Nasi Kandar 100% Bumiputera | Nasi Kandar KetegaQ Sg. Petani Kedah

1:59 PM

Assalamualaikum...

Minggu lepas Murni sekeluarga jalan2 kat Sg Petani, Kedah semata2 nak mencuba nasi kandar yang tengah Viral loni iaitu Restoran Nasi Kandar KetegaQ. Walhal di Penang ni berlambak kedai nasi kandar tetapi Murni teringin nak merasa nasi kandar buatan orang Melayu yang dikatakan sangat sedap tu. Nasi Kandar Ketegaq ni 100% milik Bumiputera. Sekarang ni Nasi Kandar Ketegaq dah pindah ke tempat baharu yang lebih selesa. Restoran mereka terletak di Taman Pekan Baru. Kalau dari bandar Sungai Petani, ambil Jalan Pengkalan lepas jambatan tu restoran di sebelah kanan. Kalau nak senang ikut WAZE jer terus sampai di Restoran Nasi Kandar Ketegaq ni.



Sampai2 jer Murni terus pi ushar lauk pauk dia. Firstly, Murni suka sangat presentation lauk pauk yang terhidang dengan kemas & elok..selalunya kalau kita duk pi makan nasi kandar dekat kedai mamak memang comot..Kebetulan pulak masa kami sampai tu masih awal lagi dalam pukul 12tghari jadi lauk pauk pon baru siap hidang dan belom diserbu pelangan lagi. Jadi lauk2 masih banyak. Sebab tu kawan Murni pesan datang awal kalau lambat nanti lauk habis jangan menangis tepi meja. Ehehehe


Semasa memilih lauk untuk santapan tengahari tu Murni tau dah sebab apa kaunter ni tak comot sebabnya mereka dah asingkan lauk2 dan kuah2..maksudnya kita pilih lauk yang kita nak lepas tu baru pilih kuah..Murni sangat suka macam ni..mcm2 pilihan ada...nak sotong, udang, ikan, daging, ayam, telur, sayur semua ada...Tapi dari awal lagi masa dalam kereta Murni dah aim nak makan Sotong Buncit depa. Nanti satgi Murni tunjuk sotong yang Murni idam2 kan itu..sebelum itu kita jamu mata dulu naaa...

Ayam Goreng

Sosej

Sayur

Daging Sambal

Kerang Sambal

Ayam Madu

Sotong Saiz Biasa

Gulai Ikan

Kari Kepala Ikan

Daging Masak Hitam

Sotong Sambal

Paru2 Sambal

Gulai Kambing

Gulai Ayam Kampung

Ayam Bawang ( WAJIB cuba)

Sotong Buncit Besar (WAJIB cuba)

Sotong Buncit Bapakkkkk Besar ehehe

Telur Gulung ( Wajib cuba)

Telur Ikan

Telur Sotong


Alhamdulillah tercapai hajat nak rembat Sotong Buncit tu...tudia penuh pingan hoiii..Murni tambah lagi lauk Daging Sambal dan semestinya kuah campur banjirrrrr..jangan sangka mek Kelate tak pandai makan nasi kandar kuah banjirrrr tau..dah berbelas tahun duduk Penang rugi tak makan nasi kandar kuah banjirrr tau..hihihi.


Encik Suami pulak makan lauk Ayam Bawang dengan sayur kubis. Encik suami makan sampai berpeluh2. Murni sempat cubit semulut lauk ayam bawang dia. serius sedapnyaaaaaaaaaa...rasa dia lain dari nasi kandar yang selalu kami makan kat penang. Kuah bawang dia berpalut elok dengan ayam serta isi ayam dia lembut serta juicy dan perapan dia berasa sampai ke dalam isi ayam walaupon ayam dia agak besar. Selalu Murni makan kat Penang ayam bawang tak macam ni isi ayam dia liat. Nanti next time Murni nak makan Ayam Bawang pulak..dah janji dengan Encik Suami nanti nak datang lagi makan kat sini. InsyaAllah.


Anak2 pulak biasa laa tak makan pedas2..cukup sekadar ayam goreng dan ayam madu serta kuah yang tak pedas. Alysa asyik duk cakap "sedap laa ibu". Sampai Murni rasa malu kat orang sebelah..macam laa tak pernah makan sedap. Ehehe tapi betul laa budak2 tak pandai menipu.






Alhamdulillah hajat nak merasa keenakan Nasi Kandar Ketegaq dah tercapai. Kami makan sambil lap2 peluh...haha...sedap sangat weiiii...ada kawan2 yang tanya kat FB & Instagram Murni, kedai ni sedap betui ke?

Bagi Murni sedap laa sebab kena dengan selera Murni yang suka nasi kandar yang ada rasa manis2 sebab Sotong Buncit yang Murni makan tu dimasak dengan rasa manis sedikit sesuai dimakan bersama kuah kari campur. Memang sedappp!!! Ni bagi tekak Murni laa..anyway, tekak orang lain2 citarasa kan...Jadi kawan2 kalau nak tahu sedap dia tara mana mai singgah & rasa sendiri dan komen sendiri. Sebelum terlupa Nasi Kandar Ketegaq pon ada menyediakan food delivery. Boleh contact no dibawah:


Nasi Kandar KetegaQ Versi 2

No 10, Lebuh Zamrud, Taman Pekan Baru, 08000 Sungai Petani, Kedah

016-413 4886

https://maps.app.goo.gl/F59sN6kiRCKh2Ljn7

Beroperasi pada SETIAP HARI dari pukul 11:00 pagi hingga 11:00 malam 

Follow:



Artikel Menarik Yang Lain

3 ulasan

  1. geramnya tengok sotong buncit depa!!!! Nak jugakkkkk

    ReplyDelete
  2. tak pernah pi lagi..boleh pi makan sini nanti..tq for review

    ReplyDelete
  3. delivery kat kl boleh ka? hehe

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang