Beli Sofa Lain, Dapat Sofa yang Lain | Deko Rumah Baru

1:40 PM

Assalamualaikum..

Sebenarnya part ni paling ditunggu2. Part beli sofa & meja makan baru. Macam Murni lagi laa teruja sebab Murni dah tempah sofa dan dining table ni dah 2 tahun. Masa tu rumah kami dijangka siap dalam tempoh 6 bulan so kami pon tempah la. tak sangka pulak pemaju lambat serah kunci sampai lebih 2 tahun. huhuhu. Jadi bila dapat kunci Murni terus telefon kedai perabut untuk siapkan tempahan sofa kami kerana sebelum ini mereka sudah pesan supaya bagitahu awal sebulan untuk hantar sofa ni.



Okay bila dah siap kedai perabot tu cakap nak hantar hari Sabtu. Haritu Murni kerja jadi Murni minta encik suami yang uruskan laa. Maka pada hari yang dijanjikan mereka pon datang la. Encik suami pon update laa dekat whatsapp gambar sofa yang mereka hantar..bila tengok2 jer terus Murni terperanjat. Ini BUKAN sofa yang kami pilih 2 tahun lepas. Totally different cuma warna & lining jer sama. Terus cepat2 Murni call encik suami. Encik suami pon tak perasaab sofa ni tak sama macam yang kami tempah dulu. Dia kata dia dah lupa..eee geram padahal dia yang pilih haritu...Okay jom kita tengok keseluruhan sofa yang tersilap buat ni..


Sebenarnya sofa ni pon cantik. Dan lagi besar dari sofa asal yang kami tempah tu. Harga pon yang ini lagi mahal. Masa kami beli di Fair Mega Home kami bayar untuk Sofa Recliner 2 + 1 hanya RM3200sahaja. Menurut Ms Wyne jurujual sofa ni, Harga Sofa yang tersilap hantar adalah single Recliner RM1890 dan yang 2 seater recliner tu harga RM2590. So total harga yang tersilap hantar adalah RM4480. Manakala yang kami booking dulu harga sekarang 1 Recliner adalah RM1590 manakala yang 2 seater Recliner adalah RM2190. Total harga sekarang adalah RM3780. Tapi walaupon yang sebenar lagi murah tapi kami tetap tak boleh terima yang ni. Sebabnya sofa ni besar sangat dan tak sesuai dengan rumah kami yang sekangkang monkey ni..huhuhu.




Sebenarnya sofa ni kami beli dari MODENO Alor Star, Kedah masa mereka buat Fair Megahome March 2016 di Spice Arena (PISA) Penang. Sebab dah lama sangat sebab tu suami dah lupa design yang kami pilih tu. Mujur laa Murni ada tulis entry blog pada 2tahun lepas. Dalm entry tu ada gambar kami. Masa Murni call sales person yang uruskan pasal sofa ni dia boleh kata Murni dah lupa. Sebab code yang Murni beli ni code sofa ni. Apa lagi terus lompat laa Murni bila mereka kata Murni dah lupa. Ni link entry blog yang Murni tulis 2 tahun lepas http://www.murnialysa.com/2016/03/rumahku-syurgaku-persiapan-living-hall.html. Murni terus hantar kat salesperson tu dan lepas dia tahu Murni blogger cepat2 dia cakap elok2. Dan bagi tukar sofa ni. Dan memandangkan masa tu dekat CNY maka dia kata Murni pakai dulu sofa ni sampai laa sofa yang lama tu siap. Estimate date dalam sebulan gitu.



Okay ni resit lama kami, dan kami tetap dengan pendirian kami nak tukar juga sebab sepanjang sofa gemok ni ada memang kami nampak tak sesuai. kalau rumah kami rumah bungalow oaky kut. Ni rumah pon kecik jer. Lagi satu sofa ni sedikit keras. Bila kami yang badan tak berapa nak besar ni duduk tak tenggelam. Kami suka yang lama sebab yang lama tu empuk dan gebu. Bila duduk tenggelam elok. Picture kat bawah adalah picture kami dekat Mega Home 2 tahun lepas..ehehe




Okay lepas 3 minggu sofa yang kami nak dah sampai. Walaupon bawah arm tu warna bukan coklat kami still berpuas hati. Dapat warranty 6tahun dari Modeno.





Lepas settle sofa tiba giliran dining table pulak. Yang ni Murni beli masa Fair Homedec bulan April 2016. Entry ada disini http://www.murnialysa.com/2016/05/rumahku-syurgaku-65-siap-lighting.html. Mujurla kami dapat sama macam kami tempah. Harga kami dapat 2 tahun lepas adalah RM2399 sahaja.



Okay..lepasni Murni nak story satu part yang paling mencabar iaitu Kitchen Cabinet. InshaAllah..

Artikel Menarik Yang Lain

3 ulasan

  1. sha suka yang murni tempah tu jugak. yang tersalah hantar tu mcm keras hahaha

    ReplyDelete
  2. Sofa yg salah hantar tu mmg nampak obvious jenis keras.. nasib baik boleh tukar kan..

    ReplyDelete
  3. selesa lagi nampak nyer sofa yg murni pilih.
    alhamdulillah. dpt juga yg diidamkan :)
    aida minat pattern gini. tapi tu la, murni, mr.asben pilih sofa olskul :) ha ha ha ha
    dia minat. aida kasik lah dia yg pilih.
    tapi alhamdulillah, dining table pilihan aida. marble.
    ikut kan dia, nak kan jenis kayu-kayu jugak :)

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang