8 Hiasan Dalaman Rumah Di Malaysia Seakan Bilik Pameran IKEA
7:32 AM
Jenama IKEA sangat terkenal di kalangan pemilik rumah di Malaysia dan seluruh dunia. Reka bentuk moden perabot keluaran IKEA yang bertema Scandinavian itu benar-benar menarik peminat pelanggan yang menggemari perabot yang ringkas dan minimalis.
Seperti peminat fanatik IKEA di negara lain, peminat IKEA di Malaysia juga sering membuat lawatan ke bilik pameran di gedung IKEA untuk mendapatkan inspirasi untuk melakukan hiasan dalaman rumah. Jadi, tidak hairanlah bilik pameran IKEA sentiasa sesak, terutama sekali pada hujung minggu.
Walaupun terdapat pelbagai jenis bilik pameran di IKEA untuk pembeli mendapatkan inspirasi, untuk menghasilkan hiasan dalaman rumah yang secantik bilik pameran tersebut tidaklah semudah yang disangka. Tetapi, lapan orang peminat setia IKEA ini telah berjaya menjadikan rumah mereka seakan bilik pameran IKEA. Anda pasti akan jatuh cinta dengan hiasan dalaman rumah mereka!
1. Rita Nicha, peminat IKEA dari Sarawak ini telah menghias rumahnya dengan warna neutral dan reka bentuk geometri. Pemilihan perabot dan aksesori yang disusun rapi membuatkan rumahnya benar-benar bertema Scandinavian yang praktikal.
2. Sharifah Shaliana pula bijak bermain dengan warna dalam menghasilkan hiasan dalaman yang ceria dan menarik. Para IKEA dan bingkai gambar pula ditambah di ruang dinding agar tidak nampak terlalu kosong.
3. Shazrin Yazid telah memilih kombinasi warna dan hiasan feature wall yang berbeza untuk setiap ruang di rumahnya. Warna biru turquoise untuk dinding ruang tamu dan ruang makan. Dinding bilik tidur anak-anaknya pula dicat dengan belang-belang putih dan merah jambu, serta belang-belang hitam dan putih.
4. Irnanee Osman memilih untuk menggunakan warna pastel dan corak geometri untuk hiasan dalaman rumahnya. Semua barang perhiasan di bilik tidur dan ruang tamu disusun rapi di rak dan para IKEA. Peralatan memasak juga disusun kemas di atas kabinet IKEA walaupun ruang dapurnya terhad.
5. Eira Lilo Nasir menggunakan kombinasi warna hitam, putih dan kuning air untuk hiasan dalaman rumahnya yang terletak di Batang Kali. Jika diperhatikan, setiap ruang di rumahnya dihiasi dengan sekurang-kurangnya satu barang keluaran IKEA, kecil atau besar.
6. Anis Syuhada ialah peminat setia IKEA sejak ‘azali’ yang juga menawarkan khidmat personal shopper dan hiasan dalaman untuk peminat IKEA. Dia juga mempunyai bakat untuk mengganding perabot keluaran IKEA dengan keluaran jenama lain dalam menghasilkan hiasan dalaman yang unik.
7. Anis Syuhada juga telah melakukan hiasan dalaman untuk pangsapuri kecil yang kelihatan seakan-seakan bilik pameran IKEA ini. Dengan reka bentuk dan susun atur yang praktikal, apartment yang kompak ini tetap lengkap dan sesuai untuk keluarga kecil.
8. Fendi Isa adalah peminat fanatik IKEA. Tidak melampau sekiranya saya merasakan yang lebih 50% daripada perabot dan hiasan di rumahnya ini adalah daripada IKEA. Susun atur dan keseluruhan hiasan dalaman rumahnya yang sangat rapi dan menarik membuatkan gambar-gambar rumahnya ini kelihatan seperti salah satu halaman daripada majalah IKEA.
Saya percaya bukan pasti ramai pengikut dan pembaca blog saya adalah
peminat setia IKEA, sama seperti pemilik rumah-rumah di atas (dan
saya sendiri juga). Dan saya juga percaya antara cabarannya apabila
membeli perabot IKEA ialah untuk memasangnya sendiri.
Jika anda tidak mempunyai kelapangan dan peralatan lengkap untuk
memasang perabot IKEA yang menjadi idaman hati itu, dapatkan saja
khidmat handyman untuk melakukan kerja pemasangan tersebut.
Dapatkan
khidmat handyman
berhampiran anda melalui Recommend.my.
Selain itu, jika anda juga memerlukan khidmat interior
designer di
malaysia, Recommend.my kini mempunyai 900+
professional interior designer daripada seluruh negara yang
berdaftar dengannya. Kongsi
maklumat ringkas tentang rumah idaman anda dan terima
anggaran sebut harga dalam tempoh beberapa jam sahaja!
1 ulasan
cantiknye laa hai.. tak sabar nak deco rumah baru nanti.. hihi
ReplyDelete