Apam Balik Cheese Terkenal di Pulau Pinang | Triple Q Apom Balik, Bayan Lepas

7:02 PM

Assalamualaikum..

Harini Murni nak review satu tempat makan yang wajib kawan2 cuba kalau datang ke Pulau Pinang. Kalau penduduk Pulau Pinang terutamanya kawasan Bayan Lepas memang sudah tahu tentang gerai Apom Balik Triple Q ni. Malah tempat ni pernah menjadi viral tahun lepas dan sampai sekarang masih menjadi tumpuan penggemar apam balik dari Penang dan juga luar Penang. Minggu lepas Murni sekeluarga sempat merasa sendiri keenakan beberapa jenis apam balik yang dijual disini. Dan Murni nak share laa sedikit info tentang keistimewaan apam balik yang dijual di gerai Apom Balik Triple Q ni. Jom baca sampai habis..


Apam Balik Cheese Meleleh di Triple Q Apom Balik

Apam balik atau juga dikenali sebagai apom balik, Murtabak manis dan Terang bulan merupakan sejenis kuih tradisi Indonesia, Malaysia dan Singapura. Ia merupakan sejenis kuih apam berkulit tebal yang dibakar dengan lapisan mentega dan ditaburi inti kacang dan jagung di atasnya dan kemudian dilipat dua. Tapi tu versi lama. Dengan keberanian dan kreativiti Encik Zul selaku pemilik gerai Triple Q Apom Balik ni beliau dengan beraninya memperkenalkan apam balik versi baru dengan menyediakan apam balik cheese bersama pelbagai jenis topping/filling atas permintaan pelangan. Ternyata keberanian Encik Zul ini berjaya memikat hati pelangan dan menjadi viral dan terkenal. Alhamdulillah.


Okay, kalau kawan2 teringin nak mencuba boleh laa datang kesini, kawan2 cari jer gerai dengan payung warna oren, bersebelahan dengan Public Bank, Relau area Setia SPICE Penang (dulu dikenali sebagai PISA). Kalau nak senang lagi boleh jer WAZE. InsyaAllah sampai. Walaupun nampak macam gerai biasa-biasa jer tapi Murni nasihatkan kawan2 kalau nak rasa apom balik disini kena datang awal. Kalau tak, jenuh laa beratur. Lagi satu, disini tiada disediakan meja atau kerusi. Kebanyakan pelangan membeli dengan take away atau kalau dah tak sabar nak ngapp boleh jer makan terus disitu macam kami haritu. Sambil2 sembang dengan Encik Zul sambil menikmati apam balik cheese meleleh panas2. Memang sedapp tau.




Sebenarnya keistimewaan apam balik di sini adalah kerana dia mempunyai 46 perisa dan setiap masa akan diperbaharui mengikut musim. Contohnya kalau musim durian dan cempedak diorang akan mencuba membuat filling durian dan cempedak. Menurut Encik Zul, pemilik Apom Balik Triple Q ni baruni semasa musim durian dan cempedak sambutan memang menggalakkan. Menurut beliau juga apam balik filling durian dan cempedak sangat sedap. Adoi teringin laa pulak tapi musim dah lepas. Takpe laa mungkin next time. Haritu Murni dan keluarga mencuba menu terbaru iaitu Carbonara Cheese dan juga menu special yang lain yang popular di Apom Balik Triple Q ni. Kalau nak tahu apa dia scroll sampai habis tau...



Apam Balik Cheese Meleleh + Jagung Manis

Begini laa keadaan cheese yang melimpah ruah (meleleh kalau makan tau). Memang mereka tak kedekut cheese dan mereka menggunakan mozarella cheese yang diimport dari Australia (patut laa rasa cheese dia sedap dan fresh). Dan filling dia letak diatas cheese tu pon bukan nipis2 jer tau..memang mengikut kehendak pelangan. Selain itu, jagung manis tu pon abang Zul masak sendiri menggunakan jagung yang bekualiti tau. Bukan jagung dalam tin tu. Berbaloi sangat laa kualiti apam balik ni dengan harga yang ditawarkan. Tak caya tengok gambar2 dibawah..



Apam Balik Cheese + Carbonara ( NEW)

Yang ni sedap dan mesti cuba tau. Rasa dia memang lain dari yang lain. 



Apam Balik Cheese Meleleh + Pisang

Penggemar pisang memang akan beli apam balik cheese + pisang ni. Pon sedapp..



Apam Balik Cheese + Sambal Bilis Garing

Suami Murni suka yang ni. Dia memang suka makan sambal garing Cik Nor ni. Memang sentiasa ada kat meja makan kami. Bila nampak jer ada filling ni cepat2 dia order. Dan dia kata sedappp..Wajib cuba katanya..




Apam Balik Cheese + Serunding Daging

Okay setelah mencuba semua yang diatas ni Murni paling suka Apam balik Cheese + Serunding (memang selera Kelantan tak habis2). Menurut Encik Zul, Serunding Daging yang mereka gunakan ini diimport dari Kelantan. Murni memang tahu serunding daging ini asli dari pengeluar Serunding Daging Kampung Laut. Patut laa sedap. Bila Apam Balik Cheese + Serunding ni dimakan panas2 dan kombinasi rasa serunding dan cheese tu membuatkan Murni rasa nak makan hari2. Lupa sekejap pasal diet ehehe. 



Apam Balik Cheese + Strawbery Chip 

Selain filling diatas, ada juga filling yang sesuai untuk kanak2 tau..Haritu Murni cuba untuk anak2 murni filling Strawbery Chip, Choki2 dan Chocolate Chip. Ada yang tertanya2 tak manis ke?? Terus terang Murni cakap tak manis sangat sebab dia dah dicampur bersama cheese dan juga Apam itu sendiri. Jadi rasa dia just nice gitu...


Apam Balik Cheese + Choki-Choki


Alysa makan sampai 2 Apam balik ni. Dia cakap sedap sebab budak2 memang suka manis. Tak rugi beli sebab memang mengenyangkan.



Apam Balik Cheese + Chocolate Chip 

Yang ni memang sedap giler. Murni makan panas2 memang sedap. Murni dan encik suami siap demo tarik2 cheese tu. memang boleh tarik panjang2 kalau makan masa panas baru2 masak tu. sebijik macam pizza. Kawan2 kalau datang mesti cuba tau makan sambil tarik2 panjang2 cheese tu..memang heaven rasanya..hihihi.





Okay sebelum mengundur diri, kat bawah ni Murni share lokasi gerai Apom Balik Triple Q ni. Untuk makluman, Apom Balik Triple Q ini juga menerima tempahan untuk semua majlis. Just contact Encik Zul di talian No Telefon : 019-447 8801

atau terus ke lokasi di:

Triple Q FZ Apom Balik
(sebelah Public Bank Relau, Bayan Lepas)
Waktu operasi : Setiap hari bermula 1 tengah hari- 7malam
No Telefon : 019-447 8801




Artikel Menarik Yang Lain

17 ulasan

  1. menariknya! nanti kalau g penang nak try la

    ReplyDelete
  2. terliur pulak tengok apam balik ni memalam cam ni... adehhhh

    ReplyDelete
  3. Aduhai. ..Kenapa area penang ni. .. Kena tggu turun penang baru bole p try ni

    ReplyDelete
  4. Kreatif betul otak orang zaman sekarang. Apam balik pun dah siap ada macam-macam rasa eh.

    ReplyDelete
  5. Menariknya Apam Cheese ni! So....cheessssyyyyy, kat KL ada tak? Nak rasalah!!!!! tergoda tengok ni. nak makaaanannnnn!

    ReplyDelete
  6. Wah ada macam-macam jenis apam balik... lama tak makan apam balik, selalu makan yang manis-manis extra jagung, teringin pula makan yang pedas.. kalau ke bayan lepas kena cari nih.. tq kongsikan

    ReplyDelete
  7. menariknya apam balik dia.jarang nak jumpa apam balik yang banyak perisa macam ni kan.nanti airah pergi penang memang kena singgah la

    ReplyDelete
  8. pergh lain daripada yang alin..nad suka jenis apam ni sebab rangup..cheese dia..ditarik tu..wow..isi dia pun banyak..bguslaa

    ReplyDelete
  9. Waduhhh..godaan apakah ini?? Dap dap sangat ni. Tak pernah lagi cuba apam balik cheese ni..kena try gak satu hari nanti ni

    ReplyDelete
  10. Ya Allah... macam-macam flavors ada.. baru tgk memeber pergi 2 hari lepas. Uisshhh mmg heaven lah mkn ni.. boleh masuk dlm list klau g penang nnt

    ReplyDelete
  11. Wow, ada 46 perisa! first time tahu ada org jual apam balik macam ni, sangat2 kreatif. Teringin nak cuba apam balik cheese. Nampak sedap sangat!

    ReplyDelete
  12. Alahai sedapnya aoam balik. Kita bi memang oenggemar apam balik. Alahai macam2 ada. Serunding pon ada tu.

    ReplyDelete
  13. Banyak jugak pilihan isi apam balik ni ya .Kalau saya yang ada cheese tuh confirm jadi pilihan utama sebab memang sejenis hantu cheese .So far ada area utara saja ya .Hope ada seluruh semenanjung Nak jugak rasa apam balik ni

    ReplyDelete
  14. Tudia. Dah macam pancake dah bermacam macam toppings di situ. Tapi paling memikat opkos lah yang cheese tu. All time favorite lah apa apa makanan yang bercheese.

    ReplyDelete
  15. Ya Allah.. Tergoda nya tengok. Dengar ada cheese ni rasa nak je rasa. Awat la jauh sangat. Kat mersing ni knapa takde orang jual macam tu. Kalau tak, puas dah makan sampai tak larat makan.
    Haha

    ReplyDelete
  16. Wow memang special lar sebab macam-macam pun boleh dijadikan apam balik kan? Cheese lar, chocolate lar dan macam-macam lagi. Memang kena try kalau pergi sana. :)

    ReplyDelete
  17. Aduhhhh sedap nyer, meleleh air liur ni. I like the Apam Balik Cheese with Sambal Bilis Garing. Sedap sambal garing ni.

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang