DASHING DEO + PERFUME | DEODORAN + WANGIAN BADAN UNTUK LELAKI

1:20 PM

Assalamualaikum 

Memulakan hari dengan wangian yang hebat dan sentiasa segar sepanjang hari adalah penting bagi setiap lelaki agar dapat mengharungi cabaran dan aktiviti harian dengan penuh yakin. Oleh itu, menggunakan minyak wangi badan supaya berbau harum dan deodoran agar kekal segar dan menghindar bau badan sudah menjadi satu kemestian buat si jejaka.





Menggunakan dua produk bagi memastikan mereka tampil berbau hebat dan segar sebenarnya amat mencabar!

Mengapa? Adalah mustahil untuk mencari minyak wangi yang harumannya sepadan atau boleh digabung dengan haruman dari semburan deodoran yang bertujuan untuk mengatasi masalah bau badan sahaja.


Minyak wangi sememangnya lebih mahal, sebab itu sesetengah lelaki hanya menggunakan satu produk sahaja iaitu semburan deodoran untuk mencegah bau badan. Mereka tidak menggunakan minyak wangi untuk haruman hebat sebab kos minyak wangi yang lebih tinggi.

Pastinya lebih bagus kalau mempunyai semuanya dalam satu! Ringkas, mudah, dan cepat, itulah mantra seorang lelaki.

Sebagai peneraju dalam pasaran kelengkapan penjagaan diri lelaki. DASHING memahami sepenuhnya keperluan lelaki dan untuk memberikan penyelesaian muktamad, DASHING melancarkan Semburan Badan DEO + PERFUME! Pertama dari DASHING, satu produk untuk tampil berbau hebat dan segar sepanjang hari.


Produk DASHING DEO + PERFUME BODY SPRAY yang baru dilancarkan ini menggabungkan kedua-dua manfaat deodoran dan minyak wangi dalam SATU botol!

Dirumus dengan wangian DASHING Eau De Toilette, ia memberikan haruman maskulin tahan lama untuk memastikan si lelaki berbau hebat sepanjang hari.

Dengan agen anti-bau dan anti-bakteria, DEO + PERFUME baharu ini berkesan memberikan perlindungan 24 jam terhadap bau badan.

Semburan deodoran biasa hanya boleh bertahan dalam 2 ke 3 minggu, manakala DASHING DEO + PERFUME baharu ini berada dalam liga tersendiri. Formulanya adalah 100% deodoran. Ia amat menjimatkan dan dapat bertahan lama kerana satu botol boleh meyembur sehingga 880 semburan, oleh itu tahan sehingga 146 hari!

Ini bermakna satu botol mampu bertahan sehingga 5 BULAN!

Kaum lelaki kini boleh menikmati semua manfaat DASHING DEO +PERFUME BODY SPRAY yang datang dalam pek bersaiz 120ml. Dengan reka bentuk ringkas dan menawan, pastinya mudah untuk di bawa kemana sahaja anda pergi

DASHING DEO + PERFUME BODY SRAY kini hadir dalam variasi:


HATTRICK - Jaringan kemenangan lelaki DASHING. Wangian Hattrick sememangnya memberikan semangat untuk terus mara ke jaringan gol. Hattrick terhasil dari percikan gabungan haruman unik epal dan kesegaran sitrus, bersulamkan nota bunga dan calitan amber.

ULTIMATE KICK - Inilah wangian sebenar sang juara. Ultimate Kick menyerlahkan personaliti sofistikated dari dalam diri dan kehidupan seorang lelaki moden. Wangian Ultimate Kick menampilkan haruman musim panas dengan gabungan lemon, diperhebat dengan kesegaran buah pelaga dan diadun dengan nota asas dari vanilla dan musky.

SPEED - Buat lelaki yang sentiasa bersedia untuk menghadapi cabaran dengan bauan segar dan bersemangat. Aroma klasik fougere dengan wangian kontemporari nota buah-buahan dan diperhebat dengan lapisan nota musky.

HITMAN - Hitman direka khusus buat lelaki aktif dan sporty yang sentiasa bersedia ke mana sahaja. Di dahului dengan aroma kesegaran Citrus dan Ice Cucumber. Diikuti dengan nota Sichuan pepper dan Lavender berserta dengan Patchouli dan Gaiac Wood, menjadikan wangian daya tarikan yang semestinya meningkatkan keyakinan setiap lelaki aktif.


DASHING DEO + BODY SPRAY hadir dalam botol semburan pam bersaiz 120ml pada RMM12.20. Produk ini boleh didapati di seluruh negara termasuk pasaraya utama, pasaraya hyper serta platform belian atas talian. 

Untuk maklumat lanjut:

 Facebook: https://www.facebook.com/Dashing.MY

 Instagram: https://www.instagram.com/dashing_my/

Artikel Menarik Yang Lain

26 ulasan

  1. Wahhh..Memang best dengan adanya deoderant ni. Kadang LeYa pun pakai Incik Suami punya

    ReplyDelete
  2. I've tried this 2 in 1 deo plus perfume from Dashing and I agree with you it's really, really good and not to mention very affordable too. I like the scents of all the 4 different variants.

    ReplyDelete
  3. akak suka bau yang warna biru.. lembut je baunya.. lepas tu tahan lama jugak.. berbaloi dengan harganya..

    ReplyDelete
  4. Patutnya bagi suami try jenama ni jugak, suami I fussy gila. Deodorant yang dia pakai selalu sangat tak ada kalau pergi kedai, mungkin sebab ramai tak pakai kot so stock kurang. Nak kata best sangat bau produk tu tak jugak. Nak cuba belikan dia satu jenama ni tengok macam mana.

    ReplyDelete
  5. wah wah makin wangi la lepas main futsal lepas ni. beli satu standby dalam beg senang nak spray lepas game, tak lah bau peluh kalu lepak ramai-ramai kat mamak lepas tu. kena pergi watsons la minggu depan time gaji. mana tahu kot bau tu ngam dengan body

    ReplyDelete
  6. Saya selaku pengguna tegar produk2 dashing pastinya setuju bahawa semuanya sangat bagus dan berkualiti. Sudah lama rasnaya saya guna deodoran & perfume keluaran dashing. :)

    ReplyDelete
  7. Haritu ada belikan husband satu. Boleh tahan wangi memang best bau dia. Lepasni nak kumpul semua la botol pun cantik je kalau nak simpan

    ReplyDelete
  8. Dari dulu lagi, suka haruman Dashing especially bila dah berbaur ngan peluh hmmmm

    4 Tip Untuk Berjaya Dalam Affiliate Marketing

    ReplyDelete
  9. its very affordable. tak ingat encik suami pernah pakai brand dashing or not. nanti boleh cuba pula brand ni for deodorant dia. memang tak sah tak pakai deodorant. wangi aje kan hehe

    ReplyDelete
  10. Waaa.. Dashing perkenalkan produk baru. Best ni. Kalau dapat satu set ni hadiahkan pada suami, tersenyum meleret la dia..

    ReplyDelete
  11. Wahh.. Dashing ada produk baru, anak2 kak mmg pakai produk dashing tentu dorang suka

    ReplyDelete
  12. Rawlins pun pakai semburan berasingan daripada perfum kerana memang tak jumpa lagi yang boleh menyatu dengan aman. Selalunya wangian akan clashing dan menyebabkan bauan yang tidak menyenangkan. Boleh la Rawlins nak try out this one.

    ReplyDelete
  13. wahh...dashing baru lahh..mesti wangi kan ,selalu mmg pakai dashing pun hero2 kat rumah ni..boleh la try yg baru ni..

    ReplyDelete
  14. Dashing memang jenama yang dipercayai sejak dulu lagi. Baunya pun wangi kan. Semua sesuai pakai ikut keadaan kan. Sesuai juga dijadikan hadiah.

    ReplyDelete
  15. dashing nie mmg bagus. bab produk laki dorg mmg pandai. dan paling best tahan lama dan baunya sangat kena dengan citarasa. okay nanti nak pi beli satu botol.

    ReplyDelete
  16. Bau Dashing ni memang sesuai sangat dengan lelaki sebab dia punya aroma bau perfume tu fresh sangat sampai buat orang sekeliling rasa turut segar bila hidu bau perfume ni.. hihi

    ReplyDelete
  17. Suami suka dashing n ena pon suka haruman yg merah. Hehe. Boleh lah ena hadiakan suami set ni. Jimat 2 in 1. Paling best tu tahan lama. Biasa laki mane nak pakai banyak produk kan.

    ReplyDelete
  18. Seriously women need products like this too.. Who says women don't have sweaty armpits... Its not all just about Whitening the armpits you know.. Its also about making sure "nothing leaks"

    ReplyDelete
  19. Mouse mommy pun dah bau Dashing Deo perfume cum deodoran ni, bau yang tak berapa kuat sangat, suka jugak.

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum..
    Salam ukwah dari saya untuk anda..

    Jom follow blog https://www.iyaseo.id/

    Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
    Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
    Komen yang baik2 sahaja ye..
    Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..

    Terima kasih sekali lagi..ya

    ReplyDelete
  21. saya pon pakai daishing.. memang selesa pakai deodoran ni

    ReplyDelete
  22. wah, dashing sekarang dah simple ye botolnya, lebih mudah nak bawak pergi mana2. Harga pun berbaloi.

    ReplyDelete
  23. Mudah produk 2 in 1 deodrant dan perfume . Suami pun suka guna produk dashing ni

    ReplyDelete
  24. Best sangat bau dia.. Dah lah wangi.. tahan lama pula tu..

    ReplyDelete
  25. suka bauan produk Dashing nih. Semuanya wangi-wangi

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang