Akhirnya iPhone 7 Plus Milikku...

8:41 AM

Assalamualaikum..



Harini dah masuk hari ke-5 Murni menggunakan BFF baru Murni ini. Banyak lagi yang perlu Murni explore dan biasakan. Sebelum ni Murni hanya menggunakan iPhone 5s. Sebenarnya iPhone 7 Plus ni adalah generasi yang ke-4 Murni gunakan. Mula2 sekali Murni guna Apple produk ni adalah iPhone 4, lepas tu iPhone 4s dan last baruni iPhone 5s...Murni duk cadang nak beli iPhone 6/6s jer..Tapiii terlajak ke iPhone 7 Plus pulak..hehehe






Sebenarnya tak telintas langsung di fikiran untuk beli iPhone 7 atau 7 Plus ni. Sebelum ni Murni hanya suarakan keinginan untuk tukar ke telefon yang memori besar sedikit kerana memori iPhone 5s Murni hanya 16GB dan selalu tak cukup memori kerana Murni suka sangat simpan gambar banyak2. Murni hanya bodek encik suami utk beli iPhone 6 atau iPhone 6s sahaja. Murni tak mahu telefon yang skrin besar sebab bila sekali sekala cuba iPhone 6 Plus encik suami tangan Murni rasa kekok kerana skrin iPhone 6 Plus adalah besar berbanding iPhone 6/6s.


iPhone 7 Plus 32GB Rose Gold





Tapi tu laa kalau rezeki tak kemana. Pada hari kejadian Murni ada kehilangan rantai kaki emas. Setelah puas mencari tak jumpa juga. Bagi mengubat hati yang luka encik suami ajak ke Tomei untuk gantikan rantai kaki yang hilang. Tapi Murni memang dah takde hati nak beli emas buat masa loni. Dan tetiba terkeluar di mulut "abang belikan saya iPhone 6s laa".."Lagipon iPhone 5s saya ni dah uzur". Tanpa berlengah suami pon buka laa segala website yang jual Pakej iPhone ni. Encik suami lebih terpikat pada model iPhone 7/7 Plus pulak. Dia kata harga pon lebih kurang jer...maka lepas kaji2 dan membuat kira2 encik suami kata "kita beli iPhone 7 plus ler yang".."Lagipon dia ada dual camera". Bila dengar kamera cantik ape lagi laju jer si Isteri angguk2..hehehe


iPhone 7 Plus (depan)


iPhone 7 Plus (belakang)


Akhirnya dalam banyak2 Pakej iPhone 7 kami masih memilih untuk ambik plan dengan Maxis. Sebenarnya kami memang pengguna Maxis Plan yang setia..hehehe. Sebelum ini Murni bayar rm128 utk 10GB. Kalau upgrade ke iPhone 7 Plus ni bill bulanan Murni hanya perlu tambah rm30 dan dapat 15GB data. Total monthly commitment Murni kena bayar kepada Maxis hanya rm158 + GST. Oleh kerana kami memang regular customer Maxis kami tak dikenakan upfront payment. Dah save laa kat situ..Masa kami nak beli pon stok untuk iPhone 7 Plus 32 GB kaler Rose Gold ni hanya satu sahaja. Memang rezeki Murni laa...(Nak Tahu Harga Sebenar iPhone 7 Plus ni boleh contact Maxis ya..takmo boh kat cni)


Cassing iPhone 7 Plus (depan)


Cassing iPhone 7 Plus (belakang)


Ini masalahnya kalau beli telefon model baru. Puas kami cari casing takde yang jual. Masa tanya kat Maxis Centre dia takde stok casing dan hanya ada screen protector. Nak tahu berapa harga screen protector iPhone 7 Plus ni yg maxis jual??? Lepas less 15% jadi rm75 uols..terkejut beruk Murni dan husband dgr. So tak jadi ler amik dengan maxis. Keesokan harinya kami ke Bukit Jambul Kompleks..jenuh melilau..Akhirnya jumpa satu kedai dan ada laa beberapa casing iPhone 7 & 7 Plus kat sana. Pilihan kaler pon tak banyak. Dan ada satu kaler pink. Memang sesuai dengan iPhone 7 Plus Murni yang kaler Rose Gold ni. Harga diorang letak rm99. Lepas tawar menawar dapat la rm90 tambah screen protector rm20 maka terbang lagi rm110 untuk baju iPhone 7 Plus Rose Gold kesayangan ku ini.


Casing iPhone 7 Plus sisi


Casing iPhone 7 Plus sisi

Tapi casing ni memang puas hati beli sebab ada getah tebal disekeliling. Jadi kalau jatuh boleh laa serap hentakan sikit. Ok laa Murni rasa setakat ini dlu Murni review pasal iPhone 7 Plus Murni ni. InshaAllah next time Murni cerita lagi detail. Sebab Murni tak habis godek2 lagi BFF Murni ni. Tapi untuk 5 hari ni Murni memang puas hati menggunakannya..hehehe.




Artikel Menarik Yang Lain

11 ulasan

  1. Bestnyaaaa iphone 7+. sekarang siqah guna iphone 6+ je. Tak sampai 2 tahun lagi pakai. Sayang rasa nak tukar =)

    ReplyDelete
  2. Bestnya dapat Iphone baru..
    AM dari dulu lgi simpan niat nak pakai iphone sampai la sekarang masih lagi berniat. tak tahu bila boleh merasa pakai iphone nie..

    1. Apabila bertemu, kita hendaklah mengucapkan salam.
    Berapa ramai yang tak tunaikan hak ini.. beri salam hanya kepada yang kenal je. bahkan kalau kita beri salam kepada orang yang tak kenal ianya satu kepelikan...
    Budaya beri salam di Facebook tu pun bagus tapi jangan di alam maya sahaja ramah tamah.. Tapi di alam realiti sebaliknya pula.

    2. Apabila diundang / dijemput kenduri, kita hendaklah pergi memenuhi undangan jika tiada aral menghalang.
    Yang ni setakat ni pergi jika takde aral... kalau jauh atau sakit atau masa yang tak mengizinkan.. memang tak pergi la.

    3. Apabila ia meminta nasihat, hendaklah kita memberi nasihat yang diperlukan.
    Orang minta nasihat, berilah nasihat yang beri manfaat dan kebaikan. contohnya jika kawan kita ada masalah rumahtangga... nasihatkan supaya berbaik dan beri nasihat yang memberi kebaikan...bukan suruh bercerai atau kutuk kata laki ko memang tak guna... baik ko minta cerai je..

    4. Apabila dia bersin lalu mengucapkan Alhamdulillah, maka hendaklah kita doakan dia (dengan mengucapkan Yarhamukallah).
    Yang ni ramai tak buat.. sama ada tak tahu atau tak ingat... yang bersin ucaplah Alhamdulillah.. Dan yang dengar bersin tu ucap Yarhamukallah..
    5. Apabila mereka sakit, ziarahilah mereka untuk bertanya khabar dan mendoakan.
    Jika kawan jauh-jauh kirimkan doa moga dia cepat sembuh... tapi kalau dekat pergilah ziarah jika ada masa dan kemudahan untuk ziarah.

    6. Apabila mereka meninggal dunia, usahakan untuk menziarahi dan mengiringi jenazahnya hingga ke kubur.
    Dengar dalam banyak majlis ilmu.. hak yang sepatutnya kita tunaikan kepada Muslim lain ketika dia meninggal dunia.. ialah solatkan jenazahnya... itulah dikatakan penghormatan terakhir. Jadi, jangan saja-saja ziarah... tapi berikan kata semangat, doakan dia dan keluarganya. kalau dapat berita tu jauh... kirimkan doa kepadanya dan sampaikan salam takziah kepada keluarganya.

    ReplyDelete
  3. fuh best melampau dapat bff baru super classy lagi...nak jgk...

    ReplyDelete
  4. cantik kaler pink dia tu...
    aummm

    ReplyDelete
  5. mampu tengok je lah hahaha

    ReplyDelete
  6. untungnya kak dio ada BFF... hihihihihi

    ReplyDelete
  7. dasat...nk menempek nti bl bgmbq

    ReplyDelete
  8. sepanjang guna iphone tu, 32gb cukup tak?

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang