Resepi Biskut m&m Senang dan Sedap

June 27, 2016


Assalamualaikum..



Mood beraya dah kami sekeluarga ni..

Malam tadi anak2 duk kalut ajak buat biskut raya..

Jadi Murni cuba buat biskut yang paling simple dan senang..

Yang pastinya anak2 suka..

Tau tak kenapa diorang suka???

Sebab ada coklat m&m tu..

Sambil tolong ibu letak m&m tu sambil masuk dalam mulut juga...

Sabar jer laa...hahaha




Bahan-bahan:

250gm buttercup (seketul)

1/2 cawan gula kastor

1 sudu teh esen vanila

1 bj telur kuning.

1 cawan tepung jagung 

1/2 cawan tepung kastard 

2 cawan tepung gandum 



Cara-cara :

Pukul mentega ( dikeluarkan pada suhu bilik) bersama gula sehingga putih dan berkrim.

Masukkan kuning telur, esen vanila. Kacau sehingga sebati.
Ayak ketiga-tiga jenis tepung (bertanda *). Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan sehingga menjadih doh yang lembut. Rehatkan seketika.

Masukkan doh ke dalam acuan dan tekan di atas loyang yang dilapik dengan baking paper atau digriskan dengan butter . Hiaskan dengan coklat m&m.

 Panaskan oven pada suhu 175 darjah celcius, masukkan kuih dan bakar selama 20-25 minit. (mengikut oven masing2)




Selamat mencuba!!!




Artikel Menarik Yang Lain

6 ulasan

  1. Ini mesti tak sempat raya dah habis.
    Apa nama cookies tu ?? :-)

    ReplyDelete
  2. biskut M&M ni memang laju kalau ada bebudak.. orang dewasa pun suka kutip M&M.. hahaha

    ReplyDelete
  3. part masuk mulut tu yang best ehehe.. sambil tlg sambil ngap..

    ReplyDelete
  4. Hihihihihi ekin buat seorang pun bab masuk kat mulut paling win

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang