Cupcake Strawberry Chip Untuk Alysa

3:11 PM

Semalam balik kerja Alysa bagitahu esok ada jamuan perpisahan dekat sekolah dia. Murni pulak malas nak keluar. Belek2 barang kat dapur so dpt idea nak buat mini cup cake. Dan ada lebihan strawberry chip tabur laa kat atas. Dan malas juga nak bakar guna oven maka Murni masak dalam cupcake maker. Alhamdulillah menjadi. Resepi ceduk Aziekitchen mesti jadi punya. So simpan sini sbg rujukan untuk diri sendiri kelak.




Bahan bahan:

3/4 cawan  butter (6oz) - suhu bilik 
3 biji telur - suhu bilik 
2 1/2 cawan all purpose flour (saya guna tepung gandum) 
1/2 sudu kecil garam 
1 3/4 cawan gula kaster (kurangkan sedikit) 
3 sudu kecil vanilla (boleh lebihkan) 
1 1/4 cawan susu (saya guna buttermilk) 
2 1/2 sudu kecil baking powder 

Cara cara:

Panaskan oven pada suhu 170C. Satukan dan ayak bersama tepung, garam dan baking powder.

Putar butter dengan kelajuan tinggi selama 30 saat. Masukkan gula dan putar sebati. Masukkan telur sambil terus diputar.

Masukkan tepung dan susu secara berselang seli dengan kelajuan perlahan. Kacau sebati.

Tuangkan adunan ke dalam cawan kertas 2/3 penuh dan bakar selama 15-18 minit sehingga kekuningan atau sehingga masak.

Sejukkan dalam 15 minit sebelum dikeluarkan dari loyang. Bila telah sejuk sepenuhnya, bolehlah dihias dengan frosting.

Kredit: aziekitchen



Artikel Menarik Yang Lain

5 ulasan

  1. sedapnyaa tengok! tak pernah lagi buat cupcake selalu makan yang orang lain buat je, tapi ni boleh kot save resipi ni untuk simpan time mengidam nak makan cupcake. heheheh

    ReplyDelete
  2. alahai..rajin tau murni..klu cik nor sanggup g bli lg..:)

    ReplyDelete
  3. menarik...tapi akak ni tak rajin jadi tempah jer kat adik yang pakar pastry tu..hehe

    ReplyDelete
  4. rajinnya Murni. suka laa Alysa dapat makan cupcake strawberi chip nih.

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang