Short Vacation 2 Day 1 Nite @ Flamingo Hotel by the Beach, Penang

6:23 PM

Assalamualaikum..

11/02/2017 baru2 ni saje2 encik suami nak bawa anak2 jalan2 nak main pantai dan mandi kolam katanya. Memandangkan dekat Pulau pinang ni banyak jer hotel2 di pesisir pantai yang cantik, why not kami bercuti 2D1N ja pada hari minggu. Sabtu tu Murni sempat lagi pergi kerja sampai kul 2ptg. Balik kerja terus packing2 baju terus kami gerak ke Tanjung Bungah dan check in Flamingo Hotel by the Beach. Ala bukan jauh pon dari Bayan Lepas ke Tanjung Bungah ni perjalanan lebih kurang 30 minit jer kalau tak jem..hehehe









Ok ni bilik kami, kami pilih bilik Deluxe Hill View jer..Tapi ok juga bilik dia besar dan katil pon dah siap2 sambung besar jadinya...



















Ni view dekat balkoni..sipi2 nampak laut yang mendamaikan..Lepas berehat seketika ape lagi terlompat2 laa anak2 ajak turun mandi kolam. Encik suami pon dah bersiap2 sedia dengan Drone dia untuk fly ambik pemandangan sunset laa kengkonon..hahaha









Kat sini ada 2 kolam, satu kolam untuk kanak2 dan satu kolam untuk dewasa. Tapi kolam untuk dewasa pon tak laa dalam sangat seba alysa boleh jer berenang2 disitu sambil diawasi oleh encik suami.










Makyong malas nak menyelam sebab kesejukan. Turun sekejap sahaja pastu naik berjemur sambil memerhati encik suami dan anak2 duk main air.


















Dah penat berenang Alysa & Damish naik bermain dekat playground kecik yang ada dekat tepi kolam tu. 




Dah puas mandi kolam encik suami ajak ke pantai pulak untuk fly drone dia. Tapi malang sekali cuaca tak berapa elok dengan angin bertiup sangat kencang. Tapi tak hujan cuma awan berarak agak laju dan gelap.










Picture kat atas encik suami bagi terang sebenarnya dah gelap. Terserlah perut mak yong yg dah 18week masatu. 























Selepas awan berarak habis baru laa nampak cahaya sunset sedikit. Masa ni sempat laa encik suami fly drone dia. Nanti Murni tempek link youtube permandangan yang diambil melalui drone dia. Lepas habis fly drone kami balik bilik dan keluar makan dan pastu tidorrr...



Keesokan pagi awal2 kami turun sarapan. Sarapan dekat sini biasa2 saje..tapi ok la sebagai alas perut..












Lepas sarapan cepat2 encik suami ajak turun pergi pantai sebab nak balas dendam semalam tak boleh nak fly drone dia. Tambah2 cuaca pagi Ahad tu sangat elok. Anak2 pon tak puas lagi main pasir pantai..














Sambil tunggu encik suami dan anak2 menghabiskan misi masing2 makyong meregangkan otot laa..aik tiba2 ternampak di tengah2 laut nuuun disana ada kapal sedang belayar. ni mesti kapal Libra Cruise yang sedang belayar pulang ke jeti setelah bermalam semalaman di tengah2 laut. Jom kita Zoonmguna 10x kuasa zoom kamera iP7+..Huhu makyong is teringin nak naik kapal cruise..hehehe























Ralik sungguh Alysa & Danish bermain pasir. Mujur pagi tu tak panas sebab cahaya matahari terlindung disebalik bangunan2 hotel. memang strategik betul laa pantai ni..hehehe













Mr Drone dah penat. Nak berehat sementara menunggu anak2 habis bermain pasir..








Telatah Alysa & Danish..Seronok betul mereka..InshaAllah ada rezeki kita datang bercuti disini lagi ya..jangan risau dekat sahaja. Cuti hujung minggu pon boleh datang. Tapi kena kumpul pitih (duit) dulu laa dalam tabung..baru ibu dan abah bawa mai cni lagi..
























Artikel Menarik Yang Lain

4 ulasan

  1. flamingo ni mmg ppl favourite choice

    ReplyDelete
  2. tak penah stay sini lg.. hahaha
    gelap betol awan mcm nak mai ribut

    ReplyDelete
  3. mokcik kalau rajin buat ler review harga.. heee

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang