Legoland Water Park Malaysia | Bercuti di Johor Bahru
12:04 PM
Assalamualaikum..
Pada 25 Mac 2016 baruni (Hari Lahir Danish yang ke-4) Kami sekeluarga berkesempatan untuk bercuti ke Legoland Malaysia di Johor. Sebenarnya kami plan dah lama. Kami booking tiket flight & Tiket Legoland Waterpark ni dari bulan September 2015 lagi. Dan kerana ketidaksabaran kami, sampai husband tersilap booking tarikh Tiket Legoland Waterpark ni. Mujur laa dapat tukar tarikh ke harini tetapi kami kena penalti iaitu kami tak dapat discount langsung walaupun bayaran telah dibuat sepenuhnya pada bulan September 2015 lg. Kami harus bayar lagi dekat kaunter tiket nanti..huhuhuhu.
Legoland Malaysia Resort |
Dan oleh kerana keterujaan kami pada haritu maka beribu2 laa gambar yang kami ambik..(harap korang semua jangan muntah laa ya)...nak buat macam mana 1st time sampai Legoland Malaysia Resort ni.
Wefie dulu |
mandi sampai lebam |
Kami bertolak dari Silka Hotel, Permas Jaya dalam kul 9.30 pagi. Lepas breakfast terus ke Nusajaya ni. Kami sampai dalam pukul 10.30 pagi. Kaunter tiket buka pukul 10 pagi. Dekat parking pon masa tu dah banyak kereta. Bayaran Parking dekat Legoland Malaysia ni RM10/Entry. Perlu dibayar semasa nak balik nanti. Dekat pintu keluar Legoland nanti.
Legoland Parking |
jalan ke kaunter ticket |
Ticketting Counter |
Kami memang sajer ambik pass waterpark sahaja kerana kalau kami ambik kedua2 sekali takut tak sempat habis main. Lagipon kami tahu sangat yang Alysa & Danish ni hantu air. Jadi pada hari tersebut kami terpaksa menTop-up lagi 30% bayaran kerana kami tidak layak untuk dapat discount kerana tersilap booking tarikh tempohari. Tetapi kami ada kelebihan juga haritu kerana kami tidak perlu beratur PANJANG GILER kerana kami sudah ada booking tiket online. Kalau ikutkan harga walk - in haritu untuk waterpark sahaja adult Rm100 dan kids Rm83. Tapi kami kena bayar adult Rm122 dan kids RM101..Tapi takpe laa dari kami kena beratur panjang tu dah ler tengah panas. Sejuk laa juga hati ini..hehehe
Our pass ticket |
Semasa nak ke Legoland Waterpark sempat lagi berposing depan Legoland Hotel. Dalam hati bila laa boleh tdo cni. Dah baca review blog cakap best woooo. InshaAllah kalau ada rezeki..Aamiiin!
Depan Legoland Hotel |
DAnish memang susah kalau nak bergambar |
Pintu masuk ke Legoland Waterpark. Danish ni susah betul nak ajak selpie..
Legoland Waterpark Enterence |
Ada Lego Maskot |
Locker untuk disewa. Harga besar Rm40 kecik Rm20. Kami terpaksa ambik yang besar kerana barang banyak (kami seludup masuk air minuman dan roti2 biskut) mujur diorang tak check pon. Selamat duit kami dalam tu just beli sikit jer minuman.
Locker |
Changing Room terletak di kiri dan kanan locker. sangat bersar changing roomnyer..selesa dan bersih
Changing Room |
Kena sapu sunblock dulu..
sundblock |
Joker Soaker
Disini menjadi tumpuan kerana keunikkannya terdapat beberapa gelongsor dan yang menjadi tumpuan adalah baldi besar yang mempunyai 300 gelen air akan tumpahan ke seluruh Joker Soaker. Sangat best!! Tiba2 teringat masa kecik2 dulu mandi hujan (curi2) dan akan mandi dekat saluran air turun dari bumbung..Bestnyaa...
Joker Soaker |
Baldi besar tumpahkan air |
kemain seronok Danish |
Aikkk..maknyer pon over aih |
amboi3 |
Peace (perut muncit Alysa) makan banyak bFast tadi |
Seronoknya Alysa |
Tangkap diorang jap utk wefie |
Naik slide berjemaah gtu |
Build-A-Raft
Ianya terletak sebelah dengan kawasan masuk Build-A-Raft. Satu konsep unik di mana kanak-kanak/orang dewasa boleh membuat rakit mereka sendiri yang diperbuat daripada batu-bata LEGO lembut yang mudah terapung seperti disungai.
Built A Raft River |
Best naik pelampong besar |
Di Legoland Waterpark ni, jaket keselamatan disediakan secara percuma. Korang boleh pakai kemana sahaja sekitar waterpark tu. Ada pelbagai warna dan saiz tapi Murni tak pakai sebab nak guna pelampung jernih. Pelampong jernih ini pun disediakan khas di Build-A-Raft secara percuma. Tak perlu sewa pelampung dah.
Ibu dengan Adik |
Abah dengan Kakak |
LEGO Wave Pool
Disini kita boleh meluncur ombak atau hanya menyejukkan diri di kolam gelombang ini di mana ianya sesuai daripada semua peringkat umur boleh menikmati gelombang ombaknya. Murni dan Danish hanya bersantai2 jer digigi air. Abah dan Alysa kemain lagi pergi ke tempat dalam untuk menyelam.
LEGO Wave Pool |
Ala2 tepi pantai gitu |
macam2 aksi Danish |
Bawa ke tempat dalam Danish takut |
Wefie (panas wooo) |
Abah ajar Alysa menyelam |
Pandainya Alysa Menyelam |
Danish dah panas & penat |
Zoo POOL
Disini ada kolam cetek dan slide pon rendah jer. Sangat sesuai untuk anak2 kecik yg usianya bawah 2 tahun (pengawasan ibubapa juga). Ada disediakan macam2 replika binatang seperti zirafah, buaya dan gajah..Mungkin sebab itu diberikan nama Zoo.
Kolam kanak2 |
Alysa & Danish pon enjoy main kat cni |
ambik kau..macam2 aksi |
Alysa & abah nak naik slide pusing2.. Dah puas bermain air dalam kolam..dekat atas darat ada juga pelbagai permainan berasaskan LEGO la. Memang bewarna warni laa..Enjoy betul anak2 Murni kat cni. |
Tembak2 Lego |
Tapi haritu Murni dan Danish agak kerugian kerana tak dapat menaiki papan longsor yang tinggi2 dan best2 kerana Danish tak cukup tinggi. Jadi Murni terpaksa menjaga Danish dan hanya Alysa dan abahnya sajer yang dapat enjoy try semua papan longsor yang tinggi2 tu. Alysa pon mujur cukup2 jer tingginya. Sekali lagi Murni berbangga dengan Alysa kerana dia tidak takut sikit pon untuk main semua longsor yang tinggi tu. Dan ada juga slide yang dia sorang2 je turun. Memang anak abah laa Alysa ni.
Mujur tinggi cukup |
Tapi malang tidak berbau, semasa menuruni slide yang pusing2 tu dahi husband terkena dinding slide dan luka kerana tergesel. Silap suami sebenarnya. Slide tu kalau nak naik kena guna foam mat sebagai lapik dan perlu meniarap dan tundukkan kepala. Dia pulak teruja nak ambik video dan angkat kepala. Nahhhh terkena laa..fadannn muka hahahaha
Alysa yang berani.. |
Sementara menunggu Alysa dan Abah main slide, Murni temankan Danish buat kapal LEGO. Memang best sebab lepas kita buat kapal tu kita boleh layarkan kapal tu dekat track air. Boleh berlumba kapal juga dengan anak2 yang lain tengok kapal siapa yang lebih laju. Nampak tak Danish punya ralik laa..sampai tak mau balik.
Danish buat Kapal Lego |
wah cantiknya |
Track untuk lumba kapa lego yang kita buat |
Sedar tak sedar hari pon dah petang. Kami semua pon dah kepenatan. Sebagai buah last dekat pukul 5 kami tak larat nak main air dah..Husband ajak naik pelampung lagi sekali. Dan dalam pukul 5.30 kami pon bersiap2 nak balik. Legoland Waterpark ni tutup pukul 6.00 petang. Manakala Legoland Theme Park tutup pukul 7.00 petang. InshaAllah kalau ada rezeki lepas ni kami akan ke Legoland Theme Park pulak. Tunggu laa Danish dah besar sikit baru laa bets dapat main semua.
nampak tak kulit Husband dah tukar kaler..hahahahaha |
Hai nak bawa balik ker tu |
Oleh kerana pada hari kami ke Legoland Waterpark ni adalah hari lahir Danish yang ke-4..Murni nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Husband kerana telah bersusah payah menunaikan hasrat Alysa dan Danish untuk ke Legoland ni. Dan kepada Ahmad Danish Daniel Bin Mohd Neerush ibu doakan semoga Danish membesar dengan sihat dan akan menjadi anak yang soleh dan berbahagia Dunia dan Akhirat..Aamiiin!!!
Sesiapa yang nak ke Legoland Malaysia Resort ini petanya:
9 ulasan
wah..bestnya,,:)
ReplyDeletesinggah tengahari.
ReplyDeleteseronoknya pergi legoland, xpernah lagi pergi sana. ^^
boleh geng dengan alysa dan danish.. husna suka sgt main ayaq tp sygnya tak reti berenang.. hahaha..
ReplyDeleteBestnyaaa...
ReplyDeleteKlau dkt jb tu rsanya da lama smp
Bestnyaa, kena kumpul duit lah gini :D
ReplyDeleteamboi berjalan sakan
ReplyDeleteBestnya bersukaria kat Legoland ^-^
ReplyDeleteweeeee bestnya!!!! tapi kan terpikir cuaca skrg nie macam tak sesuai jer nak pi sana.. panas berdenting kot..huhuh
ReplyDeletebestnya...kak telefon boleh bawak mandi ye...mn nk dapat casing tu?
ReplyDelete