Perjuangan Richworks 2021 | Komited Bantu 605,000 Bangsa Usahawan Bangkit Semula Selepas Pasca Pandemic dan Bencana Alam

7:30 PM

 Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Alhamdulillah kita dah hampir setengah bulan berada dalam tahun 2022. Tetapi bagi Murni tahun 2021 adalah tahun yang paling mencabar dan meninggalkan beribu kenangan pahit manis. Mana taknya kita terpaksa menghabiskan separuh rtahun 2021 dengan PKP dan pada penghujung tahun 2021 pula kita digemparkan dengan berita banjir buruk yang telah melanda beberapa negeri di Malaysia. Bukan setakat mangsa kehilangan harta benda tetapi ada juga mangsa yang kehilangan ahli keluarga. Ada kawan lama Murni pon mengalami kerugian sekitar 1.5 juta ringgit apabila 3 buah kedai pakaian miliknya tengelam sampai paras bumbung dan tiadasatu barang pon dapat diselamatkan. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. 

Jadi Murni sangat memahami perasaan orang ramai termasuk golongan peniaga dan usahawan yang sangat terkesan dalam mencari rezeki untuk meneruskan hidup. Disebabkan kesusahan rakyat ekoran pandemik dan banjir ini, RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) tampil ke hadapan untuk memberi sokongan kepada orang ramai yang terjejas supaya tidak putus asa untuk bangkit semula.


RICHWORKS KOMITED BANTU 605,000 BANGSA USAHAWAN BANGKIT SEMULA

Melihat situasi ini, ramai golongan usahawan yang terjejas dan terkesan dengan ujian Allah, RichWorks tampil membantu sama-sama meringankan beban masalah mereka. Richworks prihatin ingin membantu orang ramai melalui program-program percuma mereka dengan memberi tunjuk ajar dan kekuatan kepada orang ramai dalam soal keusahawanan.

Sebenarnya RichWorks juga terkesan dengan pandemik dan banjir ini apabila Pengasas RichWorks, Datuk Wira Dr Azizan Osman bersama 31 ahli keluarganya dijangkiti COVID-19. Alhamdulillah Dr Azizan kembali sihat dan menjalankan 7 program percuma bersamaan 98 jam masa selepas keluar hospital dalam memberikan tunjuk ajar dan kekuatan kepada orang ramai dalam soal keusahawanan.

Dr Azizan berkata, beliau akan menggunakan sebaiknya peluang kedua yang diberi Allah SWT untuk memberikan lebih lagi kepada bangsa usahawan terutama dalam bimbingannya. 

Pada tahun lalu, RichWorks membuktikan bahawa sokongan mereka dalam membantu 605,000 usahawan bukan omong kosong. Buktinya, RichWorks telah melaksanakan pelbagai inisiatif termasuk 13 program percuma, business bootcamp, business academy, RichWell dan lain-lain.

Anda semua boleh saksikan sendiri perjalanan Richworks pada tahun 2021 melalui youtube ini:


TENTANG RICHWORKS

Untuk yang belom mengenali #RICHWORKS ni adalah syarikat bimbingan dan latihan keusahawanan terbesar dan paling berjaya di Malaysia khususnya dari segi penjenamaan & pemasaran serta kepimpinan.

Sejak 2008, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman dan menarik lebih daripada 1,500,000 peserta dalam lebih 1,500 acara dan seminar live dan dalam talian (virtual online). 


Dengan rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring, RichWorks berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya dalam tempoh 6-24 bulan.

Visi RichWorks adalah menjadi 'Netflix' Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian - RichWorks.com untuk Inspire, Educate & Add Value kepada komuniti di seluruh dunia.



Pengiktirafan Kerajaan Bagi Program Wanita Bangkit Berniaga (WBB)

Salah satu program RichWorks dalam membantu para wanita dalam bidang keusahawanan iaitu Wanita Bangkit Berniaga (WBB) disambut baik apabila disebut dalam Dewan Rakyat sebagai rakan kolaborasi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.




Selain itu, Kempen #RichWellBantu berjaya mengumpulkan RM501,497 untuk bantu lebih 2,000 keluarga pada bulan Julai lalu melalui Pertubuhan Kebajikan RichWell (RichWell).

Menurut Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd, "Tidak berhenti di situ, sumbangan kilat berjumlah RM500,000 dikumpulkan daripada usahawan kami dan RichWorks sendiri dalam 24 jam bagi mangsa banjir di Selangor pada 18 Disember tahun lalu."


Menurut Radz, RichWorks bersama ahli Titanium & Spire turut menyumbang sebanyak 762 ekor kambing dan 84 ekor unta bernilai RM 824,160 dalam ibadah korban kali ini.

Selain itu, ahli Titanium dan anak didik RichWorks juga menaja 9 pelajar ke Tarim Yemen dengan sumbangan sebanyak RM180,000 sempena Maulidur Rasul.

Dalam pada itu, syarikat bimbingan dan latihan pembangunan usahawan paling berjaya di negara ini tetap meneruskan misi dalam membangun dan mengembangkan usahawan ke tahap lebih tinggi.


Alhamdulillah pada tahun lalu, jumlah keseluruhan peserta mentoring RichWorks iaitu Titanium, Spire dan EliteX berjumlah 1,855 orang dengan jualan terkumpul RM3.7 bilion.

Bagi ahli Titanium saja, sebanyak 312 usahawan berjaya hasilkan RM3.2 bilion, RM495 juta (519 ahli Spire) dan RM46.9 juta (1,024 ahli EliteX).

Melalui program bimbingan Spire kami yang menyediakan usahawan capai jualan RM1 juta pertama setahun, sebanyak 72 usahawan berjaya mencapainya.


Bukan itu saja, 77 bisnes di bawah bimbingan RichWorks mencapai jualan lebih RM10 juta, lima bisnes (RM50 juta ke atas) dan lima bisnes (RM100 juta ke atas) pada 2021.

Syukur atas kejayaan dan ujian dihadapi 2021 lalu, itulah sedikit sebanyak perjalanan RichWorks yang kami usahakan dan akan dipergiatkan lagi tahun baru ini, insyaAllah.



Moga usaha RichWorks http://www.richworks.com/ untuk membantu lebih ramai bangsa usahawan dan misinya akan dipermudahkan dan diberkati oleh Allah SWT.

Kesimpulannya:

Setiap ilmu yang ditimba perlukan panduan dan mentor untuk terus maju ke hadapan. Sebagai manusia, jangan pernah putus asa dan ambil peluang yang boleh dicapai dalam mengubah masa depan yang lebih baik.

Kepada anda yang ingin menceburi bidang keusahawanan, ambil peluang yang diberi oleh RichWorks dan usaha untuk menaik taraf hidup supaya senang dan boleh bantu ramai orang lain yang memerlukan.

Semoga segala usaha dan tindakan kita pada tahun baru ini dipermudahkan dan tercapai segala impian. Sentiasa berazam yang kita bangkit untuk diri sendiri, keluarga dan orang yang lebih memerlukan. In sha Allah. Rezeki pasti ada. Yang penting, usaha, doa dan tawakal. Aamiiin!

#RichWorks #RichWorksAcademy #PerjuanganRichWorks #PerjalananRichWorks2021 #UsahawanJutawan #BitersXRichworks


















Artikel Menarik Yang Lain

1 ulasan

  1. Tahniah buat team RichWorks dalam membantu dan membimbing para usahawan. Moga terus maju jaya.

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang