ESCAPE Penang | Pengenalan | Sejarah Penubuhan Escape Penang
3:01 PM
Assalamualaikum...
Pada 13-02-2016 merupakan hari bertuah Murni bersama team Projek Blogger Utara dan Blogger jemputan kerana telah mendapat jemputan dari pihak ESCAPE Adventure Penang untuk merasai sendiri pengalaman berADVENTURE di ESCAPE Penang. Dan kebetulan tarikh tu adalah hari lahir Murni yang ke-34 (dah tua dah aku). Jom kita berkenalan dulu dengan ESCAPE Adventure Penang ini.
ESCAPE Penang |
ESCAPE Manager On Duty |
Ketibaan kami pagi tu disambut mesra oleh Manager On Duty iaitu Ms Winnie. Kami dibawa masuk dan dihidangkan dengan sarapan yang ringkas sambil mendengar briefing dari Mr. Sim Choo Kheng, Beliau merupakan The Founder and Chief Executive of Sim Leisure..Beliau merupakan pemilik syarikat yang telah banyak mereka dan membina taman tema di seluruh dunia selama berpengalaman selama 20 tahun.. Kini Sim Leisure merupakan salah satu konsultant taman tema di dunia yang berpangkalan di Dubai..
breakfast |
antara kejayaan Mr Sim |
Dibawah ini adalah antara kejayaan beliau bersama team syarikatnya. Ini baru sebahagian je tau. Masih banyak lagi projek yang beliau akan jalankan.
Antaranya kejayaan beliau adalah:-
Legoland, Denmark |
Aquapolis, Bulgaria |
Yas Island, Abu Dhabi |
ESCAPE next project (Waterplay & Tree Top Hotel) |
Jom kita baca pula asal usul tercetusnya idea untuk beliau membina ESCAPE ini.
Idea dan sejarah pembinaan ESCAPE
Idea penubuhan ESCAPE ini dicetuskan melalui inspirasi zaman kanak-kanak Mr. Sim Choo Kheng sendiri. Sebab itulah beliau menampilkan permainan menyerupai permainan yang ada pada zaman dahulu di ESCAPE Penang ini..
Sebenarnya Mr Sim dibesarkan di sebuah kampung di Pulau Pinang. Ini membuatkan Mr Sim mengetahui keseronokkan seorang kanak-kanak bermain di luar rumah bersama rakan-rakan dengan suasana alam semula jadi. Apabila kita semua makin dewasa dan berusia semua keseronokan itu makinpudar. Jadi Mr Sim tidak ingin melepaskan suasana kampong begitu sahaja..
Bagaimanapun, beliau sentiasa ingin membawa pengalaman dan keseronokkan ini pulang ke tempat kelahirannya iaitu Pulau Pinang..
Impian beliau untuk membina ESCAPE akhirnya menjadi kenyataan, bila Kerajaan Negeri Pulau Pinang ingin membina sebuah pusat tarikan pelancong untuk ke Pulau Pinang. Pada tahun 2009, beliau telah memenangi tender untuk membina ESCAPE di atas bekas tapak pejabat projek Empangan Teluk Bahang, Pulau Pinang..
ESCAPE berbeza daripada taman tema yang lain.. Ia mengubah daripada roller coaster dan juga fantasi yang menakutkan kepada yang lebih menyeronokkan.. ESCAPE banyak membawa kembali permainan zaman kanak-kanaknya pada masa dahulu kembali ke zaman kini..Itulah istimewanya ESCAPE Penang.
Tahukah anda yang kanak-kanak di zaman dahulu lebih aktif. Ini kerana kanak-kanak dahulu lebih kreatif untuk mencipta permainan sendiri, memanjat pokok atau berlari-lari di dalam kawasan kampong.. Kanak-kanak masa kini lebih suka menghabiskan masa dengan berada di depan gadget, laptop atau komputer secara bersendirian dalam mencipta keseronokkannya sendiri..
Ini bukanlah keseronokkan sebenar.. Ianya tidak bagus untuk mereka dari segi mental dan fizikal.. Ini merupakan salah satu penyebab banyak kanak-kanak kini obesiti, tidak aktif dan tidak bermaya..
Pihak Sim Leisure berpendapat mereka perlu membina ESCAPE bukan hanya daripada kata-kata tetapi melalui tindakan..Dan telah terbukti sekarang...
Dan ini
Pada 7 November 2012, ESCAPE Adventureplay telah dibuka kepada orang ramai.. Sambutan yang memberangsangkan ini membuatkan pihak ESCAPE telah membuat majlis perasmian pada 8 Disember 2012..
ESCAPE ini tidak hanya berakhir di ESCAPE Adventureplay, ianya kini dikembangkan lagi dengan ESCAPE Waterplay yang dijangka akan dibuka hujung tahun 2016 ini.. Seterusnya ia akan diikuti dengan Treetops Hotel pada 2017..
ESCAPE juga akan membuka cawangannya di Asia Tenggara dan Timur Tengah pada tahun 2016..
Misi ESCAPE adalah jelas dan tidak bercanggah untuk membina sebuah destinasi permainan yang menarik dan menyeronokkan dengan alam semula jadi yang berada di dalam fikiran dan mengalu-alukan pengunjung yang kini telah dewasa sebagai salah satu destinasi pilihan..
Okey sekarang korang dah tau kisah asal usul mengenai ESCAPE kan, nanti Murni akan sambung citer seterusnya iaitu pengalaman menarik kami ketika di ESCAPE Penang..Tungguuuu
Info ini telah disunting dan gambar ilustrasi kredit daripada ESCAPE.my
6 ulasan
bestnya apabila impian menjadi kenyataan =)
ReplyDeleteterbaik!!
ReplyDeleteterbaik penerangan mokcik
ReplyDeletepenat nak memikir ayat dan menaip.. huuu banyak lg entri T________________T
ReplyDeleteeh mok cik bab pokok2 yg bakal tebang tp dibawa ke escape xbg tahu eh
ReplyDeleteSyokkk nanti nak repeat lagi wehuuuu
ReplyDelete