CHINESE NEW YEAR BUFFET 2020 | FESTIVE BUFFET DINNER DI OLIVE TREE PENANG

1:46 PM

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua...

Apa khabar semua? Murni masih dalam mood beraya kerana beberapa hari lepas kita semua baru sahaja merayakan Tahun Baru Cina 2020. Rasanya masih belom terlambat Murni sekeluarga ingin mengucapkan Happy Chinese New Year buat kawan2 dan pembaca blog Murni Alysa yang berbangsa Cina. Semoga sempena Tahun Tikus ini menarik semua harapan yang baik tahun ini.



Pada 18 Januari 2020 baruni Murni telah diberi peluang untuk merasai sendiri kemeriahan dan berkongsi kegembiraan bersama keluarga dan kawan kawan sambil menikmati hidangan Makan Malam di "Festive Buffet Dinner Di Olive Tree Penang" Sepertimana yang telah Murni makluman dalam entry sebelum ini, Festive Buffet Dinner di Olive Tree Hotel Penang adalah pada 17, 18, 26 serta 31 Januari 2020. Dengan ini, Murni nak berkongsi juga pengalaman Murni menikmati kemeriahan dan kegembiraan pada malam Festive Buffet Dinner itu.

Yee Sang & condiments


Tidak sah perayaan Chinese New Year tanpa Yee Sang. Murni pon suka makan Yee Sang sebab ada perbagai rasa dan warna pon menarik. Tahun Baharu Cina dilihat seolah-olah tidak lengkap tanpa hidangan Yee Sang yang menjadi penyeri setiap kali acara makan besar bersama keluarga tersayang. Dengan campuran hirisan sayur-sayuran seperti lobak merah dan lobak putih, halia, kepingan ikan mentah serta kekacang yang ditumbuk, ditambah pula dengan sos plum dan jus limau, menjadikannya begitu menyelerakan bagi sesiapa sahaja yang bertuah dapat menikmatinya.





Seleksi pembuka selera dari rojak buah, pelbagai jenis salad, keropok, serta sliced ginger with century egg, sushi & temaki.











Aneka jenis pencuci mulut dari chinese egg tar, 'nian gao'', pelbagai jenis kek dan cupcake, herbal jelly in glass, chilled sesame peanut roll, chinese petit four cookies, tau foo fah, fresh milk with papaya & peach jelly, dan juga chocolate fountain.














Hidangan utama terdiri dari Baked Rice with Cheese & Chicken Ham, Wok Fried Prawn with Chili Bean Sauce, Squid in Chef Superior Sauce, Mustard Herb Rub Roasted Lamb Leg with Tomato Pizzaiela Sauce, Stewed Chicken with Arrow Head & Ginger, Grilled Sea Bass Fillet with Pineapple Salsa & Capers Beurre Blanc, Sweet Corn Crab & Chicken Chowder, Braised Assorted Mushroom, Bean Curd Skin with Garden Green, Braised Black Mushroom, Dry Oyster & Fatt Choy & Brocolli dan banyak lagi. yang pastinya semuanya menyelerakan.












Hidangan Istemewa iaitu Steamed Big Seabass with Lime Sauce dan Oriental Crispy Duck Wrap in Flower Bun. Memang sedap sangat2.





Assorted lok-lok with condiments.




Sejujurnya kami sangat2 berpuas hati dengan semua hidangan. Memang pelbagai dan menepati selera kami walaupon kami orang Melayu tapi kami still menikmati semua hidangan dengan berselera. Jadi kalau kawan2 yang berada di Pulau Pinang atau di luar Pulau Pinang dan teringin nak mencuba menu hidangan Festive Buffet Dinner di Olive Tree Hotel masih sempat untuk buat tempahan untuk 31 Januari 2020 nanti. For enquiries and bookings, please contact us at +604 637 7873 or email salesandmarketing@olivetreehotel.com.my


Artikel Menarik Yang Lain

0 ulasan

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang