Joielle Baby VCO Set Untuk Baby Yang Mempunyai Kulit Sensitif

3:00 PM

Assalamualaikum..

Sebelum ini Murni pernah review tentang satu produk baby iaitu Joielle Baby Product. Kalau nak baca lagi boleh baca di link ini >> SET LENGKAP UNTUK PENJAGAAN KULIT BAYI. Tapi haritu Produk Joielle Baby yang Murni gunakan adalah berasaskan Aloe Vera dan diperkaya dengan Vitamin E serta menggunakan bahan-bahan dari alam semula jadi yang lain. Hari ini Murni nak perkenalkan satu lagi rangkaian Produk Joielle Baby juga tetapi yang menggunakan Virgin Coconut Oil (VCO) pula. Produk ini sesuai untuk bayi yang mengalami masalah kulit seperti ekzema, kulit kering dan gatal kerana ia menggunakan Virgin Coconut Oil.

Untuk pengetahuan senua Virgin Coconut Oil atau dikenali sebagai minyak kelapa dara adalah minyak yang diolah dengan bahan kelapa segar dengan proses penyulingan yang tidak menggunakan haba. Minyak kepala dara ini sangat banyak khasiatnya dan telah digunakan sejak zaman dahulu lagi. Kenapa VCO ini menjadi pilihan utama kepada ibu2 adalah kerana VCO ini adalah mesra dengan kulit bayi dan bersumberkan alam semulajadi.


Joielle Baby VCO set ini sangat sesuai untuk kegunaan baby yang ada penyakit Eczema, kulit gatal-gatal dan berair atau kering mengelupas (Ekzema ialah kondisi kulit yang kering dan gatal melibatkan lebih kurang 15 dan 20 peratus daripada kanak-kanak. Ekzema selalu ternampak buat pertama kali sebelum anak berusia dua tahun. Kebanyakan kanak-kanak yang menghidap ekzema akan beransur pulih menjelang umur belasan tahun. Ekzema tidak dapat dipulihkan, tetapi boleh dikawal dengan rawatan yang sesuai. Ekzema juga dikenali sebagai ekzema atopik atau dermatitis. Atopik bermakna kecenderungan mendapat penyakit seperti ekzema, asma dan demam alergi. Kesannya samaada kulit kering, gatal, merah dan rekah, yang kadangkala meleleh cecair dan berdarah. Ruang yang lazimnya terkena ialah tangan, muka, leher, siku dan belakang lutut. Ekzema bermakna penghalang kulit tidak berfungsi sebaik yang patut. Ini boleh membuatkan kulit bayi anda lebih senang diserang infeksi dan alergi yang boleh membuat keadaan lebih teruk )

Joielle Virgin Coconut Oil Baby Set

Memandangkan kami sekeluarga selalu balik kampung jadi Murni dapatkan Joielle Baby VCO set ni dalam bentuk Travel Set ini untuk Zulaikha. Senang untuk kegunaan Zulaikha dan anak2 lain kerana minggu depan kami akan balik kampung untuk beraya. Joielle Baby VCO Set ni adalah 3in 1 dan mengandungi mandian bayi, krim bayi dan losyen bayi. Murni dah gunakan untuk Zulaikha dan Murni sangat sukakan bau dia yang wangi dan sangat lembut. Memang recommended sangat2 tambah2 loni ada PROMOSI RAYA dan harga mampu milik. Okay jom Murni review satu persatu.


Joielle Baby Virgin Coconut Oil Bath




Kebaikan :

1. Membantu melindungi dan mengekalkan kelembapan kulit bayi anda sepanjang hari

2. Membantu untuk mengurangkan : Eczema ( jenis kering merekah dan mengelupaskan Kulit kering dan kegatalan

3. Bebas dari bahan kimia (Diuji secara klinikal)

4. Membantu mengubati dan mengurangkan ruam lampin

5. Diperkaya dengan khasiat Alor Vera dan Vitamin E serta kebaikan dari minyak kelapa dara



Cara Pengunaan :

1. Basahkan badan bayi anda dengan air yang bersih

2. Letakkan Joielle Baby VCO Bath ditelapak tangan anda dan gosok dengan sekali air sehingga berbusa

3. Sapu dan urutkan perlahan buih VCO Baby Bath di seluruh badan bayi anda

4. Bilas dengan bersih


Joielle Baby Virgin Coconut Oil Cream


Kebaikan :

1. Sesuai untuk kegunaan semua jenis

2. Membantu mengurangkan dan mengubati struktur kulit yang kemerahan akibat dari kesan kekeringan /Membantu untuk mengurangkan : Eczema (jenis kering merekah dan mengelupas-kulit kering dan kegatalan)

3 .Bebas dari bahan kimia (Diuji secara klinikal)

4. Membantu melindungi dan mengelakkan kelembapan kulit bayi anda sepanjang hari

5. Diperkaya dengan khasiat Alor Vera dan Vitamin E serta kebaikan dari minyak kelapa dara



Cara Pengunaan:

1. Sapukan Joielle Baby Cream kepada kawasan bahagian badan bayi anda yang kelihatan kering dan mempunyai kulit yang mengupas

2. Sapuan yang kerap amat digalakkan pada bahagian yang terjejas

3. Amat sesuai digunakkan sebagai kegunaan seharian . Boleh disapu pada bila bila masa


Joielle Baby Virgin Coconut Oil Lotion


Kebaikan :

1. Membekalkan keharuman sepanjang hari kepada bayi anda

2. Berasaskan dari bahan-bahan semula jadi (Diuji secara klinikal)

3. Sesuai untik bayi yang mempunyai kulit sensitif. Sesuai untuk kegunaan harian

4. Diperkaya dengan khasiat Alor Vera dan Vitamin E serta kebaikan dari minyak kelapa dara



Cara Pengunaan :

1. Lapkan badan bayi anda sehingga kering (jika ingin disapu selepas mandi) 

2. Letakkan sedikit Joielle Baby VCO Lotion ditelapak tangan anda mengikut keperluan 

3. Sapu dan urutkan perlahan diseluruh badan bayi anda




Kesemua produk Joielle Baby VCO Set ini diperkaya dengan minyak kelapa dara, extrak aloe vera dan vitamin E yang mampu membersih, melembut serta melembabkan kulit bayi. Ia juga disahkan oleh KKM dan mendapat pensijilan HALAL oleh JAKIM.

Bagi yang ingin dapatkan produk Joielle Baby ini boleh didapati di kedai penjagaan ibu, Mid Valley Megamall, Happikiddo, Citta Mall Outlet, Babyland SS2, Pick A Dress (Airul Khairiyah), Tateh Bangi, Babyku, Moms House Baby Shop, Fabulous Mom dan Marissa Shoppe.


Untuk maklumat lanjut boleh layari :-

Website : www.joiellebaby.com

Facebook : www.facebook.com/joiellebaby

Instagram : www.instagram.com/joiellebabyhq

Artikel Menarik Yang Lain

2 ulasan

  1. Menarik produk dia nie..teringin pula nak cuba..nanti nak usha lah

    ReplyDelete
  2. selamat hari raya aidil fitri...maaf zahir dan batin.
    nanti nak try produk Shaklee la plak.
    dah lama x guna..

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang