1st & 2nd Time Watching Movie With Alysa & Danish

6:54 PM

Salam semua..Murni rasa tersangat excited nak cerita pengalaman pertama Murni dan husband menonton wayang bersama Alysa dan Danish..Dan last sekali Murni tengok wayang adalah cerita Thor pada tahun 2011.Lebih kurang 4 tahun lepas.huhu. Masa tu Alysa masih kecik..Kami curi2 keluar tengok wayang berdua dengan husband dan tinggalkan Alysa dekat nursery..Konon2 nak romantis2 laa keluar berdua sahaja..Tapi, terus terang cakap hati tak tenang langsung..Cerita yang best pun rasa macam tak berapa best sebab hati dok rasa bersalah pulak pada Alysa sebab tak bawa dia..huhuhu..Lepas habis cerita cepat2 balik ambik Alysa dekat nursery...Kelakar pulak rasa..












Sebenarnya, nak dijadikan cerita..Kawan sekerja Murni dapat dekat mana entah 5 keping pass percuma untuk menonton wayang dekat TGV..Dan kebetulan pula kawan Murni masa tu busy sebab ada kelas..dia sebenarnya masih belajar secara part time di UTM Space di Kuala Lumpur..Dan tempoh valid pass tersebut pula pada 31 March 2015. Jadi dia dengan bermurah hati beri Murni 4 pass tersebut secara percuma...Jadi kami pun cadang nak try laa bawa Danish & Alysa untuk tengok wayang...Sebab tak pernah bawa mereka... Alysa kami tak risau cuma tang Danish yang sedikit risau..Husband nak sedapkan hati kata laa "tak apa laa kita try dulu kalau Danish buat pernagai kita keluar laa..lagipun tiket free..hihihi!"














Maka 28 March 2015 hari Sabtu kami berempat pergi laa mencari TGV dekat 1st Evenue Penang. Pergi ke kaunter tiket diorang kata kami boleh pilih couple sit dengan menggunakan 2 Pass sahaja. Tetapi kalau kami pilih cerita box office kami kena tambah duit RM18 untuk 2 pass. So pilih punya pilih husband decided untuk tengok cerita kartun HOME. Tayangan pukul 6.45pm jadi kami sempat pergi makan dulu...


















Tepat 6.45ptg kami berempat pun masuk..Danish ikut je dan tak banyak tanya..Legaa sangat2.. Murni risau juga sebab dia kadang2 susah kalau nak ajak ke tempat yang dia tak biasa pergi. Dan sepanjang cerita tu memang budak 2 orang tu behave sangat.. Alysa & Danish sangat menghayati cerita..Sampai ada satu part yang kelakar tu Alysa boleh ketawa terkekeh2..suara dia je yang kuat plak tu..Danish pun tak berkedip mata tengok cerita tu.. Memang seronok sebab banyak yang kelakar & sound effect pun best.. Kami yang Dewasa ni pun naik syok..hehehehe..Murni boleh bagi 5 bintang laa kat cerita HOME ni..hihihi












Habis je cerita tu, kami terus bertolak balik..Dan dalam kereta, 2 orang budak pot pet pot pet duk cerita tentang cerita tu...Terutama si Alysa ni.. Apa lagi Alysa terus request nak tengok movie lagi..hihihi... kebetulan pula ada 2 keping lagi pass yang kami tak gunakan lagi. Next target husband ajak kami tengok cerita Cinderella pulak. Tapi selepas kami balik bercuti laa kerana 29 - 30hb March kami nak bercuti ke Taiping jalan2 untuk tukar2 angin. Nak baca ada Disini.. 











Sekali lagi, pada 31hb March 2015, hari Isnin..Selepas balik dari Taiping sekali lagi kami ke TGV untuk habiskan baki 2 keping pass tersebut. Mujur cerita Cinderella ada dan masa tayangan sempat dengan kami..Sekali lagi kami ambik couple sit. Tetapi kali ni harga tiket murah sikit sebab cerita Cinderella ni dah lama ditayangkan. Kami hanya perlu bayar lagi RM8 untuk 2 tiket bersama 2 keping pass tersebut.. Berbaloi2 kan..

















Masa dalam panggung tu Alysa sekali lagi jadi terlebih excited.. Oleh kerana sit sebelah kosong dia pergi duduk sorang2 dekat couple sit sebelah tu..Dah tak peduli dekat ibu dan abah dia..hihihi...Tapi masalah pulak dengan Danish..Setengah jam pertama dia Ok jer..tetapi selepas tu dia jadi boring..Mungkin sebab cerita Cinderella ni banyak bercakap..Sebenarnya jalan cerita cerita ini sama jer dengan buku2 cerita Cinderella yang pernah kita baca dari dulu.. Cuma grafik & gambar adalah tersangat cantik..Bagi Alysa & kami memang cerita ini best laa..Tapi bagi Danish dia macam boring..Pastu asyik duk kacau ibu dia laa..korek mata..korek idung..tarik tudung..Tapi syukur sangat dia tak menangis..Dan kami berjaya juga habiskan cerita tersebut dengan jayanya...hihihi..Untuk cerita Cinderella ini Murni bagi 4.5 bintang..ok tak???





Dengan ini maka tertunai dah laa hajat ibu nak menonton wayang bersama suami & anak2..InsyaAllah lepas ni kalau kami nak menonton wayang lagi kami akan pilih cerita kartun atau animasi jer kut..Kalau abah di nak tengok cerita horror atau action boleh jer dia keluar dengan kawan2 dia..hihihi..Semoga jumpa lagi..Terima kasih sudi baca entry panjang Murni kali ni..Assalamualaikum..











Artikel Menarik Yang Lain

0 ulasan

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang