Pasang Lampu dan Kipas di Rumah Baru

1:32 PM

Assalamualaikum

2 tahun lepas murni ada update tentang persiapan utk masuk rumah baru. Kami ni punya excited dah beli sesiap segala lampu masa Fair Homedec bulan April 2016 lagi. Oleh kerana rumah kami lambat dapat kunci maka bulan Disember 2017 baru boleh ambil lampu2 tu. Entry pasal lampu-lampu yang kami beli di Homedec tu ada DISINI.

Lampu Dinning

Memandangkan masa tu Murni hanya beli lampu utk syiling sahaja. Maka kami perlu beli lampu untuk hiasan seperti di Dining Table, Balcony & Entrance. Kalau tak silap semua ni Murni beli masa Fair Megahome pada bulan 12-2017. Kipas, water heater & aircond pon beli disini.


Lampu Entrance


Untuk memasang semua ni encik suami meminta contractor yang renovation rumah kami ni pasangkan.



Okay dah bercahaya. Lepas ni waktu malam pon kami boleh buat kerja laa..







Lampu bilik adalah sama macam lampu ruang tamu. lampu ni ada 3 warna.

Warna Biru
Daylight
Lampu Kuning

Lepas dah pasang semua kami bercadang nak cat rumah pulak lepas balik kerja setiap hari. Kalau lajak sampai malam pon takpe sebab dah ada lampu & kipas..hehehe





Artikel Menarik Yang Lain

3 ulasan

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang