Projek Amal Anjuran Projek Blogger Utara | Feed The Homeless Di Masjid Kapitan Keling, Pulau Pinang

1:37 PM



Assalamualaikum dan apa Khabar semua???


Alhamdulillah pada akhir bulan Januari baruni buat pertama kalinya team Projek Blogger Utara telah membuat satu Projek Amal iaitu Feed The Homeless bertempat di Masjid Kapitan keling Pulau Pinang. Tujuan utama projek ini adalah untuk beramal sambil menjalankan aktiviti2 sosial dan berblogging. Memang kami teruja sangat2. Dari awal lagi kami telah membuat perancangan rapi dan mengumpul dana. Dan salah seorang dari team kami iaitu Kak Sha hampir setiap mlm minggu turun padang ke lokasi untuk memastikan kawasan manakah yang paling ramai gelandangan berada. Dan setelah dikenalpasti tempatnya adalah di area Masjid Kapitan Keling, Georgetown Penang.









Murni memang dari dulu teringin sangat nak join projek amal macam ini. Nak merasa sendiri pengalaman dan melihat kehidupan golongan gelandangan ini. Tapi pada malam tu hajat tak kesampaian pulak untuk menyertai team @projekbloggerutara kerana Alysa dan Danish tak berapa sihat. Lagipon Program ini bermula agak jauh malam kerana dimasa itulah ramai gelandangan akan keluar dan ada yang berkeliaran di tempat2 awam seperti bus stop dan di area Masjid Kapitan Keling, Pulau Pinang. Walaupon Murni tak dapat sertai mereka tetapi hati Murni tetap bersama mereka. Bila melihat gambar2 yang mereka hantar dalam group whatsapp dan update dalam FB & IG @projekbloggerutara terasa sebak dihati ini..


























Kebetulan pulak pada hari tu adalah Hari Lahir anak Kak Sha si Boboboy yg ke-4, maka team Projek Blogger Utara terus celebrate laa Birthday Boboboy pada malam tu..Tengok tu betapa seronok Boboboy nak blow candle. Memang kalini Kak Sha celebrate birthday anaknya dengan penuh kelainan laa kekdahnya..Ape2 pon semoga Boboboy membesar dengan sihat dan ceria gini sokmo..Aamiiin!


















Alhamdulilah projek ini berjalan dengan baik dan dipermudahkan. Insyallah lepas ini akan ada lagi projek amal yg akan dianjurkan oleh team @projekbloggerutara. Sesiapa berminat untuk join atau memberi sumbangan boleh like page fb/ig kami @projekbloggerutara untuk sebarang maklumat program yang akan datang.







Akhir sekali Murni nak ucapkan terima kasih pada yang memberi sumbangan. Terima kasih juga kepada team @projekbloggerutara dan juga our family members yang lain kerana bertungkus lumus menjayakan projek amal ini. Tahniah juga diucapkan kepada Semua..













Artikel Menarik Yang Lain

10 ulasan

  1. alhamdulilah... entri masih tersimpan dalam draf hahahahha aduhhh la

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..bgus kak ada projek mcm ni..

    ReplyDelete
  3. Alhamdullilah..lepas ni boleh join sama..

    ReplyDelete
  4. hehehe.. ayat mula tu macam ku kenal..

    ReplyDelete
  5. tahnia korang semuaaaaa. tumpang bangga dan seronok. nanti insyaAllah kalau ada next event macam ni boleh join

    *semalam rasa macam ada komen. tapi tatau lekat ke tak komen tu huuuu

    ReplyDelete
  6. wei...asai gmbaq aku ja..gmbaq makan yg huduhhh..
    nampak nau makjem ni kaki makan

    ReplyDelete
  7. pergh.. bertambah maju dah sekarang ni.. tahniah2..

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang