Ramadan Buffet 2022 Senandung Rasa By The Sea | The Tamarra By Irama Dining, Penang

12:03 PM

Assalamualaikum..

Harini dah masuk minggu kedua kita berpuasa. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Minggu pertama puasa Murni banyak berbuka di rumah. Tapi bila dah masuk minggu kedua ni rasa nak tukar selera laa nak cari tempat makan ang sedap2. Selain dari hotel, dekat Penang ni terdapat banyak restoran yang menyediakan buffet berbuka puasa sepanjang bulan Ramadan ni. Dan Murni berpeluang berbuka puasa di salah satu restoran yang cantik dan ada disediakan ruang makan outdoor betul2 tepi laut. The Tamarra By Irama Dining nama tempat ni. Sebenarnya The Tamarra ni baru jer beroperasi. Tapi untuk kali pertama pon kami sudah berpuas hati. Dan sangat2 mendapat sambutan ramai. Tak percaya mai Murni tunjuk menu apa yang ada dekat Buffet "Senandung Rasa By The Sea" di The Tamarra By Irama Dining, Penang ni. 



Pembuka Selera

Istimewanya The Tamarra ni mengenengahkan masakan melayu yang memang terkenal sedap sesuai dengan tekak kita orang Melayu. Memang sedap dan terbaik. Firstly Murni sangat teruja melihat ada bahagian Nasi Kerabu. Terubat kerinduan pada kampung di Kelantan yang semestinya nasi kerabu adalah menu pilihan kalau dikampung. Dan terus terang nasi kerabu dia sangat2 perfect dengan adanya solok lada yang sedap. Disamping itu terdapat pelbagai jenis kerabu yang sedap2 seperti kerabu mangga, kerabu ikan bilis, kerabu daging, kerabu sotong dan banyak lagi. Yang pasti semua sedap sedap belaka. Deleras terus terbuka hihihi.











Menu Utama

Di bahagian menu utama terdapat pelbagai lauk pauk yang sedap. Sampai harini masih teringat kesedapan ikan pari asam pedas, gulai udang galah, itik salai masak lemak, ketam masak sambal dia memang sedap dimakan bersama nasi beringin. Kalau yang suka nasi briyani kambing dimakan pulak bersama kuah dalcha dan ayam berempah memang berselera sungguh. 















Live Action Stall

Selain dari meja makan dalam restoran, di The Tamarra ni kita boleh menikmati juadah berbuka di luar di tepi laut secara open air. dekat sini juga ada live band yang akan menghiburkan kita sepanjang majlis berlangsung. Kalau makan kat sini lagi dekat dengan live action stall seperti stall kambing golek, BBQ, kebab, satay, stall goreng-goreng, stall gulai kawah, stall sup & celoq2, stall cendul & ABC. Paling best kat sini ada ABC durian yang fresh. Memang wajib cuba tau.


















Dessert / Pencuci Mulut

Melengkapkan juadah berbuka puasa kita di The Tamarra by Irama Dining ni nadalah dessert dia yang super duper sedap. Disamping kuih muih tradisonal melayu yang menyelerakan. Pilih jer yang mana berkenan. Memang puas hati.


















Minuman dan buah-buahan. Pelbagai jenis minuman dan buah-buahan yang segar. terbaik laa..




So kawan2 kalau yang berada di Penang dan nak rasa juadah berbuka puasa di The Tamarra By Irama Dining ni boleh rujuk info dibawah ya. Terima Kasih.


"Senandung Rasa By The Sea" Buffet Ramadhan
The Tamarra By Irama Dining

RM98.00nett (adults), RM78.00 nett (senior citizen), 50% discounts (children 6-12y/o) 

Bermula 7 April - 1 May 2022
7.00pm - 10.00pm

Untuk tempahan (call/whatsapp) 

011-12487582

Facebook : The Tamarra by Irama Dining

Instagram : the_tamarra


Alamat :The Tamarra by Irama Dining , 36A Jalan Sultan Ahmad Shah , 10500 George Town , Penang
(bersebelahan dengan bangunan KWSP)





Artikel Menarik Yang Lain

0 ulasan

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang