ENCHANTEUR PARIS | Terokai Rahsia Kulit Cantik dan Pesona Diri yang Memukau

5:21 PM


Assalamualaikum..


ENCHANTEUR adalah rangkaian wangian dan produk penjagaan badan berasaskan wangian berkualiti, mengikut peredaran masa yang berinspirasikan keunggulan haruman Perancis.


Wangian ENCHANTEUR direka dengan unik untuk menghidupkan detik - detik romantis harian di setiap perjalanan percintaan menakjubkan seseorang wanita.


Enchanteur Paris







Terokai rahsia kulit cantik dan pesona diri yang memukau dengan ENCHANTEUR PARIS











Sebagai sebuah jenama yang terkenal dengan rangkaian wangian mewah inspirasi Perancis, rangkaian produk penjagaan peribadi ENCHANTEUR PARIS juga turut diperkaya dengan seleksi wangian mewah bagi memberikan setiap wanita kesegaran tubuh badan menyeluruh sepanjang hari. Keadaan cuaca negara yang panas serta gaya hidup yang sibuk membuatkan wanita memakai losyen atau serum bagi melindungi dan memelihara kulit mereka setiap hari. Untuk keyakinan diri tambahan, rangkaian deodoran ENCHANTEUR PARIS akan menyerlahkan lagi pesona diri anda.






Ketika menikmati wangian memukau dari rangkaian EDT, losyen atau serum badan, deodoran bebola serta semburan pewangi badan, seorang wanita akan bersedia sepenuhnya untuk mengubah harinya yang biasa agar dipenuhi dengan detik istimewa yang tiada penghujungnya dengan ENCHANTEUR PARIS.


Rangkaian wangian penjagaan badan ENCHANTEUR PARIS boleh didadapti di dalam 3 variasi wangian yang memukau iaitu:




ENCHANTEUR PARIS Mon Amie






Rangkaian ENCHANTEUR PARIS Mon Amie diinspirasikan dari keceriaan saat -saat indah persahabatan. Wangian yang menceriakan hari anda ini paling sesuai untuk bersantai dengan kawan - kawan. 

Wangian Mon Amie yang ringan dan menyegarkan diadun indah untuk memadankan ia dengan Losyen Wangian Formulasi Ringan & Segar (Light & Fresh Parfum Lotion) ENCHANTEUR PARIS Mon AmieENCHANTEUR PARIS Mon Amie turut menawarkan Serum Wangian Lembapan Berganda (Double Moisture Parfum Serum), diperkaya dengan Ultra Hyaluronic & Minyak Zaitun, kombinasi yang sesuai untuk memberikan manfaat hidrasi kulit serta merta yang intensif dan sepanjang hari di samping berbau harum dengan wangian ceria Mon Amie.

 Serlahkan lagi wangian ceria dan memikat tersebut dengan rangkaian Deodoran Wangian Anti - Peluh Mencerah & Menyegar (Whitening & Refreshing Parfum Anti-perspirant Deodorant) ENCHANTEUR PARIS Mon Amie atau Semburan Pewangi Deodoran (Parfum Deo Mist) ENCHANTEUR PARIS Mon Amie untuk memastikan kesegaran sepanjang hari.




Deodoran Wangian Anti Peluh Mencerah & Menyegar


Deodoran Wangian Anti Peluh Mencerah & Menyegar (Whitening & Refreshing Parfum Anti-Perspirant Deodorant) ENCHANTEUR PARIS Mon Amie (RM8.70-50ml)



Deodoran Wangian Anti-Peluh berasaskan losyen ini memberikan manfaat perlindungan bau sehingga 72 jam dan anti peluh sehingga 24 jam. Kekalkan kesegaran pangkal lengan anda dan pastikan ia sentiasa kering dengan ekstrak Likouris yang membantu mencerahkan tona kulit dan mengurangkan pembentukan melanin. Butiran Kristal mentol di dalam semburan memberikan kulit sensasi yang menyejukkan dan membuatkan anda merasa selesa.




ENCHANTEUR PARIS Belle Amour






Rangkaian ENCHANTEUR PARIS Belle Amour menggambarkan bibit cinta dan putik asmara yang berkembang mekar. Ia adalah wangian untuk menjadikan anda yang paling si dia sayang. Pencerahan kulit kini lebih indah dengan Losyen Wangian Pencerah ENCHANTEUR PARIS Belle Amour 3 kali ganda pencerahan (Triple Whitening Parfum Lotion) yang memberikan manfaat pencerahan kulit dengan segera dan berseri untuk jangka masa panjang, dari 3 agen pencerahan - ekstrak Likoris, ekstrak Sakura dan Vitamin B3. Mempertingkatkan pencerahan tona kulit bawah lengan anda dengan Deodoran Wangian Anti Peluh Pencerahan Ekstra (Extra Whitening Parfum Anti-perspirant Deodorant) ENCHANTEUR PARIS Belle Amour dan kekalkan haruman menusuk kalbu yang berpanjangan dengan Semburan Pewangi Deodoran (Parfum Deo Mist) ENCHANTEUR PARIS Belle Amour.


Kulit gelap dan tidak sekata adalah masalah yang paling sukar dihadapi oleh setiap wanita. Ia biasanya berlaku pada bahagian belakang leher, lutut dan juga siku. Losyen Wangian Pencerah (Triple Whitening Parfum Lotion) ENCHANTEUR Paris Belle Amour dengan 3 kali ganda manfaat pencerahan ini direka dengan 3 ejen pencerahan - ekstrak likouris, ekstrak Sakura & Vitamin B3 untuk mengatasi masalah kawasan kulit gelap dan tona kulit tidak sekata. 

Ekstrak likouris dan ekstrak Sakura didalam produk ini mencerah dan menyamaratakan tona kulit serta menghalang pembentukan melanin.

Vitamin B3 bukan sahaja mencerahkan kulit malah memperkukuhkan ketahanan kulit serta mencegah kehilangan lembapan. Kombinasi manfaat ketiga-tiga ejen pencerahan ini membantu memberikan 5x manfaat pencerahan.

Dengan menggunakan losyen ini anda bukan sahaja dapat mengekalkan kulit yang cantik dan sekata tetapi ia juga menjadi memberikan seri kepada anda dengan haruman wangian Belle Amour.


Losyen Wangian Pencerah (Triple Whitening Parfum Lotion) ENCHANTEUR PARIS Belle Amour

Losyen Wangian Pencerah (Triple Whitening Parfum Lotion) ENCHANTEUR PARIS Belle Amour dengan manfaat pencerahan tiga kali ganda - Kombinasi 3 ejen pencerahan untuk 5x ganda manfaat pencerahan segera (RM7.50 – 100ml, RM16.95 – 300ml)



ENCHANTEUR PARIS Adore




Rangkaian ENCHANTEUR PARIS Adore adalah kombinasi wangian bunga - bungaan dan buah - buahan yang membangkitkan keajaiban nostalgia indah berkekalan setiap hari dengan wangian yang kekal berpanjangan. Dalam mengecapi keyakinan, memiliki kulit yang sihat yang merupakan benteng pertahanan pertama kita dari kuman, sinar UV dan pencemaran adalah perkara utama yang amat penting. Losyen Wangian Badan ENCHANTEUR PARIS dengan Perlindungan Anti Bakteria (Antibacterial Care Parfum Lotion) memastikan kulit sentiasa dilindungi daripada pelbagai bakteria merbahaya sambil menjadikan kulit kekal wangi dengan wangian Adore yang tidak dapat dilupakan. Deodoran Wangian Anti Peluh Mencerah & Menyenangkan (Whitening & Soothing Parfum Anti-perspirant Deododrant) ENCHANTEUR PARIS Adore pula seterusnya memelihara bawah lengan dengnan memberikan kelegaan melindungi kulit dan terasa segar. Manakala Semburan Pewangi Deodoran (Parfum Deo Mist) ENCHANTEUR PARIS Adore pula memberikan semerbak haruman memukau yang menyegarkan.


Semburan Pewangi ENCHANTEUR PARIS Adore memberikan keyakinan berpanjangan sehingga 24 jam.



Semburan Pewangi Dedoran (Parfum Deo Mist) ENCHANTEUR PARIS Adore 


Semburan Pewangi Dedoran (Parfum Deo Mist) ENCHANTEUR PARIS Adore (RM10.10 – 100ml)





Rangkaian produk penjagaan peribadi ENCHANTEUR PARIS ini boleh didapati di semua rangkaian pasar raya / pasar raya besar dan farmasi.


 Untuk maklumat lanjut mengenai ENCHANTEUR sila layari:


atau

 lawati laman Facebook rasmi ENCHANTEUR di:









Artikel Menarik Yang Lain

10 ulasan

  1. Suka barangan Enchaunter ni sebab wangi2. Atie suka lotion:)

    ReplyDelete
  2. dari sekolah pakai perfume ni..pinjam mak punya haha

    ReplyDelete
  3. wangi jenama enchaunter ni

    ReplyDelete
  4. ingat zaman dolu-dolu guna enchanteur nie,dulo jenis spray tu,masa tu murah lagi :)

    ReplyDelete
  5. nak melekat je lah Kak Murni lepas niii

    ReplyDelete
  6. Ramai buat testi tentang product ni.. Reen suka guna lotion latest ni. Tak melekit

    http://www.reenri.com

    ReplyDelete
  7. Wangi yg baru2 ni pnya collection

    ReplyDelete
  8. lepas ni tnggu baby besaq sikit bru boleh peluk2 hahaha

    ReplyDelete
  9. Wangian yang mewah dengan harga berbaloi..

    ReplyDelete
  10. wow...patut la Wangi ja mokcik hari tu

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang