak sangat.  




















HARGA BUFFET
Tempahan kini dibuka, dengan promosi istimewaEarly Bird yang ditawarkan untuk pembelian baucar hingga 26 Mei. 
Early Bird promotion
RM75Nett / dewasa
Rm45Nett /kanak-kanak (umur 4-11 tahun) 
Harga biasa
RM88 Nett /dewasa
RM58Nett /kanak-kanak (umur 4 - 11 tahun)  
PROMO "Beli 9 dapatkan 1 percuma"
Untuk kemudahan tambahan, surau disediakan untuk tetamu yang beragama Islam.
 
 Sebarang pertanyaan dan tempahan boleh hubungi.
 Tel: 04-370-1111




Artikel Menarik Yang Lain

0 ulasan

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang