Beli TV Baru | Panasonic 4K LED Smart TV 49 Inchi

7:01 PM

Assalamualaikum..


Alkisah lagi 10 hari nak sambut raya dan hari pertama anak2 start cuti sekolah. Bila bangun pagi buka TV LCD samsung kami yang usianya hampir 10 tahun takleh ON. Lampu led berkelip2 tapi gambar tak keluar. Dah macam2 encik suami cuba tukar cable pon masih tak boleh. Nampak gayanya memang dah arwah laa Samsung LCD TV 40 inchi kami..huhuhu.


Tiba2 Murni teringat sebab kami laki bini asyik duk cakap dalam rumah kami ni semua baru kecuali TV ni jer buruk. Bawa dari rumah lama dan usianya lebih tua dari Alysa. Alysa tahun ni dah 9 tahun. Agaknya dia dengar dan merajuk. Dah la dekat nak raya nak pakai duit banyak. Tapi memandangkan lagi seminggu kami baru nak balik kampung kesian pulak kat anak2 kat rumah bila takde TV rasa sunyi. Walaupon masing2 ada handphone & Ipad tapi still nak tengok TV. Murni sendiri pon rasa sunyi takde TV. Dan petang tu juga kami pi survey beberapa kedai electric dan kami terpikat dengan promosi Panasonic 4K LED Smart TV 49 inchi ini. Memandangkan budget kami pon hanya 2K untuk beli TV baru ni. Kami beli dekat kedai Wah Lee, Bayan Lepas dan harga lepas tolak discount campur discount dan extend warranty sampai 5 tahun harganya 2K++.



Jika sebelum ni kami hanya pakai TV LCD Samsung maka bila bertukar ke 4K UHD TV ni sangat2 berbeza gambarnya. Walaupon kamni hanya pakai Unifi Hyyptv gambar HD sangat clear. Kami juda ada pakai Android Box bila buka Youtube / Movie HD guna setting gambar 720MP pon gambar dah sangat cantik. Sebab kebanyakan movie masih tak support untuk gambar 4K. Memang berbaloi dan puas hati. Mujur juga Console TV kami pon masih support untuk 49 inchi dan haritu masa beli dari CUBO pon mereka cakap TV Console ni muat untuk TV 60 inchi. Tapi bagi Murni yang ni pon sedang elok jer. Kalau beli besar sangat takut tak sedap nak tengok sebab ruang tamu sempit.



Selamat Datang  Panasonic 4K LED Smart TV..semoga mampu berkhidmat lebih lama lagi. TV Raya 2019. Alhamdulillah!!

Artikel Menarik Yang Lain

0 ulasan

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang