SKYNET Kuantan Service Memang Teruk!!!!

October 08, 2016

Assalamulaikum...

Dari semalam Murni tak senang duduk coz Sakit hati dengan service Skynet Express ni (exspress la sangat) Siput vavi jalan lagi cepat ku rasa...


Sumber google



 Begini ceritanya, pada 29 Sept Murni ada order name card dari pixajoy.com untuk adik Murni yang belajar dekat UIAM, Indera Mahkota, Kuantan. Dan keesokan Murni tengok tracking pada 30 Sept dah Shipped (terbaiklah service dari Pixajoy.com ni sangat cepat). Maka berbunga2 laa hati adik Murni kerana dia perlukan name card tu untuk Booth Keusahawanan di UIAM pada 8&9 Oct (harini la).




Tapi malang sekali sampai ke harini 8 Oct pon barang tu belom diterima oleh adik saya. Bila check tracking ada 5 problem. Alahaiiii dalam Kuantan sendiri pon ambik masa lebih seminggu dari 1hb Oct sampai 8hb Oct tak sampai2 lagi!!! Express kejadahnyer????? Agak2 kalau kawan2 kat tempat Murni kawan2 ape kawan2 rasa??? Kalaulah barang tu urgent nak pakai macam mana??? kalau produk untuk kesihatan agaknya mati dulu baru nak sampai kot.. Dan kalau produk makanan agaknya basi dulu atau berulat baru nak hantar kot..atau tak hantar terus....





Ok mesti kawan2 tertanya2 kenapa tak call mereka??? Murni dah call 5kali dan adik call sekali. 

Ok  Problem 1: pada 1hb memang betul office UIAM tutup (masih boleh accept)

Problem 2: pada 4hb dia kata info-required (ape lagi info yg diorang nak?? alamat dah ada..no fon dah bagi tapi tak call pon!!! ok pd 5hb adik Murni ada call dan bg mereka details dan dia pihak Skynet Kuantan bagitau nanti petang hantar tu. Ok adik masih tunggu..Tapi tak sampai2. 

Problem 3: pada 6hb Murni check tracking dan nampak pd petang 5hb dia tulis komen under ODA (maksudnya diluar kawasan) Terus Murni telefon tanya. Staff diorang bgtau UIAM ada banyak kat Kuantan tu,  Kampus Indera Mahkota, Kampus Pekan & Kampus Gambang..Menurut beliau Kampus Gambang adalah diluar kawasan. Dan parcel ni penghantaran diluar kawasan. Padahal dah tertulis jelas alamat di UIA Indera Mahkota..Sabor jerlaa. Dan dia kata diorang akan hantar semula pada 7hb.

Problem 4: Pada 7hb sekali lagi Skynet Bodoh ni buat pening. Check tracking katanya info-required pulak!!!! Kalini Murni dah hangin satu badan..kan alamat dah tulis jelas Kampus Indera Mahkota. Tak reti baca ke atau sengaja. Tak tahu kenapa tak Call??? No fon ada. Sekali lagi Murni Call dan bercakap dengan staff bernama Raz dan dia kata takpe petang nanti after office hour dia sendr nak hantar dekat adik saya. Sampai ke malam adik saya tunggu jagan kata barang nak dapat tapi call pon tak..janji ape ini


Problem 5: ini dia tulis..aku tak paham!!! SENDER/RECEIVER REQUEST FOR CHANGE OF ADDRESS OUT OF THE CURRENT BRANCH COVERAGE AREA. SHIPMENT WILL BE FORWARDED TO THE RESPECTIVE BRANCH.


Dan pagi td dlm pukul 9.30 Murni call macam2 alasan yang dia bagi dan katanya dalam pukul satu dia akan hantar kepada adik saya..masa saya tulis entry ni dah pukul 1.30tgh tapi masih takde ape2 berita dari adik Murni..nampak gaya memang kena kencing dah dengan satff Skynet Kuantan ni..Ahh malas dah nak layan..Murni pon dah lapar jom laa pergi makan...


Psst: Kepada peniaga2 ONLINE pls think twice before use the Skynet Service!!!! Lain la kalau korang jenis tahan maki. 


Mujur laa Murni selalu order Shaklee pakai Gdex, walaupon kadang2 buat pernagai tapi tak laa seteruk Skynet ni. Ini merupakan pengalaman pertama berurusan dengan Skynet dan harap2 kali terakhir la.

Sekian!!!!

Artikel Menarik Yang Lain

12 ulasan

  1. Yg baca ni pon rasa geram sama kak murni....sabor yer...

    ReplyDelete
  2. teruknya. smpai 5 problem. huhu. busyra penah skali guna skynet. lambat la jugak.

    ReplyDelete
  3. alhamdulilah nasib baik skynet dekat taman ekin ok tak ada masalah...

    ReplyDelete
  4. sabar ya kak murni.. kalau ekin ditempat akak pun marah kalau barang tak sampai

    ReplyDelete
  5. Skynet bukan kuantan je camtu Perlis ni sampai kena p cari barang kita kat ofis depa...

    ReplyDelete
  6. mmg btl2 buat kita hamgin klu mcm tu..huhu

    ReplyDelete
  7. ohoiii ! geramnyaaa baca... dok main pusing2 pulak

    ReplyDelete
  8. teruk betul ye... memang kene pulau la skynet pas ni kalau service cam hareeeeemmmm camni.. huh..

    ReplyDelete
  9. pakai pos malaysia je sbb diorg mmg dah biasa dengan alamat2 kat malaysa ni.. kalau order barang yg hantar pakai skynet, mesti diorg call dulu tanya macam mana nk pi ke rumah.. maklumlah, rumah saya dalam kampung, bukan tamana.. kadang2 susah sikit nk cari alamat guna nombor rumah.. hehehe

    ReplyDelete
  10. so far,sky net nieyl x penah kena lagi kak..tapi kalau poslaju dgn gdex memang selalu...

    ReplyDelete
  11. Mmg mcm hampeh skynet ktn. Dari budak htr brg sampai service counter. Bagi alasan tak sudah2. Lagi la bila alamat kampong, langsung tak pegi. Viral kan aje biar tutup terus company ni...

    ReplyDelete
  12. Anonymous09 May, 2017

    memang betul skynet kuantan bermasalah dgn delivery.. biasa kalau beli online selalu kena gi ambik sendiri kat jalan bukit ubi, kali ke 2 tu siap tlg cari brg kat tempat dia lagi.. sayang managemnt lost control walaupun berkali dikomplen

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang