SNP Prep Cicaronic Merawat Kulit Wajahku yang Rosak | SNP PREP CICARONIC Review

11:55 AM

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. 


Sejak munculnya pandemic Virus Covid19 rutin kerja Murni terus berubah. Murni bekerja di tempat awam maka pemakaian penutup muka (face mask) adalah diwajibkan. Dan sejak itu Murni dapati kulit muka Murni semakin hari semakin kusam dan muncul pulak pigmentation (jeragat). Murni sangat risau. Walaupon Murni kerap menukar face mask dan mencuci muka. Kulit muka Murni still makin teruk sehingga ada juga jerawat yang besar muncul. Jadi Murni cuba survey mencari apakah produk yang terbaik yang ada dipasaran untuk menyelesaikan masalah Murni ni. Murni tak suka beli sembarangan produk sebab kita haruslah memilih produk yang terbaik dan bersesuaian dengan kulit wajah. Apa yang penting kita perlu tahu kandungan ramuan dalam produk tersebut.Adakah ianya benar-benar selamat digunakan dan pilihan tepat untuk kegunaan kita sebagai pengguna.


Murni ada baca banyak review dari pecinta produk Korea bahawa produk dari SNP sangat bagus untuk merawat kulit muka yang bermasalah. SNP (Science, Nature, Purity) adalah jenama perawatan kulit terbaik dari Korea yang memperkenalkan konsep Cosmeceutical yang mana menggabungkan konsep kosmetik dan farmasentikal. Selain itu, SNP (Science, Nature, Purity) memberikan solusi optimal untuk kesihatann kulit dengan memperkenalkan formula hypoallergenic yang bagus untuk kulit sensitif.


Kebetulan pula SNP ada mengeluarkan 2 jenis produk yang popular iaitu SNP Prep Peptaronic dan SNP Prep Cicaronic. Berdasarkan kondisi kulit muka Murni, Murni memilih untuk mencuba SNP Prep Cicaronic yang diformulasikan untuk merawat kulut sensitif dan berjerawat. Tapi boleh juga digunakan untuk semua jenis kulit.



Untuk pengetahuan semua, CICA + RONIC adalah ringkasan daripada dua perkataan iaitu Centella asiatica dan  Hyaluronic acid. Seperti yang kita maklum Centella Asiatica dalam dunia perubatan sememangnya sangat popular dalam merawat kerosakan kulit. Manakala  dengan 3 jenis ’Hyaluronic Acid’ mampu memberi kelembapan kepada kulit lebih 1000 kali lebih hebat. Produk ini sememangnya bagus terutama bagi mereka yang mengalami masalah kulit seperti jerawat, kulit sensitif dan sesuai untuk semua jenis kulit muka.

Terdapat 5 produk SNP Prep CICARONIC yang boleh korang cuba, iaitu:-

  • - Cicaronic Cleansing Foam
  • - Cicaronic Toning Essence
  • - Cicaronic Soothing Cream 
  • - Cicaronic SOS Ampoule
  • - Cicaronic Daily Mask

Siri penjagaan wajah terbaik sebagai penyelesaian untuk menenangkan (soothe) dan memulihkan (restore). Dengan 6 jenis peptida dan juga vitaliti untuk kulit lebih cerah dan muda.

Cicaronic Cleansing Foam


Gabungan hebat trio Cica Trio dan Triple Hyaluronic Acid yang sangat membantu melegakan (soothing) dan melembapkan kulit. Ianya dapat membersihkan sehingga dalam (deep cleansing) dan apa yang menarik kita akan rasa lebih segar setiap kali menggunakannya.

Cicaronic Toning Essence


Murni memiliki kulit jenis kombinasi sejak usia remaja lagi kulit wajah saya memang berjerawat. Jadi saya memang suka amalkan pemakaian toner. Dan kini saya beralih kepada "toning essence" yang boleh bertindak sebagai hydrating toner. 

Didatangkan didalam botol bersaiz 220 ml berwarna hijau transparent dengan penutup berbentuk flip. Jadi mudah untuk mengawal amaun yang dihendaki setiap kali penggunaannya. Cara penggunaannya, saya hanya 'tap' 'tap' di ke seluruhan bahagian wajah. Samada menggunakan tisu muka ataupun hujung jari yang bersih.

Cicaronic SOS Ampoule




Murni suka dengan kemasan ampoule yang bersaiz 1.5ml ini. Dengan formulasi Centella Asiaticabagus untuk melegakan kulit sensitif dan mampu merawat kulit berjerawat. Sekain itu, kandungan Hyaluronic Acid juga dapat melembapkan kulit. 

Teksturnya cecair dan jernih. Saya menggunakannya selepas pemakaian toner. Boleh digunakan keseluruhan wajah ataupun hanya di bahagian yang bermasalah seperti jerawat, parut dan sebagainya. Teksturnya sangat ringan cepat menyerap. Sangat praktikal untuk dibawa ke mana sahaja kerana saiznya kecil dan ampoule didalam pembungkusan tiub plastik yang tahan lasak. 

Cicaronic Daily Mask



SNP Prep Cicaronic Daily Mask ini adalah masker atau sheet mask yang berfungsi untuk melembabkan dan merawat kulit yang mempunyai masalah iritasi. Lebih menarik SNP Prep Cicaronic Daily mask ini boleh digunakan setiap hari. Murni memang teruja dengan mask sheetnya yang seperti serat kain agak nipis tapi sangat kuat teksturnya. Didatangkan bersama aroma seperti dedaun wangi yang cukup menenangkan.

Pakai setelah wajah dibersihkan dan diletakkan toner. Tempoh penggunaan dari 15 sehingga 20 minit. Relaks! Memang rasa beza selepas menanggalkan mask dari muka. Cecair dari mask masih bersisa di muka membuatkan terasa lembap dan lembut. Secara personal terasa wajah memakai serum selepas penggunaan sheet mask ini.

Cicaronic Soothing Cream


Sepertimana yang kita ketahui kekuatan siri SNP Prep Civaronic adalah dari segi formulasi bahannya yang mengandungi Centella Asiantica yang boleh melegakan, melembapkan dan memperbaiki tekstur kulit yang bermasalah.

Untuk SNP Prep Cicaronic Soothing Cream saya gunakan untuk bahagian kulit wajah yang bermasalah. Contohnya anak saya Yana yang mempunyai jerawat di muka beliau akan meletakkan di kawasan tersebut. Manakala saya yang mempunyai bekas jerawat yang meninggalkan parut, jadi saya hanya fokus untuk bahagaian tersebut.

Review Peribadi SNP Prep Cicaronic

Setelah lebih 2 minggu Murni menggunakan SNP Prep Cicaronic Murni dapat rasakan perubahan ketara pada kulit wajah Murni. Kalau dulu kulit terasa kering sekarang dah rasa sedikit lembab dan lebih anjal. Kawasan yang berpigmentasi pon dah pudar dan jerawat dah kecut dan tak timbuh lagi. Murni sangat2 berpuas hati dengan produk SNP Prep Cicaronic ni. Alhamdulillah.



Kalau kawan2 juga ingin mencuba SNP Prep Cicaronic, boleh dapatkannya di rangkaian Guardian seluruh Malaysia. 


Maklumat lanjut mengenai SNP Prep Cicaronic Skincare ⤵️


Facebook : www.facebook.com/snpmalaysiaofficial
Instagram : www.instagram.com/snpmalaysia


#snpmalaysia #kbeauty #prepandglow #cicaronic

















 


Artikel Menarik Yang Lain

19 ulasan

  1. wah nampak perbezaan tu kak murni pakai... packing barang dia pun lawa

    ReplyDelete
  2. Berbelit juga lidah nk sebut poduk ni n nampak sesusi fgn awak bole la teruskan kan.?

    ReplyDelete
  3. Thanks for sharing these amazing skincare products that could potentially help a lot of people with skin problems. This product looks like it could endow one with flawless complexion.

    ReplyDelete
  4. cantik lah skincare SNP ni. Tertarik dengan Cicaronic SOS Ampoule tu macam best je bila pakai.

    ReplyDelete
  5. Betul Murni, memang penting nak tahu ingredients skincare kita to make sure it safe..tahniah dah jumpa yang sesuai dengan kulit ☺️

    ReplyDelete
  6. Memang nampak beza selepas penggunaan. Alhamdulilah serasi dengan Murni. Kena amalkan sentiasa dan jaga kesihatan sekali

    ReplyDelete
  7. suka tengok color dia produk ni, packaging pun cantik. memang puas hati bila bila kulit muka makin cantik :)

    ReplyDelete
  8. nampak ada perubahan yang bagus! terbaiklah. Bolehlah amalkan selalu bila mana dah serasi Btw SNP tu ingat ke Siti Nurhaliza Production hehe. :)

    ReplyDelete
  9. Wah satu set.. Senang boleh dapatkan dekat guardian. Tengok perubahan murni pun nampak berkesan.. Rasa terpengaruh juga ni.. Hehee.. Ampoule nya nampak best pualk

    ReplyDelete
  10. Wahh.. ketara betul perbezaan sebelum dan selepas tu. Testimoni yang bagus. Mesti cuba ni.

    ReplyDelete
  11. Jeragat memang nampak kurang tu..boleh la sy try. Tengah cari produk untuk jeragat jugok ni

    ReplyDelete
  12. Pernah guna produk ni. Memang best esp yang ampoule tu...mmg rekomen

    ReplyDelete
  13. Walau pertama kali mendengar nama produk ni, tapi set lengkap dia Sis suka betullah, siap semua all in one, so tak payah susah nak guna pakai produk lain kann..

    ReplyDelete
  14. No wonder your skin flawless! I also using this SNP Prep Cicaronic set of skincare. love it so much

    ReplyDelete
  15. Yeah,, Nell pun guna rangkaian produk ini dan terbukti sangat berkesan kan.. nampak sangat perbezaan before dan after penggunaan SNP ni... sangat puas hati taw...

    ReplyDelete
  16. Bagus jgk produk dari SNP ni npk berkesan kulit tu

    ReplyDelete
  17. Rasa nak try this SNP, been seeing so many good reviews of it! My skin is popping up with pimples lately.

    ReplyDelete
  18. this seems like a very good products to have at home ... nak cantik jugalah

    ReplyDelete
  19. This looks like such a beneficial and good product and i love how your skin looks after using it. Can’t wait to buy one for myself!

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang