ESCAPE Penang | Part 1 | Permainan | Harga Tiket
1:01 PM
Assalamualaikum..
Semalam Murni cerita pengenalan dan sejarah ESCAPE Penang. Harini Murni nak bawa masuk ke dalan ESCAPE Penang untuk melihat apakah keistemewaan ESCAPE ini berbanding tempat lain. Memang kita dah sedia maklum Escape ini mengamalkan konsep 100% permainan alam sekitar. Disini tiada peralatan yang menggunakan motor atau elektrik. Segala2 permainan adalah manual. Selain itu persekitaran juga adalah sangat semula jadi..Seolah2 kita berada di kampung yang menghijau..Sejuk dan nyaman..
Itik berkedek2 pon ada |
Ayam katik pon ada |
Rumput ditanam diatas bumbung supaya nampak menghijau |
Air hujan ditadah dan dimasukkan kedalam tempayan untuk digunakan semula |
Baverages |
tempat makan |
dalam bilik rehat pon ada bela ayam katik |
surau perempuan dan lelaki |
locker berkunci automatik |
untuk membuka locker kena ada boh password disini |
kedai cenderamata |
kedai cenderamata |
Lets Play in ESCAPE Penang
Monkey Business |
Gecko Tower |
Monkey School |
Jungle Swinger |
Go Ape |
A-Maze |
Balance Beam |
Tattoo |
Jumpin Jack |
Tubby Racer |
Dunk Tank |
Coco Climb |
Zoom Bug |
Flying Lemur |
Playroom kids |
Kite Flyer |
Akrobatic |
Atan's Leap |
Foxy Burrow |
Tarzan's Rope |
Discovery Dig |
Go Bananas |
Keselamatan adalah keutamaan kami.
Di ESCAPE Penang faktor keselamatan adalah sangat dititik beratkan. Hanya peralatan keselamatan yang berkualiti tinggi digunakan di ESCAPE.
Tarikan di ESCAPE dibina mematuhi garis panduan pemasangan ACCT (Association for Challenge Course Technologies ) Kursus Tali : Euro Piawaian Norm: EN 15567 Struktur-struktur Pemanjat: EN 12572
Dengan audit keselamatan dan jadual penyelengaraan yang ketat, semua tarikan diperiksa dan diselenggara setiap hari sebelum waktu operasi.
Walaupun begitu pihak ESCAPE tetap akan menasihati pelawat untuk mengikuti peraturan taman dan menggunakan akal fikiran untuk menghalang kemungkinan dari berlakunya kecederaan, ESCAPE juga mengambil tanggungjawab serius dan mengekalkan kemudahan perubatan di tapak untuk pertolongan cemas dan insurans.
peralatan keselamatan di ESCAPE Penang |
Do & Don't |
Peraturan Taman
- Sila patuhi arahan yang diberikan kepada anda oleh kakitangan ESCAPE Adventureplay.
- Para pelawat diberikan gelang tangan ID untuk tujuan pengesahan.
- ESCAPE Adventureplay berhak menafikan kemasukan pelawat ke taman tanpa memberi sebarang sebab. Disamping itu, ESCAPE juga berhak menyuruh pelawat berbayar meninggalkan taman jika mereka gagal untuk mematuhi peraturan keselamatan.
- Beberapa permainan mungkin tidak selamat untuk pelawat yang kurang mampu dari segi fizikal, atau mempunyai masalah kesihatan tertentu. Jika ragu-ragu, sila semak dengan doktor anda terlebih dahulu.
- Barangan berharga tidak digalakkan dibawa ke taman ESCAPE. Kami menyediakan loker untuk disewa jika pelawat perlu menyimpan barangan peribadi, walau bagaimanapun ESCAPE Adventureplay tidak akan bertanggungjawab jika terdapat kehilangan barangan peribadi samada disimpan dalam loker atau tidak.
- Abah-abah, topi keledar atau apa-apa peranti keselamatan yang disediakan adalah harta ESCAPE Adventureplay dan tidak dibenarkan untuk dibawa keluar dari Taman ESCAPE.
- Pelawat dilarang memotong barisan semasa beratur untuk permainan yang dikehendaki.
- Ibu bapa bertanggungjawab untuk menyelia anak-anak mereka pada setiap masa. Kanak-kanak di bawah 13 tahun harus ditemani oleh seorang dewasa untuk masuk ke taman.
- Tiket tidak boleh dipindah milik, tidak boleh ditukar untuk wang tunai, tidak boleh dikembalikan dan tidak sah jika diubah.
- Makanan & minuman luar tidak dibenarkan ke dalam ESCAPE Adventureplay. Binatang peliharaan tidak dibenarkan sama sekali ke dalam taman.
- Pada masa tertentu, ESCAPE Adventureplay berhak untuk menukar waktu operasi taman atau permainan, menutup taman atau mana-mana bahagian buat sementara waktu atau menghadkan jumlah kemasukan orang ke taman.
- Sila ambil perhatian bahawa pakaian dan barang kemas yang mempunyai potensi untuk menyebabkan tersangkut kepada pelawat atau kerosakan kepada peralatan tidak dibenarkan di beberapa permainan dan permainan.
- Barangan kaca, senjata api atau barangan berbahaya adalah dilarang sama sekali di dalam taman.
- Glassware, firearms or weapons or hazardous materials are strictly prohibited inside the park.
- Keselamatan pelawat adalah keutamaan kami. Meskipun pihak pengurusan mengambil langkah-langkah komprehensif untuk memastikan keselamatan pelawat, ESCAPE tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kemalangan yang mengakibatkan kecederaan atau kematian dalam taman.
- Sila ambil perhatian bahawa fotografi, rakaman video, rakaman apa-apa jenis untuk tujuan komersial adalah tidak dibenarkan jika tiada kebenaran dari ESCAPE.
- Merokok adalah dilarang di dalam taman ini kecuali di tempat yang tertentu.
HARGA TIKET ESCAPE SECARA 'WALK IN'
HARGA TIKET DAN CARA MEMBELI TIKET SECARA ONLINE
Kalau nak murah kita boleh beli tiket secara online dan dapat berjimat dalam 10% - 50%.. Banyak juga tu. Tempahan melalui online ini dapat dibuat selama tempoh setahun sebelum tarikh yang kita nak pergi..
Untuk menempah boleh klik sini Online Ticket Escape
Pilih kategori |
Pilih Adventureplay Day Ticket |
Pilih tarikh dan berapa orang |
Jika anda ingin dapat diskaun 50% seperti di dalam gambar, anda mesti tempah 3 bulan sebelum tarikh yang anda ingin kunjungi..Jadi cepat2 pilih tarikh anda sekarang..hehehe
Jangan risau kalau anda tersalah pilih tarikh atau ingin menukar tarikh kunjungan di atas sebab tertentu.. Anda boleh tukarkannya dengan klik CHANGE VISIT DATE atau klik gambar di bawah.. (tak macam Legoland Nusajaya Murni pernah tersilap boh tarikh booking terus tak dapat discount) huhuhu
Pilih Change Visit Date |
Tukar tarikh yang anda mahu |
Isilah tarikh baru yang dikehendaki ya..
* Tiket boleh ditukar tarikh tetapi anda akan dikenakan caj sebanyak RM5.30 bagi setiap tiket..
Bas Percuma untuk ke ESCAPE
Kita juga boleh menaiki percuma bas Rapid Penang bernombor 101 atau 102 ke ESCAPE Adventureplay dari 9:00 pagi - 06:00 petang
Naiklah mana-mana bas Rapid No. 101 atau 102 untuk ke ESCAPE yang ada selang 10 minit. Bayar dulu kemudian tebus tambang bas anda di pintu masuk ESCAPE nanti.
Usaha ini merupakan Inisiatif Hijau bersama oleh ESCAPE dan RAPID Pulau Pinang.
Info ini telah disunting dan gambar ilustrasi kredit daripada ESCAPE.my
WAKTU URUSAN ESCAPE ADVENTUREPLAY
ESCAPE PENANG
828 Jalan Teluk Bahang
11050 Penang, Malaysia
Tel : +604 881 1106
Fax : +604 881 3106
Email : info@escape.my
Website : escape.my
FB: escape.my
FB: escape.my
Operating hours:
Selasa-Ahad (Isnin Tutup) 9pagi - 6petang
10 ulasan
bila ekin pergi sini.... syok tengok tapi takut dang sampai xberani hahahhahaha
ReplyDeletetakpe nanti waterpark siap kita p lagi naa
Deletehahahhahah.... penang akak.. xtaw boleh pergi tak...
Deletennti klu balik kg di kedah, nak ajak adik2 n family pergi escape penang ni. tq kak murni atas info yg diberi.
ReplyDeletesama2..sblm pergi baik buat booking on9..boleh dapat disc 20-50% bergantung pada tempoh masa nak pergi tu..cepat buat plan dik
Deletebanyaknya diskaun dapat..hihi. ok bereh :)
Deletetak puas main... kena tunggu waterplay siap bru syokk
ReplyDeleteLegoland kalah teruk la kalau bab tiket diskaun gituuu opssss hikhikhik
ReplyDeleteSis kalau saya book tiket untuk oktober tetapi saya nak tukar ke bulan august sebab adaa clash dengan schedule boleh ke? Masih dicas rm5.30 ke sebab jarak beza almost 2 months
ReplyDeleteKalau saya book tiket untuk bulan oktober tapi saya nak tukar untuk bulan august sebab ada clash dengan schedule. Kena bayar rm5.30 atau kena bayar harga asal ?
ReplyDelete