Pengalaman Manis di Harriston Signature Chocolate Penang | DIY Chocolate Workshop

8:18 AM


Assalamualaikum..

Entry tertangguh kalini Murni nak ceritakan pengalaman manis dan lemak berkrim di Harriston Signature Chocolate Penang outlet. Sebelum bulan Puasa haritu Murni dan beberapa orang Blogger Penang telah dijemput oleh Rachel Loh iaitu founder Foodlifecious & drLife untuk melawat ke Harriston Signature Outlet Penang yang terletak di Jalan Kelawei, George Town Pulau Pinang. Untuk pengetahuan semua HQ Harriston Signature adalah terletak di Cheras, Kuala Lumpur dan sudah beroperasi dari tahun 2015 lagi. Manakala ada satu lagi outlet yang terletak di Genting Highland, Pahang.




Sebenarnya Murni kerap juga lalu depan Harriston Chocolate ni. Dari luar Murni memang nampak tempat ni menarik cuma Murni ragu2 nak masuk sebab ingat kedai ini tidak halal. Manakala setiap hari kedai ini penuh dengan kehadiran bas2 persiaran yang membawa pelancong2 untuk membeli belah chocolate disini. Alahai rupanya Harriston Chocolate ini ada sijil HALAL. Lepas ni Murni memang akan ke sini lagi untuk membeli coklat kerana coklat dekat sini memang ada pelbagai rasa dan sangat2 menarik. Kalau tak percaya sekejap lagi Murni ceritakan. 


Menjejakkan kaki ke Harriston Signature ni ibarat macam menonton filem Charlie and the Chocolate Factory. Macam-macam jenis coklat terhidang depan mata. Murni memang penggemar coklat. Memang teruja sangat2 la. Apa lagi sebelum blogger lain sampai Murni meronda2 melihat dan mencuba pelbagai perisa coklat yang ada. Sebenarnya Harriston Signature Outlet Penang ni merupakan kedai coklat tempatan terbesar di Pulau Pinang. Tak percaya jom tengok. Harriston Signature Penang ini mula beroperasi pada Julai 2017. Dah hampir setahun laa kannn..









Untuk pengetahuan semua, di Harriston Signature Outlet - Penang ni ada sebuah kafe yang lengkap sepenuhnya yang terletak di dalam kedai yang diberi nama Harriston Signature Penang Cafe yang kini melayani lebih kurang 2000 pelanggan setiap hari. Kafe ini dibuka setiap hari mengikut waktu operasi kedai. Cafe ini menyediakan hot/cool drink dan juga snacks seperti Sandwich and Waffles. Kalau kawan2 yang ingin santai2 lepak2 dengan kawan2 sambil pekena Signature Coffee and Tea Harriston atau makanan ringan memang tempat ni highly recommended laa. Cafe ni ala2 hipster gitu. 




Haritu Murni mencuba Cool Matcha Latte dan suami mencuba 58% Hot Chocolate. Sebenarnya 58% Hot Chocolate ni merupakan specialty di kafe ni tau. Perhhh memang sedap hot chocolate di Harriston Signature Cafe ni. Kalau kawan kawan nak chocolate yang lagi kawww boleh order 72% hot chocolate. lagi padu rasa coklat dia tau. Tapi oleh kerana Murni dah order Matcha Latte kena habiskan laa.. takpe lepas habiskan program ni Murni nak cuba sendiri secawan Hot Chocolate ni. tak puas rasa seteguk yang encik suami punya tadi..hehehe



Di sebelah Harriston Signature Cafe ada satu bilik yang mempamerkan semua maklumat tentang chocolate. Juga dipamerkan semua chocolate keluaran Harriston Signature Chocolate. Haritu kami sangat bertuah kerana En.Shahrel dari bahagian Sales & Marketing Harriston Signature yang sudi datang dari Kuala Lumpur ke Penang semata2 untuk menemui kami semua. Sepanjang kami disana beliau memberi taklimat lengkap dan juga memberi ilmu tentang coklat yang kami tidak tahu. Memang sepanjang sejam bersama beliau macam2 ilmu tentang chocolate yang kami dapat tahu. Ini merupakan pengalaman pertama Murni disini tapi seriustly sangat2 teruja dan seronok.



Ini merupakan sample produk yang telah dikeluarkan oleh Harriston Signature. Ada bermacam2 coklat sensasi buah buahan tempatan seperti betik, mangga dan nenas. Dan yang paling popular adalah coklat badam, coklat almond dan tiramisu. Bukan ini saja, ada lagi yang paling special dan popular..satgi Murni cerita naaa..





Contoh2 chocolate yang dikeluarkan oleh Harriston Signature adalah Cocoa Powder, Milk Chocolate, White Chocolate & Dark Chocolate. Dan chocolate inilah nanti yang akan diolah dalam pelbagai perisa dan bentuk. Untuk pengetahuan semua, pengguna chocolate yang terbesar di dunia dalam setahun adalah negara Switzerland dan Germany.







Selepas mendengar taklimat ringkas dari En Shahrel dan pembantunya kami dibawa mencuba dan mengenali chocolate yang popular di Harriston Signature. Selain dari siri Milk Chocolate / White Chocolate & Dark Chocolate. Yang palingggg special dan popular adalah Durian Chocolate (terdapat dalam milk & dark chocolate). Durian Chocolate ini sangat sedap dan ianya diperbuat dari durian berkualiti seperti Durian Musang King dan D24 (bergantung pada musim dan supply. Hmmm patut laa masa Murni mencubanya memang terasa sangat original durian dalam chocolate tu. Selain Chocolate Durian, terdapat juga Coconut Chocolate yang sangat sedap.. dan satu lagi Chocolate yang pertama kali murni dengar iaitu Chocolate Tongkat Ali (orang lelaki tau laa kan). kalau tak percaya atau teringin nak cuba cepat2 singgah Harriston Signature Penang nanti. hehehe




Ada lagi chocolate yang menarik di Harriston Signature ni dan pertama kali juga Murni dengar dan cuba. Kawan2 pernah dengar atau cuba tak chocolate macam perisa Curry Milk Chocolate, Chili Dark Chocolate dan Ginger Dark Chocolate. Tak lupa juga Dark Chocolate Asli dari Harriston Signature dan juga Espresso coffee Chocolate. Memang menarik kann...








Tapi yang lagi best di Harriston Signature ni ialah bila kita diberi peluang untuk merasai sendiri pengalaman untuk buat sendiri coklat mengikut bentuk dan acuan kita. Nampak macam senang je orang lain buat tapi bila kena batang hidung sendiri..perghh bukan senang pulak tangan yang tak berseni macam tangan aku ni. Terkial-kial nak membuatnya. Tapi jangan risau hentam saja buat. Boleh tanya mereka dan tengok contoh2 yang dah ada.



Kita akan diberi set lengkap kit DIY dan chocolate. Diorang akan ajar kita macam mana cara nak buat. 






Alhamdulillah..walaupon kekok dan comot Murni berjaya siapkan semua task.




Kelas DIY Chocolate

Kelas membuat coklat peribadi dibuka setiap hari (ikut waktu operasi)

Yuran : RM35/pax

Ada 4 proses: jumlah 1 jam

Harga termasuk semua bahan, kit DIY Chocolate, Apron & Sijil

Kapasiti Peserta: 55 orang dewasa / RM65 orang kanak2




Sebelum balik Murni dan suami mencuba sekali lagi 58% Hot Chocolate dihidangkan bersama Tuna Sandwich. Alhamdulillah puas hati dan kenyang. Haritu Murni bawa bersama baby Zulaikha (10 bulan) Alhamdulillah dia ok jer..ada laa beberapa ketul coklat masuk mulut dia. Seronok laa dia dapat makan coklat juga. hehehe










Bagi yang ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang Harriston Signature ni, korang boleh la layari lama web mereka di 

IG: Harriston Chocolate

Atau datang terus ke Harriston Signature Penang di

Alamat: 
Harriston Signature Outlet Penang
68, Jalan Kelawei, 
10250, Georgetown,
Penang
Tel : +6042261626 / +6042262306

Waktu Operasi : 9.30pg - 6.30ptg Setiap Hari termasuk Public Holiday










Artikel Menarik Yang Lain

2 ulasan

  1. bestnya Kak Murni. pun penah lalu few times tapi tak pernah singgah. hihi..

    ReplyDelete
  2. Penang DIY workshop Booking Contact Wechat: i-cube
    Just Mention Penang Harriston DIY Booking
    (Please contact me if any inconvenient posting here)

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang