Ramadhan Buffet di Royale Chulan Penang 2018 Tema Bazaar Ramadhan

10:59 AM

Assalamualaikum..

Sudah seminggu kita berpuasa kan.. Dan selalunya minggu pertama kita banyak menghabiskan waktu berbuka di rumah bersama family tersayang. Murni percaya ibu2 masih rajin untuk memasak sendiri juadah untuk minggu pertama ni. Dan bila masuk minggu kedua ini ibu2 selalunya ketandusan idea untuk memasak dan mula la tercari2 tempat yang sesuai untuk menikmati juadah berbuka bersama ahli keluarga tersayang. Bagi warga penang Murni cadangkan sila la ke Royale Chulan Penang untuk menikmati pelbagai juadah yang enak2. 



Tahun 2018 ni tema Ramadhan Buffet Royale Chulan Penang bertema Bazzar Ramadhan bermula dari 18 May-13 jun 2018 bertempat di Sri Tanjung Cafe (Level G) buffet bermula dari jam 7.20 petang sampai 10.30 malam setiap hari. Juadah yang disediakan juga bertukar setiap hari bagi memastikan pengunjung tak jemu untuk datang lagi.





Menu Popular di Royal Chulan Penang

Seperti biasa laa menu wajib Ramadhan Buffet adalah Nasi Arab, Kambing Golek dan Nasi Beryani. Mesti cuba kerana ianya sangan enak sekali.





Pembuka Selera

Pelbagai ikan masin, ulam-ulaman segar, sambal belacan, budu, cencaluk, kerabu, acar dan jelatah disediakan. Turut dihidangka Pasemboq, Rojak Buah, Pecal dan Tauhu sumbat.














Bersempena dengan tema Bazzar Ramadhan, disediakan 11 Gerai (Action Stall) iaitu menyediakan makanan panas. Antara gerai tersebut adalah:

Gerai Cucur Kepah Berlauk



Gerai Sup Tulang




Gerai Cendol & Ais Kacang



Gerai Pulut Kuning Kukus Kari Ayam & Bubur Lambuk







Gerai Jus


Gerai Ikan Bakar



Gerai Satay


Gerai Asam Laksa & Char Kue Teow


Gerai Roti Canai, Murtabak & Jetty Apam Balik



Menu Utama
Menu bertukar setiap hari. Hari yang Murni pergi menu utama adalah Nasi Hujan Panas, Sotong Goreng Berempah, Rendang Kerang, Daging Kerutuk, Kurma Kambing Berkentang, Asam Pedas Ekor Lembu, Paru Goreng Berlada, Ikan Bawal Kicap, Sambal Tumis Udang dan Kerabu Pucuk Paku.




















Pencuci Mulut dan Dessert

Terdapat aneka buah buahan, Puding, Kek cawan, Cheese Tart, buah kurma fountain, sago, pengat pisang, cream puff,  chocolate bread and butter pudding, assorted butter cake dan lain2 lagi.
















Setelah mencuba segala lauk pauk dan desert di Buffet Ramadhan Royale Chulan ni Murni dapati semuanya menepati citarasa Murni. Kalau kawan2 berkesempatan sila laa datang kesini. Dan nikmati semua juadah yang dihidangkan. Murni pasti kawan2 semua akan berpuas hati.



Harga Buffet Ramadhan Royale Chulan Penang

Bermula 18 May - 13 June 2018

Adult RM88
Senior/ Child RM58 nett
Buy 8 get 1 FREE!

Rsvp: 04-2598888 #8910



Artikel Menarik Yang Lain

0 ulasan

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang