Pengalaman Buat Kitchen Cabinet Dengan SCI Cabinet

1:56 PM

Assalamualaikum..

Setelah hampir 2 tahun, harini tergerak hati nak menulis tentang Kitchen Cabinet kami yang kami ambik dari SCI Cabinet, Penang Branch (loni dah TUTUP). Sebenarnya bukan Murni tak nak tulis tentang KC kami tapi oleh kerana banyak sangat peristiwa yang menyakitkan hati. Sebenarnya Murni malas nak dedahkan pengalaman Murni ni tapi ini untuk kenanggan dan iktibar di masa hadapan. Sambil2 nak clearkan gambar dalam memory fon. 

Gambar Showroom
Sebenarnya silap kami juga kerana tergopoh gapah dan tak survey langsung tempat lain. Bila tahu saja rumah dah 65% siap mula laa kami buat perancangan. Setiap kali ada home expo dekat tempat kami terus kami pergi. Kami ingat kalau dekat Home expo dapat barang berkualiti dan harga pon murah. Sebenarnya kami silap. Huhuhu. Oka sebenarnya kami ambik pakej KC dengan SCI Cabinet ni masa Homedec April 2016. Macam2 kami beli disana. Dan kami bayar deposit sebanyak 1K jer dulu untuk KC ni dan pakej yang kami ambik pon harga RM8699 jer sebab rumah belom siap dan belum dapat actual size lagi. Boleh baca sini Homedec.


Ok setelah kami dapat kunci rumah pada tarikh 11.12.2017 (ingat sebab tarikh anniversary). Kami terus call SCI Cabinet dan mereka hantar seorang pekerja untuk tengok dan ukur dapur kami. Oleh kerana dapor rumah kami kecik ja jadi kami buat bentuk L shape jer. Pada 30.12.2017 kami ke SCI Cabinet Penang di Tanjung Bungah. (loni dah melingkup). In-charge person kat situ masa tu adalah Nicholas. Kami diminta memilih jenis material untuk wall base & wall unit KC kami. Untuk Wall Base unit kami pilih material High Gloss White dan Grey manakala wall unit kami pilih Crystal Glass White. 



Untuk table top pulak kami pilih Quartz Stone. Mula2 saya pilih warna putih juga tapi atas nasihat ramai saya pilih kaler kelabu sebab kalau warna putih cepat kotor. Kami juga ada buat penambahan dari pakej asal kami tambah built-in oven sebiji. 




Percuma Tray sudu
So total quotation bagi Kitchen Cabinet kami adalah RM16,935.00 termasuk GST. Yang peliknya SCI ni mereka kata bila kami dah bayar penuh baru mereka proceed order semua barang. Maka pada hari tu kami bayar pakai Kredit Card RM2k dan selebihnya kami akan bayar cash. Pada 16.01.2018 kami bayar cash RM13935. Tapi yang sangat2 menyedihkan 2bulan lepas full payment dibuat baru barang sampai. Dengan macam2 alasan kilang tutup sbb CNY laa..tak cukup pekerja laa..bayangkan kami duduk rumah kami takda dapur hampir 3bulan. Hari2 makan diluar kopak poket kami. Huhuhu.



Ini lay out dapur kami. Asalnya kami nak ambil tabletop quartz stone warna putih..last minit tukar warna kelab takut warna putih cepat kotor. Tapi betul laa memang cepat kotor walaupon kabinet warna putih kena berhati2..silap pegang ada laa kesan kunyit ke kari ke..huhuhu.





Kami sempat laa cuci2 mata di showroom SCI Tanjung Bungah (loni dah takde). Memang cantik dan exclusive. Hmmmm.






Okay, selepas 2 bulan lebih menunggu, pada 3.3.2018 lori datang hantar barang dulu. Dan bermula laa episod drama. Mereka hantar barang sikit2. Ada yang takde dan ada yang tersalah hantar. Macam oven kami beli yang fully digital tapi mereka hantar yang ada button pusing2 tu. Dan ada papan yang tak cukup macam2 laa..lepastu bila tanya bila tukang nak datang pasang pon berminggu2..alasan orang tak cukup tempahan banyak..walhal dah bayar full payment pada hampir 3bulan. Mau tak panas hati.










Nasib baik juga belom pasang haritu sempat laa kami cat dulu dapur ni. Pada 6.3.2018 baru laa tukang datang pasang. Murni ingatkan ramai yang datang rupanya seorang jer. Tapi dia kata memang di sorang jer pasang sebab dapur ni jenis modular..pasang siap. Dan 2 hari ni masih tak siap sebab pintu2 kabinet ni kilang tak sempat siapkan. Kena tunggu lagi seminggu atau 2 minggu lagi bila pintu tu sampai dia akan datang pasang. Bagi Murni takpe laa takde pintu asalkan ada dapur & sinki boleh laa kami masak megi kaa basuh tangan ka..huuhuhu 





Mula2 dia pasang rangka table top dulu. Tukang ni memang cekap dan teliti. Puas hati dengan hasil kerja dia. Mujur la dapur ni jenis modular..sebab kami dah siap pasang vinyl floor. Lakau yang jenis simen2 bagai memang mati laa kotor laa rumah kami.






Okay sekarang pasang rangka wall cabinet pulak. Untuk pasang rangka ni makan masa 2 hari juga laa. Terpaksa laa ambik cuti untuk tengok dia pasang.


















Okay kerangka dah siap. Lagi 2 hari orang mereka akan datang lagi untuk ukur Quartz Stone table top. Dan makan masa seminggu lebih juga untuk siap tempah Quartz Stone tu. Jadi terpaksa laa menunggu dengan sabar. Tapi bersyukur juga laa sebab dah boleh pasang water filter..kalau tidak sebelum ini kami terpaksa masak air sendiri atau beli mineral water jer. Sadiss sangat.




Akhirnya penghujubg bulan 3 2018 baru laa KC kami siap sepenuhnya. Tu pon masih ada part yang tak ok pemasangan x betul dan ada satu papan yang tak cukup sebab mereka guna papan yang laminate tu untuk lapik table top sebab papan utk table top tak cukup masa tu. Jadi mereka guna dulu papan yang laminate. Katanya nak ganti baru tapi sampai sekarang takde dan kami pon malas dah nak minta sebab takde sapa nak layan permintaan kami. Salesman Penang pon dah resign masa tu. Anggap laa takde rezeki kami dan ada part yang rosak pon kami x claim sebab memang takkan dapat. Buat sakit hati jer bila wasapp & email SCI HQ mereka tak reply.





Seminggu selepas KC ni siap, Dishwasher kami pon sampai. Alhamdulillah lengkap dah dapur kami walaupon kecil tapi memenuhi permintaan kami sekeluarga. Lepas ni tak payah dah sental2 pingan mangkuk cawan periuk belanga sumbat jer dalam Dishwasher ni. Dan masa Murni menulis ni dah hampir 2tahun dah pakai Dishwasher ni dan sangat2 meringankan kerja dapur Murni. Dishwasher ni kami letak tepi sinki di bawah mesin Cuckoo sebab ia perlukan drain macam mesin basuh dan guna air paip sama dari sinki. Nanti lain kali Murni tulis review tentang dishwasher ni. InshaAllah.





 Selepas beberapa minggu baru Murni perasan pintu kabinet atas Murni yang kaca tu warna putih dia berbeza. Mula2 Murni ingat sebab cahaya lampu. Bila perhatikan betul2 memang ada pintu yang warna putih tu kekuningan sedikit. Baru Murni ingat haritu Nicholas ada cakap mereka silap bawa pintu lain stok lama. Jadi mereka kata nak bawa balik ke kilang untuk tukar atau buat baru. Rupanya dia bohong dan pasang juga pintu yang ni. Memang jelas sekali stok lama sebab dekat bahagian dalam ada deffect macam tahi lalat.






Murni ada juga report dekat salesman tu dan dia kata dia dah resign dan suruh Murni contact Shiela SCI KL untuk report tentang perkara ni. Tapi bila whasapp tak reply. Jadi kita paham2 laa. Memang takde rezeki laa. Jangan harap laa mereka akan tukar pintu baru. Sedangkan nak pasang hakni pon makan masa dekat 3 bulan padahal dah buat full payment. Bukan sedikit tau dekat RM17K kami habis tapi ini hasilnya yang kami dapat. Takpe laa mungkin rezeki kami. Dan beberapa bulan selepas itu kami ada lalu dekat Tanjung Bungah dan nampak showroom SCI Cabinet situ pon dah takde. dah lingkop kot. Hmmm. Memang menyesal sebab silap kami tergopoh gapah terus bayar booking masa expo Megahome. Padahal banyak jer company hebat2 yang pakar dalam KC ni. So sape2 yang teringin nak buat KC ke atau ambik service dari SCI Cabinet ni baik selidik betul2. Takut terkena macam kami. Tapi Murni puji dia punya material sangat berkualiti dan bagus. Sesuai dengan harga dia. Sekian.































Artikel Menarik Yang Lain

2 ulasan

  1. eh..geramnya baca review murni ni..org bkn byr 2 3 ratus..puluh2 k kot..kerja dan material macam apa ntah..huhu..sabar la murni. ada rezeki lebih tukar yg lain..:)

    ReplyDelete
  2. Thank you for sharing experience. sangat membantu untuk orng yg tengah survey barang design rumah dan dapur..

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang