Buffet Ramadhan 2016 Sunway Hotel Seberang Jaya Bertempat di Sunway Carnival Convention Centre, Pulau Pinang

5:55 PM

Assalamualaikum...

Salam Ramadhan buat semua muslimin dan muslimat semua. Setiap tahun bulan Ramadhan akan disambut dengan meriah, sambil berpuasa dan membuat amal ibadat dengan berlipat kali ganda..Sudah seminggu lebih berpuasa ni apa salahnyer sekali sekala kita membawa ahli keluarga untuk berbuka puasa di luar. Bagi menghargai ahli keluarga tersayang boleh juga bawa mereka berbuka di hotel kann???





Bagi kawan2 yang berada di utara ataupun yang ada urusan kerja di utara terutama di Pulau Pinang boleh laa menikmati hidangan Buffet Ramadhan dari Sunway Hotel Seberang Jaya. 


Iftar Ramadhan di Sunway Hotel ni ada di dua tempat.  
Iaitu di Sunway Carnival Convention Centre dan Sun Cafe di Hotel Sunway. Harga pun berbeza.  


Buffet Ramadhan di Sunway Carnival Convention Centre, Level 4. Anda akan disajikan hidangan Iftar Ramadhan Terpanjang - Gabungan Masakan Melayu dan Arab dari 7 Jun - 28 Jun, 2016. Kecuali pada 18,19,29-1 Julai bertempat di Sri Cengal Ballroom , Tingkat 1, Sunway Hotel


Lebih dari 200 menu akan dihidangkan oleh kumpulan Chef-chef yang berpengalaman lebih dari 25 tahun yang diketuai oleh Chef Ismail dan Chef Hamizi.  


Selain itu juga anda boleh memenangi cabutan bertuah dimana hadiah pertama berupa Percutian 3H2M di Hotel Sunway Phnom Penh untuk 2 orang termasuk baucer tiket penerbangan bernilai RM1000. Hadiah kedua TV LED 50", Hadiah ketiga Penghawa Dingin dan ada Hadiah Harian dan Mingguan.


Memang menarik kan!!!!




Jom kita masuk ke dalam Sunway Carnival Convention Centre untuk berbuka puasa... 





Signature Dish-Kambing Golek




 Signature Dish-Almond Raisin Rice with Grilled Fish




Nasi Beriani Gam Johor dengan pelbagai lauk seperti Udang Sambal Petai, Ayam Masak Rose, Kuzzi Kambing, Dalca dan Fillet Ikan Masak Masam Manis.




Tak kertinggalan juga Gulai Ikan Masin dengan Nenas, Sayur Kailan Ikan Masin, Kepah Masak Lemak Bersantan, Telur Dadar Bawang, Hati Ayam Goreng Rempah dan Sotong Goreng Kunyit Ubi Kentang. Jtak kertinggalan juga Daging Gulai kawah




Sekarang kita ke bahagian 'Pembuka Selera'.




 Pasembur (Orang Penang panggil Passemboq)




Aneka Jenis Jeruk (Jeruk Madu Pak Ali)




Aneka jenis Kerabu dan Acar Rampai




Aneka jenis Salad




Ulam-ulaman kampung dimakan dengan Sambal Belacan, Budu, Cencaluk




Ikan Pekasam Goreng




Kita ke bahagian 'Pencuci Mulut'




Pelbagai jenis Kuih, Kek dan Desert






Aneka potongan buah-buahan tempatan





Bubur pulut hitam




Aneka air minuman sejuk dan minuman panas




Sup Daging Berempah dan Bubur Lambuk Ikan




Ada beberapa stall yang disediakan untuk hidangan panas-panas dan fresh seperti:


Kebab




Rojak Buah Pulau Pinang




Mee Kari dengan Daging Gulai Kawah




Roti Canai warna warni




Ikan Pari Bakar dengan Air Asam




Satay




Ais Kacang (ABC)




Terima kasih kepada pihak Sunway Hotel Seberang Jaya terutama Ms. Tay Sok Ling yang sudi menjemput kami team Projek Blogger Utara untuk sama-sama memeriahkan iftar ramadhan di Sunway Carnival Convention Centre.  




Untuk sebarang tempahan dan info lanjut anda boleh lihat flyers dibawah ini.  







Untuk setiap hari Selasa dan Khamis, terdapat promosi dimana setiap bayaran penuh untuk 5 orang dewasa percuma 2 kanak-kanak pada hari Selasa manakala percuma 2 orang warga emas pada hari Khamis. Untuk ahli Sunway Pals ada diskaun 20% dan Digi users diskaun 15% T&C.  

PSST: Setiap RM2.00 dari Jualan Buffet  akan didermakan kepada badan kebajikan yang terpilih.

Untuk keterangan lanjut anda boleh melayari www.facebook.com/SunwayHotelSJ.





Artikel Menarik Yang Lain

7 ulasan

  1. Bnyaknya menu..sdap plk tu😊

    ReplyDelete
  2. comel alysa pakai baju kurung.. hehe

    ReplyDelete
  3. alhamdulilah dapatlah merasa kesedapan buffet ramadhan kat sunway ni..recommended!!

    ReplyDelete
  4. tergoda tengok menu makanan kat hotel... bila la dapat merasa berbuka kat hotel ni

    ReplyDelete
  5. Perghh meleleh ayaq liuq tgk.. especially kambing golek tu... yum yum

    ReplyDelete
  6. selalu kalo buffet ni suka attack desert dulu.. ehe..

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang