Bawa Family Menonton Sarkas | GREAT BRITISH CIRCUS MALAYSIA

4:05 PM

Assalamualaikum..

Minggu lepas, kami sekeluarga berkesempatan menonton sarkas dekat Sunway Hotel Seberang Jaya, Pulau Pinang. Last sekali Murni dan encik suami tengok Sarkas adalah masa baru2 kahwin..Dah lama laa..masa tu tengok dekat Fantastica Show dekat Genting Highland, lebih kurang 8tahun lepas. Jadi bila dapat tahu Great British Circus nak buat show dekat Penang ni..kami cepat2 laa rebut peluang ini. kalini lagi bermakna sebab boleh bawa Alysa dan Danish bersama. Seumur hidup mereka ni kali pertama dapat tengok sarkas secara live.




Great British Circus Malaysia telah membuat persembahan secara live bersebelahan Hotel Sunway Seberang Jaya bermula 3 Mac 2017 sehingga 9 April 2017 nanti. Ha…belum terlewat untuk kawan2 yang berada di Pulau Pinang dan yang berada disebelah utara ni untuk menyaksikan aksi sarkas yang menyeronokkan serta mendebarkan. Memang tak rugi tengok hari tu.







 Walaupon masa tu muka Murni tengah bengkak (alahan mengandung) tapi kugagahi juga demi anak2. Ok kami beli tiket V.I.P malam tu. Syok sangat dapat duk depan dan dapat rakam video mereka beraksi. memang sepanjang 2jam tu memang seronok. Bermacam2 perasaan ada, ada yang lucu, mendebarkan dan juga terhibur. Alysa dan Danish siap berjoget2 dan ketawa besar bila aksi badut yang lawak.













Pembukaan, biasa laa mesti menari2 dan aksi akrobatik. Dengan lagu "let me entertain you" dan tarian ceksi2 terbuka mata kami..hehehe





Aksi akrobatik



Badut dan silap mata. Part ni memang lucu dan semua orang terhibur








Dan ni part yang Danish dan Alysa seronok. Tiba2 superhero "Spiderman" beraksi..Gayut sana gayut sini..wah memang hebat...



The High-Wire Act..memang hebat laa mereka ni beraksi atas wayar beramai2..nak tengok best ke tak best boleh tengok beberapa video yang Murni berjaya rakam.









The Spinning Wheel of Death - yang ni pulak mereka beraksi atas roda berpusing. masa mereka lompat2 tu ada yang menjerit2 takut & gayat. memang seriau giler..Macam nak jatuh jer mereka ni. Tak caya boleh tengok video..hehehe







Dan ini aksi kemuncak..Globe of Death - aksi mereka naik motor dalam sangkar. mula2 Murni ingatkan satu motor ja..tapi rupanya ada aksi dgn 2 dan 3 motor. cekap betul mereka ni takde nak berlanggar..

Satu Motor

Dua Motor

Tiga Motor


Setelah 2 jam maka persembahan pon berakhir. memang penonton semua terpukau. dan kanak pon terhibur. Sebenarnya banyak lagi persembahan yang ada cuma Murni tak sempat rakam. macam masa silap mata salin2 baju dalam sekelip mata tu pon ada. sampai sekarang Murni duk terfikir macam mana diorang ni buat..hehehe. Pastu kat tengah2 tu ada sessi bergambar..kalau rajin boleh laa bergambar dengan mereka.

Acara penutup




Cuti2 sekolah seminggu ni kalau berkesempatan boleh laa bawa sekeluarga untuk menyaksikan aksi hebat dari Great British Circus Malaysia bersebelah Hotel Sunway Seberang Jaya. Dan pertunjukan sarkas ini akan berakhir pada 09 April 2017

Boleh layari facebook : Great British Circus Malaysia untuk maklumat lanjut.


Great British Circus Malaysia


Terima kasih pihak penganjur dan Hotel Sunway Seberang Jaya kerana memberi peluang saya meyaksikan aksi akrobatik dari Great British Circus Malaysia secara live.




Artikel Menarik Yang Lain

7 ulasan

  1. best best best...1 family seronok tgk sarkas ni

    ReplyDelete
  2. Seram sejuk tengok aksi sarkis ni. Seriau rasanya.. tapi best!

    ReplyDelete
  3. Alahai seronoknyaaaaaaa 😍..
    LZ ada plan nak pi Penang, harap2 sempat tengok circus ni nanti.

    Tahniah Murni for your pregnancy 💐.. Jaga diri naa 😘..

    ReplyDelete
  4. bestnya dapat tengok live

    ReplyDelete
  5. rasa mcm seriau tgk depa2 beraksi

    ReplyDelete
  6. serius tgk depa.. entah bila dpt tgk

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang