Tunaikan ZAKAT, Hak Asnaf ada Pada Anda..

4:43 PM

Rasulullah S.A.W Bersabda:

"Bentenglah Harta Kamu Dengan ZAKAT dan Ubatilah Penyakit kamu Dengan Sedekah"

(riwayat Tabrani)




Alhamdulillah...Harini diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk menunaikan rukun islam yang ke-4 iaitu mengeluarkan Zakat..Murni memilih dengan cara potongan gaji tiap2 bulan..jadi tak ada alasan terlupa atau tak ada masa untuk pergi ke pusat zakat..cukup bulan dapat gaji majikan akan potong siap2 duit gaji untuk diberi kepada Pusat zakat P.Pinang. Mudah & Senang kerja kita kan..









Tujuan Murni mengeluarkan zakat ini adalah untuk menyucikan harta dan juga supaya Allah SWT memurahkan lagi rezekiNya kepada kami sekeluarga.. Disini Murni ceritakan sedikit pengalaman Murni semasa membuat permohonan potongan gaji bulanan untuk bayaran Zakat. Murni buat semua ni dekat Hospital ini, Pusat Zakat P.Pinang telah menghantar seorang wakil untuk menguruskan permohonan kepada sesiapa yang berminat untuk membuat permohanan potongan gaji bulanan.








Mula2 sekali pegawai tersebut akan membuat pengiraan berapa gaji bersih kita + elaun tetap + bonus tahunan kita. Lepas itu dia akan tolak kalau kita ada bagi duit kepada ibu-bapa & simpanan dalam Tabung Haji..Setelah dibuat pengiraan dia akan bagi jumlah yang perlu kita keluarkan untuk Zakat.. Dan sekiranya kita bersetuju dia akan mengisi satu borang iaitu 'borang kebenaran potongan gaji bulanan'. itu sahaja..dan lepas itu dalam masa sebulan gaji kita akan dipotong berdasarkan jumlah yang dipersetujui oleh kita..










Selepas semuanya selesai dan borang sudah ditandatangani..kita akan diminta untuk membacakan niat yang berbunyi " inilah wang sebanyak rm____(sebulan) bagi menunaikan Zakat Pendapatan yang wajib ke atas saya secara ansuran bagi tahun ____ dan seterusnya kerana Allah Ta' Ala".









Dan ini pula adalah lampiran dekat belakang borang tadi..kawan2 boleh baca sendiri ya..Ianya adalah panduan untuk pemohon dan juga panduan bagi majikan.















Disini Murni suka juga untuk berkongsi apakah itu ZAKAT PENDAPATAN:

Terdapat dua kaedah mengiraan zakat pendapatan iaitu:
  • 2.5% atas semua pendapatan kasar
  • 2.5% atas semua pendapatan setelah ditolak Had al-Kifayah dan tolakan yang dibenarkan.



"Zakat DIBAYAR Asnaf Terbela"

Artikel Menarik Yang Lain

0 ulasan

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang