Redeem Voucher SGI Vacation Club | 3D2N Swiss-Court Holiday Apartment Damai Laut, Lumut Perak.
9:34 PM
Assalamualaikum..
Sebelum ini Murni ada bercerita tentang DAPAT JEMPUTAN DARI SGI VACATION CLUB BERHAD pada 30 April 2017 baruni. Walaupon kami tidak mengambil mana2 pakej dari SGI Vacation Club ni kami tetap diberikan Voucher Penginapan Percuma 3D2N di Swiss-Court Holiday Apartment Damai Laut, Lumut Perak. Oleh kerana voucher tersebut valid untuk 3 bulan sahaja maka kami cepat2 redeem. Memandangkan hujung bulan 5 dah nak puasa dan lepas raya Murni akan bersalin pulak (inshaAllah). Untuk redeem voucher ini Murni pilih yang paling dekat dengan Penang iaitu Swiss Garden Damai Laut, Lumut Perak. Voucher ini hanya boleh redeem pada hari Ahad sampai Khamis sahaja dan tidak boleh pada musim cuti sekolah. Jadi kami pilih tarikh 21 May 2017 (ahad) - 23 May (Selasa). Mujur Alysa dah habis periksa so boleh ler ponteng 2 hari.
Kami bertolak dari Penang dalam pukul 2 lebih dan sampai di Swiss Garden dalam pukul 5. Biasala banyak berenti.Kami terus ke Swiss Court Holiday apartment. Masa nak check-in Murni minta nak bilik level-G sebab apartment ni takde lift. Dah sarat mengandung 33 minggu ni tak larat dah nak naik tangga. Masa Murni request tu ada sorang reception tu dengan selamba cakap kena call 2 hari sebelum check in kalau nak bilik bawah. Tapi mujur ada seorang lagi yang baik hati cuba juga carikan bilik level-G. Alhamdulillah kami dapat bilik di block F. No bilik F-GF-07.
Bilik kami ni Studio Room sahaja. Ada satu katil Queen. Dan mujur kami
bawa toto siap2 untuk Alysa & Danish. Sebenarnya seminggu sebelum
pergi Murni dah baca banyak blog review tentang Swiss-Court Holiday
Apartment ni. Dan banyak juga review yang tak berapa best. Tapi kami
tawakal jer laa dah dapat free takkan nak banyak bunyi pulak. Ada review
mengatakan bilik ada lalat (takde sekor pon) ada review kata aircond
panas (memang sedikit panas sebab bilik besar tapi aircond kecik). Jadi
kami on jer aircond tu 24jam. Bilik kami dapat ni ada Bathtub. Mujur laa
anak2 seronok dapat berendam banyak kali. Ada dapur dan juga peti ais
yg agak besar (kami bawa megi boleh masak). Murni nak ingatkan Swiss
Garden ni jauh dari kedai makan kerana resort ni terletak dalam hutan..
jadi kalau bercadang nak berholiday disini boleh laa bawa spare makanan
ataupon beli voucher breakfast (tapi kami tak ambik pon). Melalui
pembacaan Murni kalau kita nak makan kita juga boleh ke swiss Garden
Resort yang terletak tak jauh di atas. tapi jalan kaki jauh kena pergi
naik kereta.
Pagi 22hb tu kami bawak budak2 tu mandi kolam. Tengah hari Murni sekeluarga keluar makan di Seri Manjung. Perjalanan dalam 24km juga la.Ssebelum balik hotel kami tapaw siap2 lauk dan nasi untuk dinner. Pasal pingan mangkuk dan dapur takyah risau sebab semua dah ada dalam bilik. Tunggu panaskan sahaja.
Ok, Percutian kalini tak
laa best sangat..lebih kepada santai2 sahaja. Mujur ada swimming pool
yang besar dan taman mainan yang besar dan selesa. Nampak dari jauh dah
tahu taman permainan kanak2 ni baru siap kerana masih baru lagi. Apa
lagi seronok laa Alysa dan Danish. Swimming pool pon katanya baru siap
renovation sebab ada rakan2 yang komen dekat facebook kata masa diorang
pergi dulu pool katup. Kalau takde pool dan playground ni mesti bosan
gila.
Petang
tu kami sekeluarga try meninjau ke kawasan Swiss Garden Resort. Kat
situ nampak laa exclusive ada pool cantik tak sama macam apartment yang
kami duk. Tujuan kesini semata2 nak tengok pantainya. Rupanya pantai
disitu kena turun cerun dan naik tangga. Jenuh juga makyong ni kerah
tenaga usung perut naik turun tangga. Tapi pantai disini takde laa best
sangat dan kecik sahaja. Tapi ada juga laa aktiviti laut seperti kayak
dan moto rtv. Pantai disini tak boleh mandi sebab ada amaran obor2. Tapi
Murni tengok ada laa satu dua family yang mandi laut. Takpe laa itu
semua at your own risk.
Selain itu kami juga meninjau ke jetti swiss garden ni. nampak macam terbengkalai sahaja. Jetti ni masih berfungsi tapi oleh kerana tak ramai yang guna nampak suram jer. Encik suami ada ambik video dengan drone nanti boleh laa tengok.
5 ulasan
npk tenang je kat hotel ni..
ReplyDeleteni lau nak relax2 boleh lah nak p
sesuai untuk yang mencari ketenangan
ReplyDeleteramai tak pengunjung2 kt situ?
ReplyDeleteAssalamualaikum sis. Sy pun dpt free voucher yg sama selepas mendengar tentang pakage percutian sgv. blh sy tahu bagaimana cara utk Redeem free voucher tu? Sy dah pun verified voucher tu true email.
ReplyDeleteAslkm... Cmna cra nk redeem tu ye
ReplyDelete