Lontar ke Belakang...Countryside Stables Penang Tahun Lepas!!!

6:38 PM

Assalamualaikum..

Sempena cuti sekolah 2 minggu ni..Murni tercari2 mana tempat yang menarik untuk bawa Alysa & Danish untuk berjalan-jalan..Cuti sekolah ni kami tak dapat nak balik kampung kerana masalah cuti kat tempat kerja..Huhuhu

Jadi Murni pun berkira2 laa nak bawa budak2 tu berjalan yang dekat2 dalam Pulau Pinang ni juga laa..Cadangnya nak bawa pergi Bukit Bendera..Tapi tiba2 terjumpa pulak gambar tahun lepas masa kami pergi ke Countryside Stables Penang..Macam menarik laa pulak..Lagipun masa pergi haritu Danish tak berapa sihat dan hari pon gelap macam nak hujan. Jadi Alysa macam tak puas nak menunggang kuda tu..Abahnya pon haritu teringin tapi hujan dah turun.. 





Disini Murni throw back laa pengalaman kami sekeluarga dekat Countryside Stables Penang ni. Countryside Stable ni  terletak di Pantai Malindo, Sungai Burung, Balik Pulau.Lokasi stable ni agak jauh dari jalan besar. Jadi kalau nak pergi kesini kena bawa kereta sendiri coz public transport tak sampai kesini..Dan kalau nak ke sana boleh ikut signage yang ada di tepi jalan.


Cantik betul pemandangan masa melalui jalan masuk ke sana.Mata tak lepas pandang pada sawah padi hijau terbentang dengan dihiasi pokok-pokok kelapa dan bukit-bukau.Cumanya hati-hati memandu...jalan di situ agak sempit dan lepas untuk sebuah kereta sahaja.Kalau bawak macam nak race ada kemungkinan masuk dalam tali air kat sebelah jalan tu.

Countryside Stable dibuka pada jam 3pm - 7pm setiap hari. 



Countryside Stables Penang
Lot 603 Jalan Hilir Sungai Burung
Kampung Jalan Baru
11000 Balik Pulau
Pulau Pinang

012 4080678 / 012 4871107

Email : w.aikhsan@gmail.com
Facebook - Countryside Stables Penang










Ambik gambar sket kat pintu masuk..








 



Sesi berkenalan dulu..jinak sungguh kuda2 kat sini..Danish mula2 seronok..Tetapi...











Tetapi bila abah dukong start dah buat perangai dah dia..ibu nak bergambar pon tak boleh..huhuhu


















Ada seekor keldai ni..dari mula kami masuk sampai laa kami keluar nak balik tak bergerak2 duk tang tu jerr..mula2 kami ingatkan patung..Rupanya hidup..Dia memang macam tu..Dia hanya bergerak bila tuannya tarik tali saje.. Patut laa orang tua2 kata kalau malas macam keldai..kikiki



  








Alysa nak juga cuba naik kuda..Berani sungguh laa anak dara ibu sorang ni..









Aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan di Countryside Stables Penang :

  • Joy Ride / Guided Ride : Adult (RM20) Children (RM17)
  • Riding Lesson : Approx 45 Minutes (RM80)
  • Experienced Rider : 1 hour within area (RM80)
  • Outride trail riding for experienced rider : Approx 8 - 10 KM (RM150)
  • Animal Petting
  • Animal Feed (RM2) - not deductible from the admission fee
  • Private Function for 100 pax and below 
  • Horse Carriage (Wedding & Private Functions)
  • Wedding Photoshoot (RM350 / hour)






















Ni laa dia owner Countryside Stables Penang ni..







 Dan inilaa kuda kesayangan Murni..Hemsem tak??? (maaf abang, gurau jaa)








InshaAllah cuti hujung minggu ni nak bawa lagi budak2 tu kesini..Kami semua nak naik kuda tu..Nak ambik gambar banyak2..hihihi




Artikel Menarik Yang Lain

6 ulasan

  1. Menunggang kuda salah satu sunnah Rasulullah SAW tau..teruskan ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah..Bila tengok kuda2 ni besar2 dan kuat2..terbayang kekuatan panglima2 islam zaman Rasulullah SAW masa berperang menegakkan Islam dahulu..

      Delete
  2. huhuuuhu... baru je balik bercuti dari Penang... tak tau pulak pasal tempat nie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe, lain kali datang lagi ke Penang boleh datang ke Countryside Stables ni..memang seronok

      Delete
  3. bestnya naik kuda. kite suke usap muka kuda. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak takut dengan kuda2 tu..tapi dengan Keldai2 tu berani jerr..hihihi

      Delete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang