Pengalaman Buat Facial 24K Gold di Chandnis Beauty House, Penang

8:41 AM


Assaalamualaikum semua..

Sebenarnya dah lama sangat Murni tak hiraukan muka sejak2 beranak kecik dan terlalu sibuk uruskan tentang rumah baru. Baru2 ni Murni ada terlihat FB Post kawan Murni yang mengajar make-up dan juga pernah bekerja di SPA hotel 5 star di Batu Feringhi Penang. Menurut beliau pengalaman dia melakukan facial 24k gold di Chandnis beauty House ni standing dengan rawatan spa ozon. bila Murni stalker tengok FB page Chandnis Beauty House ini pon harga berpatutan dan banyak review yang best2. maka hati ni tak senang teringin laa nak mencuba. Tapi Murni ni pemalu orangnya. nak pergi sorang2 malu. Jadi Murni pon ajak laa kawan temankan.


Murni pilih untuk pergi hari bekerja selepas balik kerja. Habaq awai2 kat baby sitter nak ambil Zulaikha lambat sikit. Sehari sebelum tu Murni dah buat appointment dgn ms malar untuk dating. Mujur sangat2 sebab spa ini kalau tak buat appointment sentiasa penuh malah ada yang tak dapat nak buat masa walk-in kerana penuh. Sementara menunggu kawan Murni datang selpie laa dulu. Nampak tak muka Murni yang kusam..sebab tu laa Murni jarang nak selpie kalau tak pakai make up sebab muka Murni nampak sangat2 kusam. Huhuhu.



 Inilah dia kawan Murni, Blogger ZaiZamree. Kalau kawan2 nak tahu dia tengah mengandung 7 bulan tapi jangan risau kerana Chandnis Beauty House menyediakan SPA yg menggunakan bahan organic tanpa bahan kimia dan tanpa alcohol. Jadi ianya selamat untuk digunakan oleh ibu2 mengandung dan juga orang Islam.



 Ok kami sampai di Chandnis Beauty House dalam pukul 5.30ptg. Melangkah masuk ke dalam spa tu Murni tertarik dengan dekorasi di kaunter pendaftaran. Masa Murni sampai tu Miss Malar dan staf sibuk menguruskan 3 orang pelangan. Jadi sementara menunggu giliran kami Murni sempat laa ambik beberapa keping gambar.




  



  
Ok sekarang giliran Murni dah sampai. Mula2 Miss Malar memeriksa dulu kulit muka Murni. Katanya kulit muka Murni tak banyak masalah cuma kering, banyak sel kulit mati, ada banyak black head/white head sekitar hidung & pipi. Dan kelihatan kulit muka Murni sedikit sun burn. Dalam hati Murni mengakui memang Murni tak pakai apa2 krim pon sehari2. Kadang2 bedak pon tak pakai.


Masa mula2 nak buat rawatan tu Murni duk susah hati takut sakit ke pedih ke..rupanya salah sama sekali tanggapan Murni. Murni hanya rasa sedikit sakit masa nak buang white head/black head. Facial 24k Gold ini adalah bertujuan untuk mengekalkan kelembapan kulit dan menjadikan kulit glowing gitu. Memang best habaq hang..Setiap kali Miss Malar meyapu krim dan melakukan urutan di muka, leher dan bahu Murni rasa sungguh relax. Tambahan pula bahan yang digunakan berbau sangat2 wangi seolah2 nak makan. Sampai perut Murni berbunyi kelaparan laa ha ha ha. Ditambah pula dengan alunan muzik yang mendamaikan. Sampai terlena laa. Miss Malar juga ada berikan saya eye masker. Memang nyaman dan sejuk jer. walaupon rawatan facial 24k Gold ni mengambil masa 90 minit oleh kerana Murni dah terlena2 syiokk rasa sekejap jer. Sedar2 bila Miss Malar cakap ok rawatan kita dah siap.
  



Selepas habis rawatan tu Murni saja laa Tanya apakah bahan yang digunakan kerana murni rasa sangat2 berbeza. Dan Ms malar pon mengeluarkan 5 Jenis krim yang telah beliau gunakan. Dan yang paling special adalah krim gold yang mereka apply dekat muka. memang Nampak sangat clear dia punya gold. Tiba2 rasa macam orang have2 pakai krim gold ni. hihihi





Sebaik sahaja selesai memang nampak ketara perubahan. Muka Murni rasa sangat2 segar dan dah nampak glowing. Menurut Miss Malar, untuk nampak hasil yang lagi berkesan selepas 2-3 hari kerana masa tu kulit muka sudah menyerap segala nutrient masa facial tu dan bertindakbalas dan menghasilkan kulit yang sangat flawless gitu.




 Sebelum balik Murni dan kawan telah dihidangkan dengan secawan teh halia. Halia memang membantu untuk membuang angin dalam badan.





Terdapat banyak jenis facial disediakan di Chandnis Beauty House. Sebelom datang boleh buat temujanji terlebih dahulu.




 Selain itu Chandnis Beauty House ada juga menyediakan bengkel kecantikan. Bagi yang berminat untuk menyertai Beauty Workshop dengan Chandnis Beauty House boleh sertainya seperti yang tertera di atas. Boleh book seat dulu dengan menghubungi Miss Malar di talian 016-5653079.

  
Ok kepada kawan2 yang berada di utara terutama di Pulau Pinang kalau terasa ingin mencuba spa dan rawatan wajah di Chandnis Beauty House boleh hubungi Miss Malar untuk set appointment.

Chandnis Beauty House
31B Jalan Angsana
11500 Penang

Di buka dari jam 11 pagi hingga 7 malam.






Artikel Menarik Yang Lain

5 ulasan

  1. perghh..lps facial berseri trus muka murni..cayalah..:)

    ReplyDelete
  2. wah bestnya.. guna 24k gold tu..

    ReplyDelete
  3. menarik, tapi jauh sangat nak pi hehe. wahhh flowless sakan akk lepas ni ye

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang