Resipi Biskut Dahlia Simple dan Sedap
11:22 AM
Bahan:
300 (1 1/2 cawan) gram butter
120 gram gula aising
2 kuning telur
1 sudu kecil esen vanilla
200 gram (1 1/2 cawan) tepung kastard
100 gram (3/4 cawan) tepung jagung
240 gram (2 cawan) tepung gandum
coklat cip - untuk hiasan
papercup secukupnya
Cara-cara:
1. Pukul butter dan gula aising hingga kembang dengan mixer atau whisk. Tak perlu pukul terlalu lama kerana takut biskut semperit menjadi kembang.
2. Tambahkan kuning, telur, esen vanilla. Pukul hingga sebati dengan menggunakan mixer.
3. Tambahkan tepung kastard sedikit demi sedikit. Campur dengan menggunakan spatula hingga sebati.
4. Tambahkan tepung jagung sedikit demi sedikit lalu campur hingga sebati.
5. Terakhir, tambahkan tepung gandum dan campur hingga sebati dan menjadi doh yang lembut
6. Rehatkan doh selama 10 minit, masukkan dalam peti ais untuk rehatkan doh.
7. Masukkan doh ke dalam acuan terap bunga dahlia.
8. Terap dalam papercup dan hias dengan coklat chip.
9. Bakar dengan suhu 150 darjah celcius selama 20 menit lalu angkat dan sejukkan di atas cooling rack.
10. Apabila sejuk sepenuhnya, masukkan biskut dahlia ke dalam bekas kedap udara.
Selamat mencuba!!
3 ulasan
wow ! memang suka merah ea mok cik....
ReplyDeletedahlia ngan semperit rasa diorang sama kan ?
ReplyDeleteResepi sama macam semperit kan
ReplyDelete